BLOG Fiksyen Sains Islami

BLOG Fiksyen Sains Islami
Blog penulis tentang fiksyen sains
Showing posts with label Saga Galaksi Muhsinin. Show all posts
Showing posts with label Saga Galaksi Muhsinin. Show all posts

Sunday, June 27, 2010

Cerpen Latar GM: Kembalinya Militia Zion (1)

Tahun 2205
Istana Presiden Fermento
Planet Levadura
Sektor Teras Galaksi Muhsinin


“Seandainya langit mampu kita bengkok, aku akan ajarkan kepada anak-anakku...”

Lembaga itu bersandar pada dinding, sambil melihat ke luar. Suasana malam gelap ditembusi tusukan lampu sorot yang cuba mengintai-ngintai ruang dalama Istana Presiden Fermento.

Xamirthurush, seorang ketua pemberontak Militia Zion yang telah mencetus Revolusi Levadura di Planet Levadura, Sektor Teras Galaksi Muhsinin mengalami kebuntuan. Konfederasi Reconquista masih bertempur sengit di barisan hadapan di Planet Hadid Hd-57. Armada Konfederasi sedang mara ke Sektor Teras Galaksi Muhsinin Revolusi yang menempatkan nadi kepada galaksi tersebut, Planet Ihsan H-2.



Adjutan sekali lagi menekan-nekan gajetnya. Peta berputar dan difokus kepada laluan pembentungan. Katanya dengan tenang, “Terdapat anggota Galaksi Muhsinin yang sedang dalam perjalanan memasuki jalan itu sekarang.”

Tanya Adjutan, “Apa yang harus kita buat?”

Xamirthurush diam. Ia bersandar. Katanya, “Aku begitu hairan.”

Tanya Adjutan lagi, “Mengapa?”

“Anak-anak muda, apabila mereka berkumpul, mereka akan mempunyai cita-cita yang besar.”

“Bagaimana pula?” hairan Adjutan.

“Cita-cita mereka sama ada dua. Sama ada wawasan mereka itu membina ataupun memusnahkan.”

“Maksudnya?” Adjutan kehairanan.

Xamirthurush pula tersenyum....


Ikuti lanjut di blog Saifai Islami di pautan ini.

NOTA: Sedutan cerpen latar ini tidak termasuk dalam novel Galaksi Muhsinin. Watak Xamirthurush muncul di bab 20 (muka surat 243) novel tersebut.

Wednesday, September 2, 2009

Galaksi Muhsinin: Termasuk dalam TOP 30 Judul PTS Julai 2009


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Hanya kepada-Nya sepatutnya dipuja dan disembah. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam, ahli keluarganya, para sahabatnya dan orang-orang yang mengikuti jejak mereka sehingga Hari Kiamat.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah, bulan Ramadhan ini membawa keberkahan yang begitu besar. Minggu ini, baru sahaja telah mendapat pembayaran pembelian novel saya Galaksi Muhsinin daripada Perpustakaan Negara Malaysia.

Dan, lebih menggembirakan lagi, berita bahawa Galaksi Muhsinin telah tersenarai dalam 30 judul teratas jualan PTS pada bulan Julai 2009 yang lepas. Meskipun Galaksi Muhsinin berada di tangga terbawah dalam senarai tersebut, namun ini merupakan dorongan yang kuat kepada diri ini untuk terus berkarya dan berkongsi manfaat bersama masyarakat.



Semua ini merupakan rezeki daripada Allah. Saya bermohon agar hal ini tidak menghambat diri leka mengejar nama. Walhal kesemua ini daripada Allah. Idea, imaginasi, jalan cerita dan segala-galanya, adalah semuanya daripada Allah. Tidak harus diri mendabik dada merasakan diri lebih baik daripada orang lain, sedangkan semua ini daripada-Nya.

Teringat saya akan kata-kata seorang ulamak, Imam Abu Hassan as-Syazuli (guru kepada Sultanul Ulamak, Penghulu segala Ulamak, Imam Abdul Izz Abdul Salam, Imam Abu Abbas al-Mursi) mengatakan:

"Genggamlah dunia itu di tanganmu, bukan di hatimu."

Semoga perkara ini menjadi iktibar, agar nikmat yang dikurniakan akan menambahkan dekat kepada Allah, bukan menjauhkan diri daripada-Nya.

Terima kasih buat ibu dan Ayah, guru-guru saya, terutama guru-guru dalam penulisan, Puan Ainon, teman-teman seangkatan dan semua individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung menyumbang dalam kejayaan kecil ini. Buat teman-teman penulis yang lain, teruskan usaha gigih anda!

