Lima pengawal Blackwater yang tertuduh telah membunuh 17 rakyat Iraq telah menyerah diri kepada pihak berkuasa AS. Menurut english.aljazeera.net, kelima-lima pengawal merupakan veteran perang sebelum ini. Mereka telah mendengar pertuduhan pada hari Isnin.
Blackwater merupakan sebuah firma swasta yang berkhidmat sebagai 'kontraktor' pengawal diplomat AS di Iraq setelah Iraq ditawan. Persepsi awam terdedah kepada media bahawa 'kontraktor' di Iraq merupakan firma jurutera minyak, pembangunan dan sebagainya. Tetapi, mereka adalah 'kontraktor' kepada aspek pertahanan. Blackwater adalah askar upahan ataupun mercenaries. Kita ingat kembali akan kebangkitan di Fallujah pada 2004. Peristiwa ini mencetus penentangan yang lebih besar di Iraq. Peristiwa itu berlaku pada Mac 2004. Satu konvoi 'kontraktor' AS telah diserbu. Dan mayat 'kontraktor' tersebut telah dibakar dan digantung di atas jambatan. Tetapi, seluruh dunia menyangka bahawa mereka adalah 'kontraktor' pembangunan semula Iraq, tetapi sebaliknya. Mereka adalah askar upahan AS.
Buku Blackwater: The Rise of the World's Most Powerful Mercenary Army karya Jeremy Sachill menyingkap 'kontraktor' yang misteri ini. Saya ingin melengkapkan pembacaan buku ini, tetapi tidak sampai sepertiga.
Berita aljazeera menarik perhatian saya. Lantas, saya mengambil kesempatan untuk mengulas serba sedikit yang saya baca.
Baiklah, Blackwater merupakan sebuah syarikat swasta yang menawarkan perkhidmatan 'kontraktor'. Pertubuhan ini diasaskan oleh Erik Prince, seorang anak jutawan AS. Blackwater muncul ekoran ketidakpuas hati oleh veteran perang AS terhadap kemudahan latihan untuk pasukan elit AS. Malah, Erik dan orang-orang yang sependapat dengannya berpandangan bahawa kemudahan tentera biasa lebih baik daripada tentera elit. Erik sendiri merupakan seorang anggota SEAL (tentera laut) tidak berpuas hati akan perkara ini. Erik Prince bersama rakan-rakannya mengorak langkah membeli tanah untuk membina fasiliti sendiri atas nama syarikatnya.
Blackwater menghimpunkan askar elit di seluruh dunia. Kebanyakannya adalah datang dari ceruk rantau yang bergolak. Blackwater mempunyai pangkalan di seluruh dunia, satu armada pesawat dan 20 000 askar bertindak pada bila-bila masa.
Disebabkan perkhidmatan Blackwater dalam perang Iraq addalah atas nama syarikat, oleh yang demikian mereka adalah kebal terhadap undang-undang antarabangsa. Sukar untuk mendakwa mereka kerana mereka tidak memihak kepada siapa-siapa. Mereka dibayar untuk membunuh. Tetapi bukan atas nama mana-mana negara, terutama AS. AS mengupah mereka secara senyap. Oleh sebab itu, mereka membunuh umat Iraq dengan sesuka hati.
Tetapi... apakah visi sebenar mereka? Dokumen kontroversi yang menjadi dasar visi dan strategi korporat dalam jurnal First Things mereka bertajuk: "Evangelicals and Catholics Together: The Christian Mission in the New Milennium."
Pada muka surat 19-20 buku tersebut:
"The century now drawing to a close has been the greatest century of missionary expansion in Christian History. We pray and believe that this expansion has prepared the way for yet greater missionary endaveavor on the first century of Third Milennium. The two communities in world Christianity that are most evangelicalistically assertive and most rapidly growing are Evangelicals and Catholics..."
"... all people will come to faith in Jesus Christ as Lord and Savior."
Dokumen itu ditutup dengan, "We do know that this is a time of opportunity - and, if of opportunity, then of responsibility - for Evangelicals and Catholics to be Christian together in a way that helps prepare the world for the coming of him to whom belongs to the kingdom, power, and the glory forever. Amen."
Tidak hairanlah mereka tidak keberatan membunuh sembarangan. Tidak ada lagi yang tersurat:
"Dan orang Yahudi dan Nasrani tidak akan rela kepadamu (Muhammad) sehingga mereka mengikuti agama mereka..." (al-Baqarah, 2:120)
"Mereka hendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, tetapi Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya meskipun orang-orang kafir membencinya"
"Dialah yang mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar, untuk memenangkannya di atas segala agama meskipun orang-orang musyrik membencinya." (as-Saff, 61:8-9)
Tanggungjawab bagi yang tahu. Saya memohon ampun kepada Allah atas segala kekurangan.
Allahu'alam.
2 comments:
“The truth stands clear from error”
Sooner or later, people akan tahu kebenaran.
kmk tringat dgn cgek crita yg lbih krg kdk blackwater..tp crita hal lain..nma crita ya shooter..crita ya mngisahkan ttg seorg sniper elite tntera amerika tp dsuroh mlindung askar upahan...mk tauk lbih lnjut..tgga crita shooter..=)
Post a Comment