Saturday, December 27, 2008
‘Kaya Sasaran’
Jikalau kita meneliti sejarah Perang Vietnam (1963-1975), kebanyakan sumber menumpukan kisah ‘kehebatan ’ pihak Amerika Syarikat (AS). Lebih-lebih lagi dalam skop pertempuran udara, kita digembar-gemburkan dengan kecanggihan teknologi pesawat dan kelincahan juruterbang AS. Bahkan sering dimomokkan NVPAF (North Vietnamese People’s Air Force – Tentera Udara Rakyat Vietnam Utara) lemah bagaikan sotong yang lembik; mudah dicincang-cincang lumat.
Ya, tidak kira di artikel, majalah, buku, filem dokumentari Perang Vietnam banyak memaparkan operasi pejuang Tentera Laut AS (USN – United States Navy), Tentera Udara AS (USAF) dan Kor Udara Marin AS (USMC). Dikatakan, pesawat-pesawat pejuang AS yang terdiri daripada F-4 Phantom, F-8 Crusader dan F-104 Thunderchief menembak jatuh dengan senang pesawat MiG-17 dan MiG-21 milik NVPAF.
Fakta sebenar dilindungi oleh bayang-bayang gelap kesombongan kebanyakan sejarawan. Kebenaran tersingkap apabila hanya dua orang juruterbang AS sahaja yang telah mencapai ‘acedome’ ataupun ‘ace’ diiktiraf sebagai ‘handalan’, iaitu Randy “Duke” Chunningam (USN) dan Steve Ritchie (USAF). Sebaliknya di pihak NVPAF, seramai 16 orang juruterbang tempatan yang mempertahankan tanah air mereka mencapai ‘acedome.’ Bahkan, lebih memalukan AS lagi, “Top Gun” ataupun juruterbang terhandal layak diberikan kepada Nguyen Van Coc yang telah menjatuhkan 9 buah pesawat, berbanding ‘ace’ paling tinggi AS, yang tidak lebih daripada menumpaskan 5 pesawat musuh.
Apakah sebabnya? Juruterbang AS memiliki pesawat yang lebih baik, lebih pantas dan cukup latihan. Mengapakah mereka tidak mampu menewaskan dengan lebih banyak pesawat NVPAF. Walhal kekuatan NVPAF tidak pernah melebihi 200 buah pesawat dalam satu-satu masa.
Juruterbang NVPAF lebih sibuk daripada AS. Setiap hari mereka terbang ‘sehingga ke akhir hayat’ mempertaruhkan nyawa demi mempertahankan maruah bangsa dan negara. Pemergian mereka diiringi dengan semangat membara berjuang menghadapi penjajah. Sungguhpun tidak secanggih AS, namun teknologi bukanlah kayu ukur. Taktik gerila (serang dan lari) dan penerbangan yang berterusan menambahkan pengalaman juruterbang Vietnam. Berbanding dengan AS, mereka kembali ke Amerika setelah 100 menyelesaikan tugasan kombat. Oleh yang demikian, faktor had ini menjadikan juruterbang NVPAF lebih handal kerana mereka tidak perlu balik, kerana memang sudah berada di tanah tumpah sendiri!
Juruterbang NVPAF mendapat sanjungan hormat daripada seteru mereka, juruterbang AS. Juruterbang handalan NVPAF digelar ‘Kolonel Toon’ atau ‘Tomb’ yang lincah dan menumpaskan banyak pesawat AS kadangkala menghantui juruterbang mereka. Hakikatnya ‘Kolonel Tomb’ tidak pernah wujud. Dia adalah lagenda yang menjadi buah mulut juruterbang AS. Akan tetapi, ‘Kolonel Tomb’ lebih merupakan simbol kepada semua juruterbang NVPAF yang berani dan cekal menghadapi musuh. Ini kerana juruterbang NVPAF tidak kenal putus asa untuk mengasah kemahiran mengendalikan pesawat pejuang.
Pesawat AS yang lebih banyak (numerical superiority) menjadikan mereka sebagai ‘target rich environment’ ataupun ‘kaya sasaran’ pada pandangan juruterbang NVPAF. Oleh yang demikian, mereka pada bila-bila masa boleh menjatuhkan lebih banyak pesawat musuh melalui taktik gerila dan melarikan diri sebelum dipintas oleh pengiring AS. Manakala dengan taktik licik NVPAF, keadaan ‘target poor environment’ menjadikan juruterbang sukar untuk menjejak dan memusnahkan musuh mereka.
Merujuk kepada konsep ‘kaya sasaran’ dan ‘miskin sasaran,’ saya analogikan kepada gerakan dakwah. Sesetengah tempat mungkin boleh dikategorikan sebagai ‘kaya sasaran’ ataupun sebaliknya. Dakwah, menurut seorang ulama Yaman, Habib Umar boleh didefinisikan dengan ungkapan ringkas lagi padat,
“Dakwah ialah mengajak kembali manusia mentauhidkan Allah S.W.T.”
Saya ingin menarik perhatian dalam konteks dakwah menyeru non-Muslim kepada agama Allah ini. Misalan di universiti. Menjalankan dakwah di UIAM dalam konteks menyeru non-Muslim kepada Islam adalah ‘miskin sasaran’ berbanding dengan universiti lain. Ini kerana majoriti penuntut UIAM adalah orang Islam dan orang bukan Islam sedikit sekali, bahkan tidak signifikan jumlahnya. Oleh yang demikian, konteks mendakwahi non-Muslim di UIAM mungkin kecil dan tidak tampak berbanding dengan universiti yang lain yang mungkin mempunyai bilangan yang signifikan.
Dalam konteks Sarawak pula, negeri ini merupakan lubuk ‘kaya sasaran.’ Ini kerana lebih ramai ‘sasaran’ untuk diseru di kalangan masyarakat yang bukan Islam. Adakah kita sedar perkara ini? Ayuh, mari bertindak, sebelum ajal kita menjelma!
NOTA: Kita kagumi keberanian dan semangat mempertahankan negara juruterbang NVPAF, tetapi tidak bermakna menerima ideologi komunis yang jelas bertentangan dengan Islam dan fitrah manusia.
Rujukan:
Zampini, D., (2003) North vietnamese aces: MiG-17 and mig-21 pilots, phantom and "thud" killers. Dimuat turun pada 16 Oktober 2004 di http://www.acepilots.com/vietnam/viet_aces.html.
Buku berkaitan:
Klik untuk pautan buku di atas.
Klik untuk pautan buku di atas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Review: Bangkit dan Runtuhnya Bangsa Mongol
"Seandainya kamu mendengar bahawa Kaum Mongol telah dikalahkan, bersaksilah engkau bahawa orang itu berdusta!" ~Pepatah Arab kurun...
-
*Artikel ini telah saya tulis sebagai alat bantu mengajar kelas KAFA untuk murid-murid Tahun 2 beberapa bulan yang lepas. Mohon teguran da...
-
Habib Mohamad bin Alwi al-Attas (kiri) dan Habib Izzuddin al-Idrus (kanan) Jika berbicara tentang dakwah, pemerhatian saya para guru A...
-
Bisikan Tanjung Lobang (1) Bisikan Tanjung Lobang (2) Bisikan Tanjung Lobang merupakan cetusan andaian ataupun simulasi kepada pertem...
No comments:
Post a Comment