Monday, December 8, 2008
Miri (7): Keluhku
Hari ini agak berbeza bagiku. Aku menemui sebahagian realiti keadaan masyarakat. Entri Miri (5) aku pernah berkongsi, bahawa kakak kepada jiranku sedang nazak. Sekarang ia sudah tiada. Jenazahnya sedang dibawa dari Kuching ke Miri.
Aku tiba di surau setelah makan malam. Niatku menemani Usu, kerana ingin menghulurkan tangan dan berjumpa dengan penduduk kampung. Namun demikian, rumah keluarga jenazah kegelapan. Tentunya ada sebabnya. Berlaku masalah perselisihan di kalangan jiran ini sehingga berlaku pertengkaran di hadapan mataku. Aku tidak mahu bercerita kerana bimbang membuka aib orang. Syukur, Usu begitu bijaksana dalam menyantuni beberapa pihak. Kampung ini tidak ada ketua kampung. Tetapi beliau dianggap sebagai orang rujukan.
Kemudian kami tiba di rumah keluarga jenazah. Aku memerhati perbincangan bawah sinar malap lampu kalimantang. Lampu itu dihidupkan dengan bateri kereta. Seorang berbangsa Cina, ipar kepada keluarga jenazah menjadi tumpuan. Beliau banyak menegur kepada semua yang hadir. Aku tidak pasti, sama ada ia muslim atau sebaliknya. Ia menegur mereka kerana sukar bertolak ansur dalam perbincangan. Terkadang aku tersentak, mendengar kata-katanya.
"Islam tidak ajar kamu degil. Cuma kamu bincang baik-baik."
Beberapa nasihat lagi diberikannya, supaya menganjurkan tolak ansur yang baik, seperti dianjurkan oleh Islam. Selesai perundingan, aku dan Usu meminta diri.
Kataku, "Susah juak Su o (Susah juga ya Usu)."
Usu menghidupkan skuternya. Kemudian aku naik membonceng. Dia memulas pecut minyak dan kami beredar dari rumah membelah malam, jawabnya, "Ya lah..."
Sambungnya lagi, sambil ketawa kecil, "Hal kedak tok, kenak pandei rondeng. Sidak dapat, kau pun dapat. Sekda yang rugi (Hal seperti ini kena pandai berunding. Mereka dapat, kamu pun dapat)."
Kejadian malam ini mengetuk hatiku. Mengetuk sehingga aku terngadah. Segera aku teringat akan kata-kata Muhammad Qutb, bahawa para pendakwah bukanlah berhadapan dengan benda. Tetapi mereka berhadapan dengan sesuatu yang hatinya boleh lebih keras daripada batu dan paling degil menentang. Hanya orang yang bersedia sahaja yang sanggup menghadapinya, dengan bekalan taqwa dan iman kepada Allah. Hanya kepada Allah para du'ah ini memohon pertolongan.
Satu lagi perkara menjadi perhatianku ialah cara berbual yang sesuai dengan penduduk kampung. Usu dan ipar jiran menggunakan bahasa yang selaras dengan pemahaman mereka, dengan menjelaskan perkara seringkas mungkin. Juga, perkataan menegur menggunakan bahasa yang positif dan mengajak untuk memikirkan masalah bersama. Perkara ini pernahku kongsikan dalam entri indeks kabus, mengenai kepentingan menggunakan bahasa yang terbaik buat mad'u (sasaran dakwah).
Aku hanya berdiri di tempat kejadian. Aku boleh merasai suasana kegentingan, belum lagi teribat sekali. Mampukah aku jikalau menghadapi saat seperti ini?
Hanya kepada Tuhan aku memohon keampunan. Hanya kepada-Nya aku memohon kekuatan. Sekadar luahan rasa.
Berjasa Kepada Masyarakat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Review: Bangkit dan Runtuhnya Bangsa Mongol
"Seandainya kamu mendengar bahawa Kaum Mongol telah dikalahkan, bersaksilah engkau bahawa orang itu berdusta!" ~Pepatah Arab kurun...
-
*Artikel ini telah saya tulis sebagai alat bantu mengajar kelas KAFA untuk murid-murid Tahun 2 beberapa bulan yang lepas. Mohon teguran da...
-
Habib Mohamad bin Alwi al-Attas (kiri) dan Habib Izzuddin al-Idrus (kanan) Jika berbicara tentang dakwah, pemerhatian saya para guru A...
-
Bisikan Tanjung Lobang (1) Bisikan Tanjung Lobang (2) Bisikan Tanjung Lobang merupakan cetusan andaian ataupun simulasi kepada pertem...
No comments:
Post a Comment