Alhamdulillah, program promosi karya saifai PTS berjalan dengan lancar, bahkan meriah. Program bermula pada kira-kira pukul 2 petang. Seramai tujuh daripada lapan penulis saifai PTS telah hadir. Antaranya ialah saudari
Kusyi Hirdan (Exham Urana), saudara
Amir Husaini(Transgenesis), saudara
Nazri (Opera Angkasa), saudara
Firaus Ariff (Sayap Adinila), saudari
Suri (Virus L) dan saya sendiri, Azrul Jaini (Galaksi Muhsinin). Tidak terasa sejam program berlalu. Adik-adik yang riang berkunjung memeriahkan suasana. Hadiah kuiz disampaikan oleh Tuan Fauzul, Pengurus PTS. Terima kasih atas usaha gigih saudara Roslan dan Mat Jan serta individu yang terlibat, mahupun secara langsung ataupun tidak. Kepada penulis sahabat saifai terutamanya, teruskan perjuangan dalam menghasilkan buku yang mendidik bangsa!
Gambar aktiviti pada hari program. Sekeping gambar memberikan 1001 tafsiran!










*Kamboh: Meriah dalam bahasa Melayu Sarawak
1 comment:
wah, sambutan nampaknya hebat! syabas bro!
Post a Comment