BLOG Fiksyen Sains Islami

BLOG Fiksyen Sains Islami
Blog penulis tentang fiksyen sains

Sunday, May 31, 2009

Mana Perginya Adab??

Daripada blog saudara Akienaim:

"Saya cukup terkilan membaca kenyataan salah seorang pemimpin politik daripada salah sebuah parti politik di negara ini yang mengaku memperjuangkan Islam tetapi mengeluarkan kenyataan yang ternyata bercanggah dengan nilai-nilai dan adab yang diajar dalam Islam. Bukan kali pertama, tetapi entah sudah berapa kali Dato’ Seri Mufti Perak, Dato’ Seri Dr. Harussani Zakaria dihentam dan dikutuk secara terbuka, hanya semata-mata kerana mengeluarkan kenyataan yang dilihat menyebelahi sesuatu pihak."

Ikuti lanjut di blog beliau di pautan ini.

Wednesday, May 20, 2009

Program Pengajian Intensif Kitab Akidah


TARIKH
[23 – 24 Mei 2009 / 24-25 Jamadilawwal 1430H]

ANJURAN
PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM),

dan
Kolej Dar Hikmah,Jalan Sungai Ramal Dalam, 43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan

OBJEKTIF

* Menimbulkan kesedaran terhadap kepentingan aqidah dan iman di kalangan belia.
* Mendedahkan umat Islam mengenai kewajiban beramal dengan ilmu daripada ahli agama Islam yang faqih.
* Menghidupkan budaya bertalaqqi secara berkitab.
* Memberi kefahaman tentang konsep dan perlaksanaan nilai-nilai Islam.


TEMA

Menghidupkan Ruhaniah Berlandaskan Pemantapan Akidah.


TEMPAT

Kolej Dar Hikmah,Jalan Sungai Ramal Dalam, 43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan


TENAGA PENGAJAR

Al-Fadhil Ustaz Hj. Zamihan Mat Zin Al-Ghari
Al-Fadhil Ustaz Ahmad Faidzurrahim
Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi


SASARAN
Seramai 150 orang yang terdiri dari:

* Ahli Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
* Orang Awam
* Pelajar IPTA dan IPTS di Lembah Kelang

YURAN

RM 15 [INDIVIDU]

Menghidupkan Ruhaniah Berlandaskan Pemantapan Akidah.

Berjasa Kepada Masyarakat




NOTA:

1.Perjumpaan Mahasiswa Islam Sarawak #3 {Semester Pendek} dibawa ke program ini.

2. Maklumat lanjut boleh didapati di pautan ini.

Tuesday, May 19, 2009

Buku Dah Habis!


Satu pesta buku, Malaysia International Book & Education Fair akan berlangsung seperti butir yang berikut:

Tarikh Pesta: 29 Mei - 7 Jun 2009

Waktu: 11.00 pagi - 10.00 malam

Tempat: Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa di MINES Resort City, Kuala Lumpur

Penganjur: MINES

PTS akan membuka gerai seluas 12 lot gerai. Harap-harap Galaksi Muhsinin diulang cetak, kerana khabarnya stok buku ini di setor PTS sudah habis! Dapatkan maklumat lanjut mengenai pesta buku tersebut di pautan ini.

Mungkin juga hantu buku seorang ini akan ngelayo (berkeliaran) ke sana... hehehe...

Memandaikan Bangsa Dengan Buku

Berjasa Kepada Masyarakat

Friday, May 15, 2009

Ulang Tahun ke-61...


Andai aku pada saat ini umurku sudah menjengah 61 tahun. Aku berharap masih bertenaga melafaz syukur kepada Tuhan. Dia telah memberikan aku ruang dan peluang untuk terus bernafas dan mengabdi diri kepada-Nya.

Namun, andai ada sebuah bangsa yang umurnya 61 tahun. Ia mungkin menarik lafaz rasa lega...


Baca lanjut di pautan ini.

