BLOG Fiksyen Sains Islami

BLOG Fiksyen Sains Islami
Blog penulis tentang fiksyen sains

Thursday, December 4, 2008

Miri (5): "Siney mok ncarik duit?"

Sebuah pemerhatian peribadi

"Siney mok ncarik duit?"

Itulah kedengaran rintihan seorang penduduk kampung, apabila tidak mampu membiayai kos membuang ketumbuhan kanser ahli keluarganya dahulu. Kini kakaknya sedang nazak, hanya menunggu detik-detik terakhir. Di manakah pembelaan nasib golongan seperti ini? Mereka adalah sebahagian daripada umat ini juga. Tetapi tidak ada ruang pembelaan. Memang benar ajal pada ketentuan Tuhan, tetapi harus ada usaha untuk memastikan nilai-nilai kebajikan dan kemanusiaan dijaga.

Di Cuba, negara komunis negara ketiga, setiap orang berhak mendapat perkhidmatan kesihatan PERCUMA. Semua orang mendapat perkhidmatan kesihatan tanpa mengira latarbelakang warganegara ataupun status kekayaan.

Yang menjadi persoalan ialah pelaksanaan sistem. Rasanya tidak semua doktor begitu, tetapi persoalannya ialah polisi perkhidmatan kesihatan negara. Sebagai contoh, negara UK mempunyai National Health Service yang memberi perkhidmatan kesihatan kepada rakyatnya secara percuma. Begitu juga di Perancis. Jika dahulu umat Islam di serata wilayah Islam menikmati perkhidmatan secara percuma hospital-hospital seperti di Baghdad, Kaherah, Andalusia serta serata tempat, ke manakah hilangnya semua ini? Kenapa negara komunis pula yang mengamalkannya? Kenapa pula penjajah sedunia pula mempercayai sistem yang telah kita, umat Islam kuburkan sendiri?

Mengapakah timbul persoalan seperti tadi - macam mana dapat biayai kos perubatan kerana terlalu mahal? Adakah harus rakyat terus merintih di negeri sendiri. Sampai bilakah perkara ini harus dibiarkan berlaku. Mari sama-sama kita fikirkan.

Berjasa Kepada Masyarakat

No comments:

Review: Bangkit dan Runtuhnya Bangsa Mongol

"Seandainya kamu mendengar bahawa Kaum Mongol telah dikalahkan, bersaksilah engkau bahawa orang itu berdusta!" ~Pepatah Arab kurun...