BLOG Fiksyen Sains Islami

BLOG Fiksyen Sains Islami
Blog penulis tentang fiksyen sains

Tuesday, October 27, 2009

Takziah...


Al-Fatihah... kita sedekahkan buat ahli keluarga mantan amir PERKEPIS UNIMAS, sdr. Ikhram b Husin, yang telah kemalangan jalan raya semalam (Isnin, 26 Oktober 2009). Semoga Allah mencucuri rahmat-Nya atas mereka dan menempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Semoga Allah memberikan kekuatan kepada beliau, isteri dan keluarga menghadapi ketentuan ini.

Allahu'alam...

Berjasa Kepada Masyarakat

Friday, October 23, 2009

Pengajian Syeikh Ahmad Fahmi Zam Zam, 25 Oktober


Pengajian kitab Sairus Salikin (Jalan Bagi Orang yang Berjalan - menuju Allah)oleh Tuan Syeikh Ahmad Fahmi Zam Zam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki insya-Allah akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 6 Dhulqaedah 1430/ 25 Oktober 2009 (Ahad)
Masa: Bermula 9.00 pagi
Kitab: Sairus Salikin



Tuan Syeikh akan menyambung kupasan beliau mengenai bab puasa yang diadakan pada Ogos 2009 yang lepas. Kitab yang digunakan ialah jilid 1 Sairus Salikin yang ditulis oleh Syeikh Abdul Samad al-Falimbani dan ditahkik semula oleh Tuan Syeikh Fahmi. Kitab tersebut boleh didapati di kedai-kedai buku di Wisma Yakin dan Jalan TAR. Kitab ini ditulis dalam bahasa Melayu. Anda boleh memilikinya dalam versi jawi ataupun rumi.

Kitab ini merupakan kitab paling tinggi di Nusantara ini dalam konteks kerangka perbahasan karya Imam al-Ghazali, Ihya' Ulumuddin. Kitab ini ditulis 200 tahun yang lepas. Syeikh Adul Samad al-Falimbani juga menulis Hidayatus Salikin (Hidayah Bagi Orang yang Berjalan). Syeikh merupakan seorang ulama yang menabur jasanya kepada umat. Berbekalkan dengan keberkatan ilmu yang dibawanya, beliau telah berdakwah di serata Nusantara, sebagaimana ulama-ulama lain. Beliau juga merupakan seorang mujahid yang berjuang di jalan Allah. Pendapat mengatakan bahawa beliau telah syahid ketika mempertahankan Patani daripada serangan tentera Siam pada suatu masa dahulu. Kitab ini merupakan khazanah yang tidak ternilai untuk kita semua. Ajarannya masih segar dan relevan, walaupun setelah 200 tahun kewafatannya.



Syeikh Fahmi Zam Zam merupakan seorang ulama daripada Banjar, Kalimantan Indonesia. al-Banjari merupakan gelaran tempat kelahiran beliau. Manakala an-Nadwi pula merupakan gelaran yang diberikan oleh guru beliau, Syed Abul Hassan ali Nadwi (ulama besar India) semasa menuntut di Naudatul Ulama, Lucknow, India. Manakala gelaran al-Maliki merupakan gelaran yang diberikan oleh gurunya Syed Muhammad Alawi al-Hasani (ulama besar Mekah, keturunan Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam) ketika menuntut di Makkah.

Jangan lepaskan peluang ini!!!

NOTA: Jika anda menaiki pengangkutan awam, anda boleh juga menaiki bas Rapid KL U63 ataupun U64, daripada Stesen LRT Rapid Universiti. Kedua-dua bas akan melalui masjid ini.

Sumber: Blog al-Fanshuri - Hebahan Majlis Ilmu dan Masjid Darul Falah USJ9

Bersama Menghidupkan Budaya Talaqqi

Berjasa Kepada Masyarakat

Tuesday, October 20, 2009

Majlis Haul (Memperingati) Imam Habib Abdullah Alwi al-Haddad [Kemaskini]




Sila klik pada gambar atas untuk mendapatkan makluman yang lebih jelas.

Imam Habib Abdullah Alwi al-Haddad merupakan ulama mazhab Syafie yang ulung di Hadhramaut (Yaman) pada abad ke-17. Beliau telah kehilangan pandangan matanya sejak kecil lagi, tetapi Allah telah menggantikannya dengan pandangan mata hati. Hal ini diungkapkan oleh Syeikh Hasanain Muhammad Makhluf, Bekas Mufti Mesir dan Anggota Panitia Alim Ulama (menurut naskhah pada 1962 yang diterjemah oleh Hj Semait pada 1980).

Meskipun buta, beliau merupakan seorang yang bersungguh-sungguh berjuang berdakwah dan menyebarkan ilmu pengetahuan. Beliau seorang yang cerdas, mempunyai kekuatan menghafal yang luar biasa dan mendampingi ulama-ulama besar pada zamannya. Juga, Allah memberikan beliau keupayaan mengungkapkan syair-syair yang indah sebagai tanda kasih dan cintanya kepada Allah dan Rasul. Beliau merupakan seorang yang berpegang teguh dengan Quran dan sunah melalui pena dan lisannya. Seringkali dek kepintarannya yang berprinsipkan berbaik sangka dan jelas daripada was-was dan syubhah, tidak memberikan persoalannya gagal dijawab. Dan apabila beliau mengarangkan kitabnya, beliau mengarangkan dengan bahasa dan susunan yang boleh difahami oleh segenap lapisan masyarakat.