Sunday, May 10, 2009

Galaksi Muhsinin Tersenarai Tender KEMAS


Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Novel sains fiksyen Galaksi Muhsinin telah tersenarai dalam tender Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) baru-baru ini. Sebanyak 278 naskah akan dibekalkan kepada badan itu. Berita gembira ini telah dimaklumkan oleh Puan Ainon semalam (10 Mei 2009), semasa Bengekel Sastera Remaja Islam di Sekolah al-Ikhlas.

Selepas bengkel, saya dilempari dengan soalan:

"Bila sambungan Galaksi Muhsinin siap?"

Kata Zamri Mohamad (seperti kebiasaan beliau) sambil ketawa kecil, "Hei, Galaksiman. Bila lagi sambungan siap?"

"Cepat-cepatlah siapkan sambungan. Kami dah lama tunggu!"

Beberapa kali Puan Ainon ingatkan saya supaya sekuel (sambungan) Galaksi Muhsinin disempurnakan sesegera mungkin.

Berkumpul bersama sahabat-sahabat penulis merupakan pengalaman yang mengujakan, membugar semangat ingin terus berbakti melalui lapangan penulisan dan peluang bertukar-tukar pandangan. Melalui pertemuan seperti inilah, semangat dibaharui dalam bekejar-kejar dalam urusan pahala dan kebaikan.

Kehadiran Puan Engku Zainun bt Engku Abdul Rahman (nama samaran Ezee Rahmani), seorang ibu yang telah menulis 12 judul memberi mesej jelas bahawa kekangan bukan lagi persoalan untuk berhenti berkarya. Antara karya beliau ialah siri Sarah. Walaupun beliau selama ini dilanda ujian dengan penyakit yang kronik, beliau terus gigih menulis. Kehadirannya cukup menyentuh hati dan menjadi iktibar terutama buat kami angkatan muda serta membakar semangat untuk tidak undur dalam meneruskan perjuangan memandaikan bangsa dengan buku.

Saya menunggu-nunggu peluang dan ruang untuk bersemuka sekali lagi pada hujung minggu ini, untuk bengkel yang seterusnya. Maklumat lanjut mengenai bengkel penulisan boleh didapati di Universiti Terbuka PTS (UNIKA) di pautan ini. Tidak ada sebarang yuran dikenakan atas peserta kursus.

Memandaikan Bangsa Dengan Buku

Berjasa Kepada Masyarakat



NOTA: Bersama menemani saya ialah dua orang ahli PERKEPIS, sdr. Azizan dan sdr. Azam.

Thursday, May 7, 2009

Miri (9): Hidupku Bersama Roti (1)

Sebuah Pemerhatian Peribadi


Pautan siri Miri sebelum ini:

Miri(1): Tanah Tumpahku
Miri(2): Di Satu Sudut Kehidupan
Miri(3): Entreport Silang Bangsa
Miri(4): Wireless dan Golf
Miri(5): "Siney mok ncarik duit?"
Miri(6): Kenang-kenangan Salah 'Tune'
Miri(7): Keluhku
Miri(8): Malam Jemat


Segala puji bagi Tuhan. Dialah Allah yang menciptakan langit dan bumi ini dengan Kekuasaan, Kebijaksanaan dan Kasih-Nya. Selawat dan salam atas junjungan mulia, baginda Nabi Muhammad Rasul-Nya, para sahabat dan ahli keluarganya. Semoga Allah melimpahi rahmat ti rahmat yang tidak terhingga kepada orang-orang ikhlas yang mengikuti jalan-Nya yang lurus sehinggalah ke hari kiamat.

Tika aku mendongak ke langit saat ini, pasti aku terkenangkan tanah airku. Keadaan panas terik nan membakar, tanah merekah, awan putih melepak berlari pantas dihembus sang angin di daerah Gombak ini mana mungkin dapat menandingi suasana indah tanah airku. Namun setiap kali tiupan lembut di sini, akan membuatku terpaku seketika dan terkenangkan Miri. Miri, sebua kota yang diberi rahmat oleh Allah: bayu laut, sebaik-baik penyaman udara. Ini lantaran Bandaraya Miri terletak di pesisir menghadap Laut Cina Selatan. Cuacanya sentiasa berangin, tidak kira siang ataupun malam. Itulah yang membuatkanku sukar melupakannya.



