BLOG Fiksyen Sains Islami

BLOG Fiksyen Sains Islami
Blog penulis tentang fiksyen sains
Showing posts with label Yayasan Sofa KL. Show all posts
Showing posts with label Yayasan Sofa KL. Show all posts

Tuesday, March 22, 2011

::KUCHING BERSELAWAT::


Alhamdulillah... segala puji bagi Allah... program Kuching Berselawat yang diadakan pada 18 Mac 2011 di Waterfront Square, Kuching. Sila ke laporan program berkenaan dalam blog PERKEPIS di pautan ini.


"Menuju Mahabbah kepada Rasulullah sallallahu alaihi wasallam"

"Berjasa Kepada Masyarakat"

Tuesday, September 28, 2010

Konvo (1): Syukur Alhamdulillah


Syukur Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sarwa alam. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam, ahli keluarga, para sahabat dan orang-orang yang mengikuti baginda sehingga Hari Kiamat.

Segala puji bagi Allah, saya telah terpilih untuk bergraduasi di Konvokesyen ke-26 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Saya melanjutkan pengajian selama 7 tahun berada di perantauan. Mula melangkah ke alam universiti bermula pada 2003 di Pusat Matrikulasi UIAM Petaling Jaya dalam asasi Kejuruteraan. Kemudian melanjutkan pelajaran ke kamus utama, UIAM Gombak dalam Ijazah Sarjana Muda Kuliyyah Kejuruteraan Mekatronik dan alhamdulillah tamat pada Januari 2010 yang lepas.

Dalam kesempatan ini, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pensyarah yang merupakan guru-guru saya. Juga kepada teman-teman sebilik, teman-teman kuliyah dan teman-teman universiti; dan terutama sekali teman-teman gerakan Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).


Segala pahit getir telah dilalui dan ditempuhi. Bukan senang apabila dihambat kejatuhan-kejatuhan untuk bangkit kembali, terutama cabaran terpaksa melanjutkan tempoh pengajian selama setahun.

Dalam tempoh tersebut juga, terlalu banyak pengalaman dan pengajaran yang diperoleh, menjadi bekal tika berada di tanah air kini. Ketika di menara gading, sempat menikmati curahan nikmat bersama para ulama dan ilmuan. Tidak terhingga, tidak terkira, tidak terkata keindahan bersama mereka.

Atas: Kunjungan ulama sufi ulung dari Yaman, Habib Umar Hafidz di UIAM, Januari 2010
Atas: Kenangan Bersama Tuan Guru Syeikh Fuad bin Kamaludin al-Maliki
Atas: Prof. Syed Naquib al-Attas dan Prof. Wan Nor Wan Daud di Seminar Pengukuhan Pandangan Alam Islami & Syarahan Perdana Syed Naquib al-Attas, Disember 2009

Juga, syukur kepada Allah, yang telah memberikan jalan-jalan untuk meneroka potensi diri untuk berkecimpung dalam bidang penulisan. Berkat bimbingan guru saya dalam penulisan, Puan Ainon ‘Sifu PTS’, Firdaus Arif Zamri Mohamad dan teman-teman angkatan penulis, segalanya telah dimanfaatkan sebaik-baiknya.

Kepada teman-teman seuniversiti, teruskanlah perjuangan anda dalam menuntut ilmu. Sesungguhnya ilmu itu datang membawa makna dan menundukkan kita supaya beradab dan akhirnya datang barakah. Raikanlah dan hormatilah guru. Menuntutlah ilmu dengan cara yang bersih, lunas daripada noda dan dosa meniru kerja taulan, meniru dalam peperiksaan dan segala macam makar yang boleh mencabut keberkahan dalam belajar.

Penuhi masa dengan aktiviti yang bermanfaat, jadikanlah kitab dan buku-buku bermutu menjadi teman. Elakkanlah kitaran hidup yang membosankan dengan melibatkan diri dalam melatih diri berjasa kepada masyarakat. Seandai terlambat, kelak kalian akan lebih menyesal tika alam pekerjaan. Percayalah!

Terima kasih khas buat sdr. Hassan atas kenangan bersama menyudahkan FYP. Tidak lupa juga, teman-teman Mekatronik, terutama teman-teman FYP MSD Lab, ketemu anda di CAC!

Akhir kata, kita sedekahkan al-Fatihah buat Allahyarham Prof. Madya Dr. Wahyudi Martono, Ketua Jabatan Kuliyyah Kejuruteraan Mekatronik atas pemergian mengejut beliau pada Julai 2010 yang lepas. Beliau merupakan sosok ilmuan yang berakhlak mulia lagi disegani, yang telah banyak membimbing saya dan teman, Abdul Hassan dalam menyempurnakan Final Year Projek (FYP) kami.

Al-Fatihah.

Syukur, syukur, syukur ya Allah...

Alhamdulillah...

Thursday, October 8, 2009

Jemputan ke Wacana Pemikiran & Majlis Memperingati Syed Muhammad Alawi al-Maliki al-Hasani



Inilah peluang keemasan untuk mencedok lautan ilmu para pewaris anbiya', para ulamak. Mungkin kali ini sahajalah kita mendengar mutiara kata dan bersua dengan mereka; orang-orang yang menikmati keluasan ilmu dengan rantaian sanad yang amat berharga, mahal sekali pada zaman mutaakhirin ini, pada saat ramai yang mengaku alim padahal sebenarnya sebaliknya...

Sila klik gambar untuk mendapatkan maklumat program dengan lebih jelas. Makluman program ini dipetik daripada blog Yayasan Sofa KL di pautan ini.

Jumpa di sana...

Berjasa Kepada Masyarakat

Sunday, August 16, 2009

Jadual Kuliah Tafaqquh Fid Deen Ramadhan bersama Syeikh Fuad



NOTA: Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al-Maliki merupakan Penasihat Yaysan Sofa Negeri Sembilan, Ahli Majlis Fatwa Negeri Sembilan dan juga Nazir Masjid Taman TAR Ampang. Beliau merupakan anak murid kepada Syeikh Syed Muhammad Alawi al-Maliki, seorang ulamak besar Mekah (wafat pada 2004).


Berjasa Kepada Masyarakat

Review: Bangkit dan Runtuhnya Bangsa Mongol

"Seandainya kamu mendengar bahawa Kaum Mongol telah dikalahkan, bersaksilah engkau bahawa orang itu berdusta!" ~Pepatah Arab kurun...