Saban waktu tangis mereka tiada kedengaran. Dari lembah derita yang sepi, gelap gelita, hati cekal mengharung ujian melanda. Merintih berpanjangan meraih pertolongan, namun, siapakah yang akan mendengar? Adakah mereka dipeduli? Adakah masih ada cahaya harapan di hujung jalan?
Sucita, Yayasan Salam akan mengadakan Malam Palestin II dengan tema Palestin: wilayah kemanusiaan pada:
Tarikh: 23 Julai 2010
Tempat: Pustaka Negeri Sarawak, Kuching, Sarawak
Waktu: 8.00 malam
Di manakah kepedulian kita di kala mereka terseksa, kebuluran, bahkan kehilangan nyawa tika di berhadapan dengan peluru tidak bermata. Tanpa merasa putus asa, mereka menghadapi perjuangan yang mulia. Jangan tinggalkan mereka berseorangan. Kini tidak lagi. Ayuh, bersama kita tunjukkan kepedulian, keprihatinan dan sokongan buat saudara-saudara kita!
Berjasa Kepada Masyarakat
NOTA: Pasukan qosidah PERKEPIS, yang bergelar PERKEPIS Mawlid Ensemble akan mengadakan persembahan istimwa pada malam tersebut. Nantikan....
Showing posts with label Arab-Israel. Show all posts
Showing posts with label Arab-Israel. Show all posts
Sunday, July 18, 2010
Friday, May 15, 2009
Ulang Tahun ke-61...

Andai aku pada saat ini umurku sudah menjengah 61 tahun. Aku berharap masih bertenaga melafaz syukur kepada Tuhan. Dia telah memberikan aku ruang dan peluang untuk terus bernafas dan mengabdi diri kepada-Nya.
Namun, andai ada sebuah bangsa yang umurnya 61 tahun. Ia mungkin menarik lafaz rasa lega...
Baca lanjut di pautan ini.
Tuesday, September 23, 2008
Perang Ramadhan 1973...

Dikau berbunga di hatiku,
Berkembang mekar abadi selamanya,
Engkau yang kukenang dan kurindu,
Bagaimana dapat kubuktikan cinta,
Aku merana lihat engkau derita,
Angkara durjana dikau digenang darah,
Dirimu saksi perjuangan Anbiya’,
Amanmu sebentar cuma,
Telah takdir engkau pusara Syuhadaa’,
Tiada yang bermakna melainkan merdeka,
Ku yakin inilah saatnya...
Ku yakin inilah waktunya...
Syahid impianku engkaukan bahagia...
Buatmu Al-Quds...
Salahudin bin Mahmoud,
Skuadron MiG-21 "Khalid al-Walid",
1394 Hijrah / 1973M.
*****************
6 Oktober 1973,
Jam 1430.
“Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!”
Takbir mengagungkan Tuhan yang Maha Perkasa bergema menaungi perairan Terusan Suez. Molekul-molekul air dan butiran-butiran pasir Suez seolah-olah bersama-sama mengagungkan kalimah yang Maha Tinggi. Sekumpulan manusia berkayuh laju menuju ke seberang Sinai.
“Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!”
Inilah laungan berbisa. Bak arus elektrik merenjat ke seluruh badan. Kalimah pendek yang mampu membuatkan seseorang menjadi luar biasa. Kalimah yang menjadi bateri perjuangan. Kalimah yang menggetarkan hati-hati yang mempersekutukan Tuhan, lalu menyebabkan mereka berundur ke belakang. Kalimah yang pernah menggoncang dunia. Dua pertiga dunia tertawan dengannya. Kerana kalimah inilah Tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad s.a.w Rasul Allah bergema di pelosok sarwa alam.
Inilah laungan yang ditakuti Yahudi dan sekutunya. Inilah yang digeruninya. Apabila Muslimin menghayati sepenuh hatinya, seraya jiwa dan raganya demi Tuhan, nescaya walau sejuta halangan pun, tiadalah ia goyah. Terperinci manapun rencana mengganyang Muslimin, ia tetap gagal.
Kali ini lain. Kali ini bukan seperti tahun-tahun malang 1948, 1956 dan 1967. Ruh Islami sudah meresap ke dalam jiwa-jiwa yang bergelar Mujahid. Gerakan Ikhwanul Muslimin meniupkan kembali ruh-ruh yang mati dengan hembusan seruan keimanan. Hati berlapang dada menerima tusukan pancaran sinar Qur’an dan siraman air baja Sunnah. Mereka mengejutkan ruh-ruh yang masih tidur dan mengetuk pintu hati agar beriman sebenar-benarnya terhadap Tuhan yang Satu, Allah S.W.T. Inilah yang ditakutkan Si Yahudi dan sekutunya laknatullah ‘alaihim!
“Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!”
Mujahid-mujahid muda bertenaga dengan penuh disiplin berkayuh menggerakkan rakit getah sambil melaungkan kalimah suci. Berlalu di atas mereka helikopter-helikopter Mil Mi-8 menghantarkan pasukan komando al-Saqaa ke seberang sana. Mereka bakal mengkucar-kacirkan jaringan komunikasi musuh sewaktu serangan bermula. Mujahid-mujahid di hadapan sudah mendarat tanpa tentangan. Jurutera-jurutera memancutkan air yang deras merobohkan benteng pasir Bar-Lev. Benteng yang menjadi kebanggaan musuh roboh dengan hina. Khabarnya hanya senjata nuklear sahaja yang layak memusnahkannya. Nah! Hinanya ia, hanya dirobohkan oleh sekadar air!?
Seramai 4000 tentera Mesir menaiki 720 rakit getah telah menyeberangi Terusan Suez bermula pada jam 1400. Runtuh benteng, jambatan apungan segera disambungkan. Kereta kebal T-55 dan T-62 serta kenderaan perisai pengangkut infantri mekanis BMP-1 mula menyeberangi Terusan Suez. Mujahid-mujahid menggempur maozim yang merupakan pos-pos kawalan musuh. Posisi bertahan dikoordinasikan dengan cekap di sekitar benteng Bar-Lev bagi menghadapi kemungkinan serangan balas daripada pasukan armor pihak lawan.
Kedaulatan negara mesti dipertahankan. Penjajah berhak dihalau keluar. Sinai mesti didapatkan kembali. Begitu juga di Bukit Golan di medan utara. Dengan penjajah terusir, mudah-mudahan terbukalah jalan untuk membebaskan al-Quds, iaitu Baitul Maqdis yang juga dikenal sebagai Jurusalem; tempat ketiga paling suci dalam tamadun sebaik-baik umat. Operasi Badr mencapai kejayaan awal. Perang Ramadhan telah bermula...
NOTA: Sedutan daripada Syuhada' Awanan 1973, dikarang oleh penulis pada 19 Jamadil Awal 1427H / 16 Jun 2006. Belum pernah diterbitkan.
Thursday, May 8, 2008
Hadiah Kemerdekaan Negaraku Israel
"Adik, saya ada hadiah istimewa untuk adik sempena sambutan 60 tahun negara saya, negara Israel. Dalam beg ini ada sebuah mainan. B.O.M namanya. Adik tarik sahaja picu ini dan keluar cahaya yang sangat terang. Bunyinya pun kuat juga. Ambil ya. Balik nanti adik main. Kalau suka, datang ke sini lagi untuk ambil lagi!!!"Mungkin kita boleh ketawa atau senyum membaca entri ini. Hakikatnya demikian. Setiap hari tentera Zionis menjadikan anak-anak kecil ini sebagai sasaran penembak tepat, tembakan raifal, meriam, misil dan seribu cara yang lain. Agar dengan harapan kelak, tidak ada lagi mujahid yang menggoncang legasi Zionisme. Tetapi dengan izin Allah, mudahan perkara ini tidak selamanya berpanjangan. Mereka Yahudi ini bersemangat ingin mengalahkan Allah. Dan Allah sekali-kali tidak mungkin akan dikalahkan!
Selama 60 tahun umat Islam Palestina bertahan menghadapi Yahudi yang memusuhi agama Allah. Agama ini tertegak melalui tangan-tangan mereka yang ikhlas sekali pun tubuh mereka dijadikan sebagai perisai!
Doa untukmu saudaraku Palestina! Takbir. Allahu Akbar!!
Umurnya 60 Tahun...
Pada 14 Mei yang akan datang, genaplah umur negara Israel 60 tahun setelah diisytiharkan "merdeka" oleh presiden Israel yang pertama, David Ben Gurion pada 14 Mei 1948.Bertunjangkan dengan cita-cita Zionism yang diasaskan oleh Theodo Herzl (moga Allah melaknatinya) daripada sebuah pertemuan dengan pemuka Yahudi di Switzerland pada 1896, perancangan mereka mencapai hasil melalui penubuhan negara Zionis pada 1948 ini.