Aku terkenang saat singkat berada di Miri dua minggu lepas. Tika itu jam berputar sekitar dua petang. Pada saat itu mungkin aku sedang membelek-belek rangka sinopsis novel fiksyen sejarah yang baru di kaunter kedai utama di Permyjaya. Sambil-sambil itu, jadi jurujual sementara menunggu masa penghantaran.

Aku mencari ilham melalui telitian peta besar Operasi Uranus yang dilancarkan oleh Tentera Merah Kesatuan Soviet menentang Wehrmacht (Angkatan Tentera Jerman)pada penghujung tahun 1942. Peta ini beserta majalah yang dibeli ayah kira-kira 10 tahun yang lepas. Maha Suci Allah, dahulu aku tidak faham apa sangat gunanya. Dialah yang mengilhamkan ayahku membelinya; kemungkinan besar ia ketika itu tidak tahu akan dimanfaat sepenuhnya kini oleh puteranya.

Kali ini rasanya hanya mampu membelek sahaja kerana aku perlu menyimpan tenaga untuk memandu. Aku mendapati bahawa hari ini – juga seperti hari-hari sebelumnya, aku hampir sepanjang hari berada di jalan raya. Hari ini sudah berapa kali berulang alik menyusuri jalan Miri-Permyjaya. Termasuk juga menghantar ke koperasi Hospital Umum Miri pagi tadi.

Sedang aku khusyuk mengamati peta, tiba-tiba terdengar suara, “Ooo... minum sorang aa (Oh, minum seorang ya)!” kata seorang wanita berwajah jelita. Wajahnya mirip seorang Cina. Dialah Ngah Zakiahku.

Aku hanya mampu ketawa, “Mok (Mahu)?”

Sikit eh,” lalu meneguk sedikit air 100 PLUS. Tentunya beliau juga penat, hampir sepanjang hari menguli berkilo-kilo adunan roti.

Tanyaku, “Roti apa ada, ngah?”

Tanggarlah (tengoklah).”

Angin bertiup nyaman sekali. Oleh sebab itu, aku sering mematikan kipas kerana lebih nyaman menikmati hembusan bayu daripada gerakan angin yang dipaksa oleh bilah-bilah kipas.

Aku melihat rak pameran barangan. Tidak ada yang berkenan dengan seleraku. Lantas, aku masuk ke dalam dapur di bahagian belakang kedai. Kedengaran bunyi enjin mesin pemotong roti. Ayah sedang menyusun roti yang sedang dihiris oleh bilah mesin. Roti-roti tersebut bakal dihantar sebentar nanti.

Adikku Wani dan Mak Arbin sedang sibuk membungkus dan mengikat bungkusan roti. Kulihat semuanya roti paon (roti bantal / sandwich bread). Tidak ada yang menarik perhatian.

Apa o?” keluhku.

Aku kembali ke bahagian luaran dan datag pula selera di lidahku lalu menggarap roti ‘Twist’.

"Lembut jak gayanya tok. Mesti nyaman (Rasanya lembut. Mestilah sedap dimakan)." 'Twist' sekeping roti yang seakan-akan dipintal, disalut dengan keju. Aku membayar sendiri di kaunter – akulah pembeli dan akulah juga yang menerima bayaran. Tetapi tekakku masih kering. Tekak ini teringin dilegakan dengan 100 PLUS dan dbeli di Restoran al-Asna, di sebelah pintu sahaja.

Aku kembali duduk di kaunter lalu membuka bungkusan. Tabiatku sering mencium wangi makanan, terutama roti untuk membangkit selera.

Nafas kutarik. Kemudian aku hembus, ujarku “Ya rabbi... dahla baunya nyaman. roti pun nang lembut. Tuhan jak tauk nyamannya!”