Semoga usaha kecil ini diterima oleh-Nya dan diterima sebagai amalan yang soleh.


Sempena Ulangtahun pertama Galaksi Muhsinin, saya telah memuatkan 'Belakang Tabir' di sebalik pembikinan novel sains fiksyen Galaksi Muhsinin, di blog Saifai Islami di pautan ini.


Memandaikan Bangsa Dengan Buku

Berjasa Kepada Masyarakat


Berikut merupakan senarai TOP 30 Judul PTS Julai 2009, daripada universitipts.com

TOP 30 Judul PTS - Julai 2009

1. Yakjuj & Makjuj: Bencana Di Sebalik Gunung

2. Senangnya Memasak Ayam

3. Senangnya Memasak Nasi

4. Senangnya Memasak Ikan

5. Senangnya Memasak Sayur

6. Senangnya Memasak Daging

7. Senangnya Memasak Makanan Laut

8. Senangnya Memasak Kambing

9. Bilal Bin Rabah

10. Lentera Mustika

11. Hulagu Khan: Khabar Hitam Dari Timur

12. Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem

13. Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain

14. Magnet Rezeki Dengan Solat Duha

15. Legasi Blok E: Kebangkitan Kuasa

16. Siri Muaz & Haikal: Along Hilang

17. Petua Membantu Anak Berjaya

18. Young Aisyah: Sayang Cikgu

19. The 360 Degree Leader

20. Islam Adil untuk Semua

21. Wo Ai Ni Allah

22. Ajaibnya Sedekah

23. Misi Suhana: Saya Sayang Mama

24. Krew Rinching: Kawan Baru Saya

25. Sherlock Holmes 3: Wira Kota London

26. Aku, Dia & Coklat

27. Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman

28. Tak Bisa Memilihmu

29. Aku Mahu Ke New York 1

30. Galaksi Muhsinin

NOTA: Senarai ini disediakan oleh Tn. Zain Aziz, Timbalan Pengurus Jabatan Sales, berdasarkan jumlah buku yang keluar dari setor PTS atas pesanan oleh kedai-kedai.

NOTA: Dapat sekali bulan Julai 2009 pun syukurlah. Ogos 2009 terkeluar kembali =P

NOTA: Sekuel (sambungan) Galaksi Muhsinin sedang giat ditulis. Insya-Allah akan siap menjelang hujung tahun. Saya menganggarkan akan terbit sama ada hujung tahun ini ataupun awal tahun depan. Setidak-tidak pun, pada Pesta Buku Antarabangsa 2010 pada 19 - 28 Mac 2010 di PWTC.

Thursday, August 20, 2009

Belakang Tabir: Khas Sempena Ulangtahun Pertama Galaksi Muhsinin

Segala puji bagi Allah, mudah-mudahan kita akan disampaikan kepada satu Ramadhan lagi. Mudah-mudahan juga Allah membuka hati kita kepada-Nya bertitik tolak di bulan yang mulia ini. Alhamdulillah, mengenangkan Ramadhan, pasti saya tidak lupa novel sains fiksyen pertama saya Galaksi Muhsinin telah diterbitkan pada Ramadhan 1429H. Meskipun terlewat beberapa bulan, namun saya merasakan hikmah yang cukup besar apabila penerbitan Galaksi Muhsinin muncul pada awal bulan yang berkat, Ramadhan yang lepas. Bersempena ulangtahun Galaksi Muhsinin yang pertama, saya ketengahkan ‘belakang tabir’ Galaksi Muhsinin dalam entri ini.


Ikuti lanjut di Saifai Islami, di pautan ini.

Friday, July 3, 2009

[SI]: Ilustrasi & Imaginasi



"Baca Galaksi Muhsinin perlukan imaginasi yang tinggi!"

"Saya terpaksa baca berulang kali. Itu pun tidak dapat bayangkan langsung!"

"Saya baca Galaksi Muhsinin dengan bersusah payah!"

Inilah antara komen daripada pembaca novel sains fiksyen, Galaksi Muhsinin. Ikuti lanjut di Saifaiislami di pautan ini.

Monday, December 22, 2008

Membaca dengan KJ Method


"Dah habis Galaksi Muhsinin?" tanyaku kepada seorang sahabat.

"Belum. Melekat di bahagian awal."

Jawabku, sambil tertawa, "Oh, ramai orang yang mengadu macam itu. Bahagian awal memang lambat sikit."