Beliau telah meninggalkan jasanya yang tidak terhingga kepada umat. Antara karya beliau yang terkenal dan dipelajari serta dihayati dan memberi kesan hingga kini ialah 'Nasihat Agama dan Wasiat Iman' yang masih ditatap oleh masyarakat. Moga Allah sentiasa merahmati beliau.



Imam Habib Abdullah al-Haddad telah menyusun zikir Nabawiyah yang lebih masyhur digelar Ratib al-Haddad. Ratib ini begitu masyhur di seluruh dunia Islam, termasuk Timur Asia, dibacakan nyaring secara berjemaah. Menurut Syeikh Abdullah Basudan rahimahullah, Imam Habib Abdullah al-Haddad telah diminta untuk menyusun zikir Nabawiyah (zikir Nabi Muhammad salallahu alaihi wasallam) di kawasannya setelah kemunculan ahli bida'ah (menyeleweng) yang menggunakan acuan Qadariah dan Muktazilah. Lantaran mempertahankan akidah masyarakat awam, beliau telah menyusun ratib ini. Ratib ini lazimnya dibaca pada waktu Maghrib.


Atas: Kenang-kenangan meruntun alunan Maulid Dibaie ketika Haul (memperingati) Syed Muhammad ibn Alawi al-Maliki di Madrasah Hasaniah, Rembau pada 11 Oktober 2009. Dari kanan, kelihatan: Prof. Dr. Abdul Razak Sa'adi al-Hasani, pensyarah bahasa Arab UIA, Syed Ahmad ibn Muhammad ibn Alawi al-Maliki(anak Syed Muhammad ibn Alawi), Habib Hassan al-Attas (Imam Masjid Ba'lawi Singapura) dan Syeikh Fuad bin Kamaludin (Ahli Majlis Fatwa Negeri Sembilan & Nazir Masjid Taman TAR, Ampang)

Dan marilah kita bersama-sama para alim ulamak mengenang ajaran dan sumbangan beliau melalui majlis-majlis yang diadakan. Sepanjang pengalaman saya, sebenarnya yang lebih menonjol ketika majlis haul ialah memperingati, menghayati dan mengenang perjuangan jasa Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam. Pada masa inilah, lazimnya, tetamu dihidangkan dengan santapan rohani daripada alim ulamak dan majlis maulid.

Mudah-mudahan beroleh rahmat Tuhan dan cinta kepada Rasul-Nya, dan mengenang jasa orang-orang yang berjasa kepada kita yang asbab mereka kita dirantaikan kepada Allah dan Rasul, insya-Allah...

Jadual Majlis di seluruh negara:



Majlis di Sarawak akan diadakan di:
Masjid Wan Alwi, Tabuan; Kuching (31 Oktober, 5.30 petang)
Masjid an-Nur, Pujut Padang Kerbau; Miri (30 Oktober, 5.30 petang)


Berjasa Kepada Masyarakat

Sumber: al-Fansuri - Hebahan Majlis Ilmu dan al-hawi (pengelola haul seluruh negara)

Rujukan tambahan:

1. Terjemahan oleh Syeikh Nuruddin al-Makki al-Banjari:

Imam Habib Abdullah Alawi al-Haddad, (2007). Ringkasan Nasihat Agama dan Wasiat Iman. Halaqah Resources: Bogor, Indonesia.


2. Terjemahan oleh Hj Semait:

Imam Abdullah Abdullah Haddad, (1980). Nasihat agama dan aasiat Iman, edisi kedua. Pustaka Nasional Pte Ltd: Singapura.


3. Kitab zikir susunan Syeikh Syed Muhammad ibnu Alawi al-Maliki, diterjemahkan oleh anak muridnya Syeikh Fuad bin Kamaludin:

Muhaddith Prof. Dr. Syed Muhammad ibn Alawi al-Maliki, (2009). Min syawariq al-anwar: Lautan zikir ahli arifin. Sofa Production: Ampang.

Monday, October 19, 2009

Sedang Bertempur....



Selingan:
Pertempuran Preveza pada 1538 yang dikepalai oleh Laksamana Heyreddin Pasha memimpin ketumbukan armada 122 kapal tentera laut Uthmaniyyah berhadapan 302 armada Liga Kristian (Sepanyol, Negeri Papal, Kesatria Malta dan Genoa). Allah telah mentakdirkan armada Muslimin menang. Kesannya, tentera laut Uthmaniyyah semakin digeruni, bawah pemerintahan Sultan Sulaiman Qanuni, yang raja-raja Kristian kecut sekali apabila namanya disebut. Allahu Akbar!

Thursday, October 8, 2009

Jemputan ke Wacana Pemikiran & Majlis Memperingati Syed Muhammad Alawi al-Maliki al-Hasani



Inilah peluang keemasan untuk mencedok lautan ilmu para pewaris anbiya', para ulamak. Mungkin kali ini sahajalah kita mendengar mutiara kata dan bersua dengan mereka; orang-orang yang menikmati keluasan ilmu dengan rantaian sanad yang amat berharga, mahal sekali pada zaman mutaakhirin ini, pada saat ramai yang mengaku alim padahal sebenarnya sebaliknya...

Sila klik gambar untuk mendapatkan maklumat program dengan lebih jelas. Makluman program ini dipetik daripada blog Yayasan Sofa KL di pautan ini.

Jumpa di sana...

Berjasa Kepada Masyarakat

Review: Bangkit dan Runtuhnya Bangsa Mongol

"Seandainya kamu mendengar bahawa Kaum Mongol telah dikalahkan, bersaksilah engkau bahawa orang itu berdusta!" ~Pepatah Arab kurun...