Kemudian aku mengunyah cebisan lembut yang bersalut keju. Sedap. Nyaman. Terasa di lidah. Di balik kepanasan tengahari ini, dihirup dengan air 100 PLUS yang sejuk, aku begitu menikmati ruang rehat ini.

Tanpaku sedar rupanya gelagatku diperhatikan.“Ooo... makan sorang o?” tiba-tiba Wani datang menjengah tersengih-sengih.

Lapar bah. Maok?” kataku tersenyum.

Hehehe... Mintak sikit aek.”

Maok roti?” Aku menghulurkan rotiku. Wani menggeleng dan kemudian beredar. Aku menghabiskan roti sehingga akhirnya. Air yang kubeli tadi aku habiskan sehingga akhirnya.

Bah, udah?” ayahku menjenguk.

Aku mengangguk tanda faham. Aku mengemaskan barang-barangku dengan pantas dan menyusun di dalam beg. Terdetik di hatiku, “Ya Allah, hari-hari kedak tok, bila lah dapat nulis o? Malam ari dah senpei (Ya Allah, seandainya setiap hari seperti ini, bilakah ada masa untuk menulis? Waktu malam sudah sangat penat).”

Aku harap itu adalah berbunyi harapan, bukannya keluhan menyesal dek kerja ini. Tugas yang sama, jalan yang sama dan waktu yang sama perlu ditempuh lagi.



Kata ayahku lagi, “Kita kenak laju tok. Pak Musa madah, roti dah mok abis di kedei nun. Kaktok ngantar gik ke Mael, Rosiah dengan Ning (Kita harus cepat. Pak Musa beritahu, roti sudah hampir di kedai (satu lagi). Selepas ini kita harus hantar lagi ke Mael, Rosiah dan Ning).”

Kedai satu lagi terletak di pusat Bandaraya Miri, kira-kira 15 kilometer dari kedai Permyjaya ini. Roti harus dihantar ke sana terlebih dahulu. Kemdian barulah baki yang ada dihantar ke kedai-kedai runcit Mael, Rosiah dan Ning yang terletak dalam lingkungan 5-7 kilometer yang terletak di Kampung Tanjung Batu.

Balasku, sambil menolak bakul berat supaya dapat diluncurkan ke belakang dapur kedai. Tanyaku, “Petang ada SM Sains?”

Jawab ayah, “Ada, roti bun nak?”

Aku merapati kakakku Kak Zura, kataku, “Ari tok ada ngantar SM Sains (Hari ini ada penghantaran ke SM Sains)?”

Beliau yang sedang sibuk membancuh ramuan muffin coklat seraya menoleh,“Aok.”

Bah, lekas.” Kami berdua menyorong bakul berat sarat dengan roti ke hujung pintu belakang. Tiba-tiba, Pak Kreng sampai. Beliau pula akan menghantar roti ke kedai lain.

Beginilah rutinku, hampir setiap hari. Aku mengambil masa berhari-hari untuk menyesuaikan diri. Terkadang terasa terlampau letih dan balik betul-betul sebelum waktu Maghrib. Namun demi ‘amanah berharga’ yang aku bawa, kepenatan itu kurasakan kecil berbanding tugas yang aku bawa; makanan bersih, makanan halal untuk umatku di sini.

Ayah dan aku menyusun bakul roti ke dalam kereta Kancil. Aku sebagai pemandu menghidupkan enjin. Bermula lagi kitaran yang baru...

Wahai manusia! Makanlah dari (makanan) yang halal dan baik yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, syaitan itu musuh nyata bagi kamu.” (al-Baqarah, 2:168)

Berjasa Kepada Masyarakat



Insya-Allah, bersambung...



NOTA: Nama 'Morni' adalah bersempena dengan nama Allahyarham Morni bin Yusof, nendaku. Namanya jugaku abadikan dalam novel Galaksi Muhsinin, watak Abu Yusuf, supaya aku sering ingat asal-usulku...