"Oh."

Kataku lagi, "Kalau terus sahaja ke bab Flotila Peninjau Cyborg ke-73 pun boleh, tidak begitu menjejaskan jalan cerita. Cuma lompat bahagian itu sahajalah, kalau nak. Hehehe."

Balasnya, "Biar betul. Membaca pun dengan KJ Method!"


NOTA: KJ method ialah teknik penulisan non-linear. Melalui teknik ini, penulis boleh menulis mana-mana bahagian yang disuka tanpa menurut teknik linear (biasa). Teknik linear ialah teknik yang diajar di peringkat sekolah. Melalui teknik linar, penulis mesti membuat pendahuluan, kemudian isi, seterusnya sehingga penutup. Tetapi, teknik ini tidak perlu lagi jila sudah tahu KJ Method.

NOTA: Komen anda mengenai Galaksi Muhsinin sangat saya hargai!

Thursday, December 18, 2008

Monday, December 15, 2008

[GM] Aadiyat


Aadiyat
. Nama yang cukup sinonim kepada mujahidin Galaksi Muhsinin. Aadiyat berperanan sebagai penggempur dan pengangkut utama mujahidin ke medan pertempuran. Klik sini untuk penjelasan lanjut.

Thursday, November 27, 2008

Tuesday, November 25, 2008

Bedah Buku ke-3: Galaksi Muhsinin

Permulaan cerita ini agak mendatar sedikit, berbentuk esei-dialog yang menceritakan serba sedikit sejarah kerajaan Islam Andalusia serta disulami dengan barisan dialog yang juga mendatar. Namun ia tidak berpanjangan, sejurus sahaja memasukki bab yang seterusnya, ia menghidangkan pergerakan plot yang pantas dan mendebarkan. Kisah perang di angkasa mewarnai hampir setiap bab tanpa sempat bertangguh lagi.


Ikuti dengan lebih lanjut di saifai islami.

Sunday, November 23, 2008

Algoritma TAQWA (1)


“Marin IV!” kedengaran arahan melalui saluran interkom. Desir alur peluru melintasi gegendang telinga. Bingit. Sengit. Pertempuran di Bandar Imker, wilayah terpencil, Wilayah Jajahan I Galaksi Dexcloes seolah-olah tiada kesudahan.

Sudah tiga hari Batalion Garnison VII Empayar Sibernatik Cyborg telah mengepung kota ini. Tidak ada tanda-tanda api pemberontakan berjaya dipadamkan. Bandar yang mempunyai tamadun tinggi kini menjadi padang jarak padang tekukur. Menang jadi arang, kalah jadi abu. Setakat ini, tidak diketahui lagi siapakah arang, siapakah abu.

Satu bandar. Satu arahan. Satu kompeni. Satu algoritma. Cerpen latar novel sains fiksyen Galaksi Muhsinin. Klik di sini untuk pautan ke sambungan lanjut ke blog saifai islami.

Saturday, November 1, 2008

Kenyataan daripada SifuPTS


Begitulah kenyataan daripada Puan Ainon Mohd atau lebih dikenali sebagai SifuPTS. Beliau merupakan pengasas kepada PTS Publications & Distributors dan juga guru saya dalam bidang penulisan. Berkat tunjuk ajarnya, Galaksi Muhsinin adalah hasilnya, tanpa melupakan guru-guru saya yang lain.

Namun pengiktirafan ini terlalu tinggi bagi diri saya, berbanding Faisal Tehrani yang saya kagumi. Apapun, terima kasih cikgu!

NOTA: Kenyataan Puan Ainon di Universiti Terbuka PTS(UNIKA) adalah daripada respon saudari Welma La'anda di blognya My Kingdom of Books. Terima kasih juga kepada saudari atas bedah buku beberapa ketika yang lalu.

Sunday, October 19, 2008

Inspirasi Galaksi Muhsinin


11 Zulhijjah 1424H
3 Februari 2004
Bilik 214, Abu Bakar College, PMUIAM


“Toklah kali pertama kita beraya aji di perantauan (Inilah kali pertama kita berhari raya Idul Adha di perantauan),” kata Si Insan kepada rakannya.

“Aok eh, bena ya. Nang rasa lain ajak (Benar, memang lain rasanya),” jawab rakan Si Insan, Addin namanya.

“Tok baruk sitok, Din. Belom lagik kau kelak di Jepon (Ini baru di sini (Semenanjung), Din. Belum lagi di Jepun).”

