BLOG Fiksyen Sains Islami

BLOG Fiksyen Sains Islami
Blog penulis tentang fiksyen sains

Sunday, July 26, 2020

Bila Hati Berat Taat...


Bila hati berat taat,
Itu tanda ya ia berkarat,
Sucikan ia dengan taubat,
Sebelum tiba saat sakarat.

Jika taubat engkau lambat,
Gelap ia hitam pekat,
Kebenaran tiada lagi dilihat,
Bergelumanglah ia dalam sesat.

Dua faedah dalam taubat,
Hati lapang jiwa selamat,
Rezeki melimpah sisi berkat,
Tiada beban Hari Akhirat.

6 Zulhijjah 1441H
27 Julai 2020
Fasa PKPP Covid-19








Review: Bangkit dan Runtuhnya Bangsa Mongol

"Seandainya kamu mendengar bahawa Kaum Mongol telah dikalahkan, bersaksilah engkau bahawa orang itu berdusta!" ~Pepatah Arab kurun...