Tuesday, May 5, 2009

5 Sasterawan Negara Tolak PPSMI


"Dan tidak pernah berlaku kepada bahasa besar lain seperti yang berlaku kepada bahasa kita. Tidak berani orang sentuh bahasa Perancis misalnya."
-Prof Muhammad Hj Salleh, Sasterawan Negara


"Memang sanggup (buang gelaran). Memang sanggup. Sudah pun saya beritahu dalam wawancara (sebelum ini). Itu saya kira, kalau (dikatakan) sasterawan negara itu berdegar bunyinya, ambillah kesemuanya."

-A Samad Said, Sasterawan Negara


Dalam satu kenyataan media telah diadakan di Rumah Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) pada 5 Mei 2009, 5 Sasterawan Negara telah membuat kenyataan menolak dasar PPSMI. Baca teks penuh di sini.

Sumber berkenaan isu ini di Universiti Terbuka PTS (UNIKA), universitipts.com.

Apakah Untungnya Kebebasan Ini?


Sebuah kisah benar. Klik di sini.

Monday, May 4, 2009

Waffen SS dalam Bahasa Melayu



Kehadiran buku Waffen-SS: Pasukan Elite Nazi 1940-45, tulisan Bruce Quarrie edisi terjemahan (bawah) dalam Bahasa Melayu oleh penerbit terkemuka Indonesia, Kepustakaan Populer Gramedia cukup mengujakan. Buku ini memaparkan sebuah ketumbukan elit kebanggaan Hitler, Waffen-SS. Ketumbukan ini digeruni kerana serangan agresif, sangat fanatik tika bertahan menahan penangan musuh serta kredibel dalam bertempur. Ini menyebabkan angka korban ketumbukan ini sangat tinggi berbanding ketumbukan regular Wehrmacht (angkatan tentera darat Jerman). Waffen-SS merupakan simbol kekuatan Wehrmacht dan juga bangsa Aryan yang menjadi tunggak Nazisme yang dikepalai oleh Adolf Hitler.

Buku ini telah dibeli oleh sahabat saya Firdaus Ariff sewaktu beliau berada di Indonesia. Saya pada mulanya agak terperanjat dan tidak percaya, kerana selama ini hanya membaca buku terbitan Osprey Publishing dalam Bahasa Inggeris. Harga versi terjemahan yang jauh lebih murah membuatkan saya ingin terbang ke sana pada saat itu juga (!). Kebiasaannya, buku siri Osprey (versi Inggeris) dijual di Malaysia dengan harga yang sangat tinggi (minima atas RM60). Saiz versi terjemahan lebih kurang sama, cuma bezanya menggunakan kertas putih (versi asal menggunakan kertas licin). Tidak hairanlah versi terjemahan dijual dengan murah (lebih kurang RM12). Versi asal boleh didapati di gedung buku Kinokuniya dan BORDERS.

Saya sempat seketika membaca dan meneliti buku sahabat saya ini. Terjemahan yang telah dilakukan mengagumkan saya. Versi asal telah diterjemahkan dengan banyak istilah dari sudut ketenteraan daripada Bahasa Melayu Indonesia tanpa meminjam terlalu banyak daripada kata asal Bahasa Inggeris. Perkara ini sesungguhnya amat menguntungkan bagi penulis sastera jantan, wajar dimiliki untuk dimanfaatkan dalam mengkayakan daftar kata yang tepat dalam karya.

Bila pula siri ini dapat diterbitkan dalam Bahasa Melayu ya? Adakah pasarannya memberansangkan?


Memandaikan Bangsa Dengan Buku

Berjasa Kepada Masyarakat



Wassalam

NOTA: Versi Bahasa Inggeris, Waffen-SS Soldier 1940-45 boleh didapati di googlebooks di pautan ini. Klik di sini.

Sunday, May 3, 2009

Review: Bangkit dan Runtuhnya Bangsa Mongol

"Seandainya kamu mendengar bahawa Kaum Mongol telah dikalahkan, bersaksilah engkau bahawa orang itu berdusta!" ~Pepatah Arab kurun...