“Azrul, ko main game apa tek? Sik pernah ku nangga game ya (Azrul, awak main game apa tadi? Saya tidak pernah lihat).”

“Oh, Warcraft III: Reign of Chaos, Real Strategy Game. Ya game terbaik 2003. Aku mok main dolok, tapi komputer di rumah aku sik power(Oh, Warcraft III: Reign of Chaos, Real Strategy Game. Itu game terbaik 2003. Saya mahu main dahulu, tapi komputer di rumah saya tidak berkuasa tinggi).”

Katanya lagi, “Dah kita beraya di sitok, mok polah apa nak? Orang lain beraya di rumah sidak,” kedua-dua sahabat ketawa.

Kata Addin, “Aku merati sebenarnya ko main tek (Saya memerhatikan awak bermain tadi).”

“Merati?”

“Aok. Giney o, mun dapat dipolah game kedak ya (Ya. Bagaimana ya, kalau game seperti itu dapat dicipta)?”

“Mm... bena juak. Ya memang kepakaran ko juak nak? Kau kan belajar molah benda tok kelak (Benar juga. Bukankah itu kepakaran awak nanti? Awak akan belajar mereka (grafik) seperti ini, bukan)?”

“Insya-Allah,” angguk Addin.

“Giney, sebuah game, sama kedak Warcraft juak. Kita polah negara. Tapi tok lain. Kita bina sebuah daulah. Kita sik makei nama ‘daulah’, tapi nama yang lain (Bagaimana, sebuah game, lebih kurang seperti Warcraft. Kita bina negara. Tetapi ini lain. Kita bina sebuah daulah, tanpa menggunakan kata ‘daulah’).”

“Best juak ya.”

“Mun kedak tok, mungkin ada sigek daulah, di planet lain. Sidak orang Islam tok ada banyak mission. Lekak sidaknya menghadapi banyak tentangan daripada musuh, ahernya sidak menang (Kalau seperti ini, mungkin ada sebuah daulah, tapi di planet lain. Mereka orang Islam ada banyak misi. Setelah selesai menempuhi misi mereka menghadapi musuh, akhirnya mereka menang).”

Si Insan terlopong, “Wah...”

Sambung Addin, “Aok, penutupnya ialah, Islam ya menang. Dan... ‘daulah’ tok tek, sidaknya dah menang, apa kata, sidaknya akan berkata (Ya, penutupnya ialah, Islam akan menang. Dan... pemilik ‘daulah’ ini berkata), ‘Saudara kita di Palestine perlukan kita, ayuh mari kita tolong!’”

“Munlah terjadi kedak ya, alangkah bestnya. Kedak Red Alert, kedak Starcraft, kedak Warcraft. Tapi semuanya menjurus kepada mencintai agama (Alangkah bagusnya jikalau game ini benar-benar jadi kenyataan. Seperti Red Alert, seperti Starcraft, seperti Warcraft. Semuanya menjurus kepada mencintai agama).”

“Giney Azrul? Kau molah cerita, aku molah gamenya (Macam mana, Azrul? Awak buat cerita, saya buat gamenya).”

Si Insan mengangguk. Idea hebat itu bermain di kepalanya. Bertahun-tahun lamanya ia cuba memikirkan jalan, tapi buntu. Mungkin akan tercapai impian ini kelak.
Syukur kepada Tuhan, jari-jemarinya menari menggerakkan pena. Tajuk itu akhirnya terpalit pada lembaran bersejarah: Galaksi Mukhsin. Tarikh hari itu ialah 18 Januari 2007. Akhirnya, nama itu bertukar kepada Galaksi Muhsinin, inspirasi daripada Planet Ihsan H-2, Hadith ‘Ihsan’, hadith kedua daripada Matan Arbain (Hadith 40) Imam Nawawi yang masyhur. Kuharap kepada Tuhan, agar impian ini menjadi kenyataan... amiin.

NOTA: Sahabatku Nuraddin Ibrahim, masih belajar di Negara Matahari Terbit.

Monday, October 6, 2008

[SI] Novel GM: Empayar Sibernatik Cyborg


Insya-Allah, dari semsasa ke semasa, Data Galaksi Muhsinin (GM) akan dikemaskini. Klik di sini untuk ke blog saifaiislami.

Review: Bangkit dan Runtuhnya Bangsa Mongol

"Seandainya kamu mendengar bahawa Kaum Mongol telah dikalahkan, bersaksilah engkau bahawa orang itu berdusta!" ~Pepatah Arab kurun...