BLOG Fiksyen Sains Islami

BLOG Fiksyen Sains Islami
Blog penulis tentang fiksyen sains

Saturday, May 5, 2012

Daripada Ustaz Syed Izzuddin al-Idrus ketika kelas fekah bersama beliau pagi (Sabtu, 5 Mei 2012) tadi, beliau berkongsi tentang kesungguhan seseorang dalam menjinakkan dirinya dengan sunnah baginda Sayyidina Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam. Kisahnya begini:

 Tersebutlah kisah, seorang kanak-kanak lelaki yang masih berumur 8 tahun. Beliau tidur dalam keadaan selalu bergerak (meroyan siney-siney kata orang Sarawak). Tatkala apabila beliau terjaga, beliau mendapati beliau berada di lokasi lain di tempat tidurnya.

 Suatu malam ia runsing, "Aku tidur tidak tidur cara Rasulullah s.a.w. Aku mesti membuat sesuatu." Diikatlah diri beliau pada kaki dan tangannya supaya tidur mengiring sebagaimana Rasulullah s.a.w. Dan, sejak itu, beliau tidak lagi tidur sembarangan. Tindak-tanduk si kecil ini telah diperhatikan oleh kakak beliau, sehingga mengalirkan air mata, betapa besarnya mujahadah (semangat untuk melawan hawa nafsu dalam meraih kemanisan dalam ibadah) pada umur tersebut.

Agak-agak siapakah kanak-kanak itu?

Beliau adalah...

Habib Umar bin Salim bin Hafidz... semoga Allah meneguhkan dakwah beliau. Amiin...

Review: Bangkit dan Runtuhnya Bangsa Mongol

"Seandainya kamu mendengar bahawa Kaum Mongol telah dikalahkan, bersaksilah engkau bahawa orang itu berdusta!" ~Pepatah Arab kurun...