Wednesday, December 17, 2008
CGI dan Orang Jepun
Salah satu kaedah untuk mendapatkan ilham menulis ialah dengan mendapatkan visual ataupun simulasi kepada keadaan sebenar. Ketika mencari bahan untuk melengkapkan satu lagi sinopsis novel baru genre fiksyen sejarah dan thriller, saya cuba meneroka youtube.com. Barulah saya dapat manfaatkan sumber ini, selain daripada membayangkan suasana melalui ilustrasi dan gambar pada buku-buku.
Skop plot adalah berkisar mengenai pejuang armada Tentera Laut Imperial Jepun, A6M2 'Zero' beserta pertempuran yang berkaitan. Sedang saya meninjau-ninjau, saya tertarik kepada video pendek berkenaan pertempuran Laut Karang yang pernah berlaku pada Mei 1942.
Saya mengagak video tersebut adalah hasil tangan orang Jepun sendiri dengan menggunakan teknologi CGI (Computer Generated Image). Bahasa pengulasan video adalah dalam bahasa Jepun. Saya hanya dapat mengagak nombor-nombor (saya agak tarikh - 5 menunjukkan bulan Mei) yang berbeza daripada kanji. Pertempuran udara yang berlangsung memaparkan kehandalan juruterbang Jepun memintas serangan Tentera Laut Amerika.
Saya terfikir, apakah perasaan orang yang menonton video pendek ini? Apakah kesannya kepada anak bangsanya, orang Jepun? Saya merasakan, jikalau sayalah orang Jepun yang menyaksikan video ini, pastilah saya merasa bangga, bersemangat kepada tanah air. Betapa sebuah bangsa yang dipandang remeh oleh Barat telah mengejutkan mereka mempunyai teknologi bertaraf dunia. Bukan setakat itu sahaja, bangga kerana teknologi yang dibina adalah daripada acuan sendiri dengan bahasa sendiri. Dan mereka akhirnya menang dalam pertempuran ini.
Bagaimana pula jikalau teknologi CGI ini dimanfaatkan dengan acuan tempatan Malaysia ataupun acuan Islam? Kita kaya dengan sejarah yang gemilang. Saya yakin video CGI sebegini sedikit sebanyak mampu mendidik anak bangsa berfikir dan yakin pada diri sendiri. Usah lagi berkiblatkan ke Barat dan menjadikan diri tertawan kepada 'watak tertawan' inferioriti diri.
Sekadar pemerhatian peribadi. Allahu'alam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Review: Bangkit dan Runtuhnya Bangsa Mongol
"Seandainya kamu mendengar bahawa Kaum Mongol telah dikalahkan, bersaksilah engkau bahawa orang itu berdusta!" ~Pepatah Arab kurun...
-
*Artikel ini telah saya tulis sebagai alat bantu mengajar kelas KAFA untuk murid-murid Tahun 2 beberapa bulan yang lepas. Mohon teguran da...
-
Habib Mohamad bin Alwi al-Attas (kiri) dan Habib Izzuddin al-Idrus (kanan) Jika berbicara tentang dakwah, pemerhatian saya para guru A...
-
Bisikan Tanjung Lobang (1) Bisikan Tanjung Lobang (2) Bisikan Tanjung Lobang merupakan cetusan andaian ataupun simulasi kepada pertem...
No comments:
Post a Comment