Theodo Herzl Pengisytiharaan yang berlangsung melalui radio selama dua minit telah mendeklarasikan "sah" negara Israel ditubuhkan.Bagai minyak disimbah api, negara-negara Arab bangkit mahu menghapuskan negara yang baru ditubuhkan ini.Ini kerana dirasakan kewibawaan dan ketuanan ke-Arab-an mereka tercalar.Mana tidaknya, bangsa hina Yahudi mengada-ngada menuntut sebuah tanah sebagai milik nenek moyangnya yang ditinggalkan sejak 2000 tahun.Lantas, negara-negara Arab pun bersatu atas dasar ke-Arab-an mereka mahu melupuskan Israel dari peta dunia. Maka berlangsunglah Perang Kemerdekaan Israel pada 1948.
Setiap nyawa yang mampu menyandang senjata dikerahkan demi menyelamatkan negara yang baru mereka tubuhkan. Tentera Israel yang ada di antaranya merupakan mantan komander tentera Berikat pada Perang Dunia Kedua jelas mempunyai kelebihan dari segi taktikal.Tentera Arab terpukul dengan hebat.
Tetapi di satu medan, sebuah ketumbukan mara dengan pantas di bandar purba Baitul Maqdis (Jurusalem).Mereka inilah tentera daripada anggota Ikhwanul Muslimin yang dihantar oleh Imam Hassan al-Banna demi menyelamatkan al-Aqsa. Kemenangan semakin hampir.Negara Israel yang diimpikan oleh orang Yahudi semakin hilang dari impian...

Tetapi....
Pengkhianatan teragung direncana dari kalangan umat Islam sendiri. Raja Fahad, raja dinasti Mesir telah menandatangani perjanjian damai dengan Israel...
Kini Israel telah tertegak selama 60 tahun. Empat kali perang besar telah dilancar oleh umat Islam untuk membebaskan cengkaman Zionis di rantau itu. Lebih memalukan dalam satu peperangan, gabungan tentera Arab yang berjumlah empat kali ganda dikalahkan oleh tentera Israel dalam masa 6 hari sahaja dalam 1967. Kenapa segalanya gagal? Empat kali penyerangan itu tidak lain tidak bukan didasari dengan perpecahan yang ketara di kalangan umat. Tugas membebaskan Palestine dianggap "masalah orang Arab" yang hanya orang Arab sahaja yang layak menanggung tugas ini.Bahkan, masalah Palestine dan Israel adalah masalah sejagat buat keseluruhan umat Islam. Sehingga ada pepatah mengatakan, sekiranya semua umat Islam menuang sebuah baldi penuh berisi air di Israel, maka itu pun sudah cukup untuk menenggelamkan Israel. Tetapi hingga kini, umat ini masih lagi dalam keadaan fragmentasi dililit kuat oleh belenggu wahan; takutkan mati dan cintakan dunia.
Setelah 60 tahun, umat Islam Palestine terus dan terus menderita. Bahkan sering persoalan ini kita sering ketepikan mungkin kerana kesenangan kita di negara yang aman dan damai ini.Sering kita lupa penderitaan yang mereka tempuhi.Penulis merasakan, kita dilalaikan dengan hiburan-hiburan yang telah disusun oleh makar-makar Zionis ini supaya tumpuan umat ini teralih kepada nafsu dan kebendaan. Lantas, dengan mudah sahaja mereka memecah belah dan melemahkan mereka.Ingatlah, bahawa setiap kita akan dipersoalkan pada suatu hari nanti tentang apa yang kita perbuat.Ingatlah sejarah.Daripada itu, kita tahu asal usul kita dan siapakah dalang sebenar yang menelanjangi umat ini daripada perisai berharga, al-Quran dan sunah Rasulullah sallallahu alaihi wasallam...
Wallahu'alam
Nota: Entri ini sekadar lontaran mukaddimah. Penulis tidak mempunyai sumber yang cukup buat masa ini.Oleh yang demikian, dirasakan banyak kelompangan dari segi maklumat yang tepat. Penulis memohon maaf atas kelemahan ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Review: Bangkit dan Runtuhnya Bangsa Mongol
"Seandainya kamu mendengar bahawa Kaum Mongol telah dikalahkan, bersaksilah engkau bahawa orang itu berdusta!" ~Pepatah Arab kurun...
-
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Hanya kepada-Nya sepatutnya dipuja dan disembah. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad...
-
16 Jun, semalam, saya telah melayari laman Harakahdaily.net. Saya tertarik dengan kenyataan GAMIS (Gabungan Mahasiswa Islam Se-Islam Malaysi...
-
"Seandainya kamu mendengar bahawa Kaum Mongol telah dikalahkan, bersaksilah engkau bahawa orang itu berdusta!" ~Pepatah Arab kurun...
