BLOG Fiksyen Sains Islami

BLOG Fiksyen Sains Islami
Blog penulis tentang fiksyen sains

Sunday, December 7, 2008

Miri (6): Kenang-kenangan 'Salah Tune'



Malam itu adalah jam-jam awal hari Tasyriq. Ramai orang kampung berkumpul di Surau al-Jariyah, Pujut 9. Masing-masing bersemangat untuk bertakbir. Istimewanya Hari Raya Idul Adha, takbir dipanjangkan sehinggalah kepada hari Tasyriq yang terakhir, iaitu 13 Zulhijjah.

Solat Isyak telah selesai ditunaikan. "Buat bulatan," kata Pak Amin, imam surau.

Kami pun duduk dalam bulatan. Setiap orang memegang risalah takbir. Pak Amin memulakan takbirnya, kemudian bersahut-sahutan dengan para ahli jemaah yang lain.

Selesai pusingan Pak Amin, mikrofon diserahkan pula kepada Tuan Pengerusi Surau, (ah, saya lupa namanya). Setiap orang memerhatikannya. Masing-masing menunggu.

Tuan Pengerusi cuba meneliti risalah takbir. Pandangannya agak kabur. Dahinya berkerut mengingat makna risalah. Kemudian, dengan nada yang tinggi, ia bertakbir. Mikrofon di tangannya, "Allahu Akbar Allahu Akbar!"

Seorang kanak-kanak menyiku kawannya, "Iboh tetak, nya urang tua bah (Jangan ketawa, dia itu orang tua)!"

Jawab kawannya, "Udah Isyak bah. Kenak nya makei tune ya (Sekrang sudah Isyak. Kenapa pula dia guna nada itu)?"

Bisik Usu (ayah saudara saya) kepada Pak Amin, kedua-duanya tersenyum. Begitu ketara Usu bertungkus-lumus menahan gelaknya. Badannya yang besar bergetar-getar. Katanya, "Kenak 'tune' ya pulang (Kenapa nada ini pula)?"

"Ya tune azan orang tua ya, bukan tune takbir (Itu nada azan, bukan nada takbir)!"

Tuan Pengerusi terdiam. Matanya terkebil-kebil melihat risalah. Ia tersedar. Kemudian katanya, "Eh, salah 'tune' eh."

Semua ahli jemaah tidak dapat menahan gelak lagi. Tuan Pengerusi seolah-olah tidak sedar perkara yang berlaku di sekelilingnya. Ia kemudian bertakbir seperti nada kebiasaan, "Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar. Laa ilaa ha illallah..."

Bisik Usu, "Ya baruk betul (Itu baru betul)." Bertakbirlah kami memuji-muji Allah, Tuhan Pencipta Alam yang Maha Perkasa, Maha Pemurah. Semoga Allah merahmati kami serta muslimin dan muslimat di serata dunia.

Salam Idul Adha.

Berjasa Kepada Masyarakat

2 comments:

Welma La'anda said...

http://www.goodreads.com/user/show/1443606

salam,

resensi baru untuk galaksi muhsinin.

Welma La'anda said...

http://www.goodreads.com/review/show/39506538

silap lah dik,

akak bukan nak tunjuk review akak, ni review aina..

Review: Bangkit dan Runtuhnya Bangsa Mongol

"Seandainya kamu mendengar bahawa Kaum Mongol telah dikalahkan, bersaksilah engkau bahawa orang itu berdusta!" ~Pepatah Arab kurun...