BLOG Fiksyen Sains Islami

BLOG Fiksyen Sains Islami
Blog penulis tentang fiksyen sains

Tuesday, January 20, 2009

Pendekkan Angan-angan, Ingatlah Mati


Melihat kepada saiz kitab 40 Nasihat Ibnul Wardi, mungkin orang memandang ringan akan isinya. Nipis sahaja, tidak sampai 100 muka surat. Dalamnya terkandung mutiara berharga daripada seorang ulamak yang hidup 750 tahun yang lampau. Apabila ditekur kembali, nasihatnya menyentuh sekali, walaupun pada zaman moden ini.

Ulamak warisan para rasul. Memandang rendah kepada mereka dengan memperlekeh sebahagian daripada mereka adalah perbuatan yang kurang adab. Siapakah mereka ulamak yang telah ditunjuki Allah? Siapakah kita untuk mempersoalkan orang yang hampir kepada Allah?

Mari kita tekur kata-kata beliau:

Pendekkan angan-anganmu pada dunia nescaya engkau beruntung. Tanda orang yang berakal itu pendek angan-angannya.

Sesungguhnya barangsiapa yang sedar bahawa dia sedang diburu dengan kematian, dan kematian itu boleh datang bila-bila masa sahaja, maka wajarlah ia mengingati akan mati dan bersedia untuk mati.


Keterangan:

Panjang angan-angan itu menjadikan seseorang lupa akan mati dan lupa akan akhirat dan lupa akan hakikat diri. Dan walau sepanjang manapun angan-angan seseorang maka yang didapatkannya hanyalah sekadar apa yang telah ditentukan oleh Allah taala jua.
Walaupun kemungkinan kita akan hidup sekian tahun lagi, namun kematian bila-bila masa mungkin pula datang pula menjemput kita.

Orang yang panjang angan-angannya biasanya akan diserang oleh kegelisahan yang memanjang dan rasa tidak puas dengan anugerah yang telah diberikan Allah kepadanya. Walaupun sudah sekian banyak harta yang dimilikinya namun ia masih merasa berhajat kepada tambahan yang lain lagi.

Begitulah hakikat orang yang panjang cita-cita. Ia sentiasa gelisah, tidak puas dan tidak bersyukur terhadap nikmat yang telah diberikan. Maka orang yang bijak ialah orang yang pendek cita-citanya terhadap dunia dan banyak membuat amal kebajikan sebagai bekalan untuk hidup sesudah mati...

Mari kita hitung diri kita? Adakah hari ini lebih baik daripada hari semalam? Andai masanya sudah tiba, adakah kita benar-benar bersedia? Fikirkan....

*Dipetik daripada Siri Bimbingan Remaja Islam II yang berjudul 40 Nasihat Imam Zainuddin Ibnul Wardi al-Kindi (691-749H) (1292-1349H). Terjemahan dan huraian dilengkapkan oleh Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam. Terbitan Khazanah Banjariah, Maahad Tarbiah Islamiah Derang, Pokok Sena, Kedah Darul Aman.

Jasad di Kubur, Umat kian Subur


Berikut merupakan mukadimah kepada Kuliah Tauhid yang disampaikan oleh Dr. Farid Shahran, pensyarah Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, Kuliyyah (fakulti) Ilmu Wahyu, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 19 Januari yang lepas. Kata-kata beliau mengingatkan kembali akan orang-orang yang berjasa dan telah menyerahkan segala kemampuan mereka demi redha Tuhan: Imam Ghazali rahimahullah.

“Segala puji bagi Allah, kepada-Nya kita memuji-Nya, kepada-Nya kita memohon pertolongan dan memohon keampunan. Dan kami berlindung daripada kejahatan daripada diri kami sendiri dan amal-amal kami yang kurang baik. Sesiapa yang ditunjuki-Nya, maka tidak akan disesatkan baginya. Barang siapa yang disesatkan-Nya, maka tidak ada petunjuk baginya. Dan kami bersaksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah dan kami bersaksi bahawa Nabi Muhammad (sallallahu alaihi wasallam – salam sejahter atasnya) adalah hamba-Nya dan rasul-Nya. Ya Allah, limpahkanlah selawat atas penghulu kami, Muhammad (sallallahu alaihi wasallam) dan atas ahli keluarganya, sahabatnya dan sekalian yang mengikutinya.

Kita bersyukur kepada Allah, dengan izin-Nya kita dapat berkumpul dan bertemu dalam keadaan yang sejahtera. Kita bersimpati, ada antara saudara seagama kita tidak bernasib baik sebagaimana kita sekarang, baik di Gaza mahupun di serata dunia ini (awal 2009 menyaksikan siri pengeboman tentera udara Israel - IAF atas Gaza. Peristiwa itu dikenal juga sebagai Intifada yang Ketiga). Kerana Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam pernah menyebut,
“Orang-orang Islam umpama satu jasad. Jika satu anggotanya sakit, maka seluruh badan akan menanggung kesakitan.”


Hadis ini menunjukkan bahawa seorang Islam harus prihatin akan keadaan mereka kerana kita mempunyai perkongsian rasa bersama seakidah (seagama). Kita harus menyayangi saudara kita sebagaimana kita menyayangi diri kita sendiri. Justeru, menjadi kewajipan bagi kita untuk menolong mereka yang dalam kesusahan. Ini terpulanglah dengan kapasiti masing-masing, baik dengan harta ataupun jiwa kita.

Janganlah kita merasakan bahawa pelajaran akidah tidak ada perkaitan dengan peristiwa di Gaza. Bahkan memang ada perkaitan yang kuat. Kita harus bersedia seperti dengan ilmu ini, kerana kita mungkin akan menghadapi keadaan atau kerumitan yang lebih besar.

Kita lihatlah usaha Imam Ghazali. Dalam satu buku yang berjudul Kebangkitan Generasi Salahuddin dan Kembalinya Jerusalem ke Pangkuan Islam karangan Dr. Majid Irsan Kailani (terbitan Thinker's Library, cetakan tahun 2000) bahawa Imam Ghazali sebenarnya memainkan peranan yang besar dalam penawanan Baitul Maqdis. Mengapa pula?



Menurut kajian tersebut, sebenarnya kelahiran generasi Salahuddin al-Ayyubi merupakan kelangsungan daripada tarbiyyah (pendidikan) awal daripada kitab Ihya’ Ulumuddin yang dikarang oleh Imam Ghazali. Kesan daripada sekolah pemikiran Imam Ghazali memberikan impak yang besar terhadap cara berfikir dan sistem tarbiyyah umat pada ketika itu.

Antara ulama yang lahir setelah Imam Ghazali ialah Syeikh Abdul Qadir Jailani (seorang yang dikenal sebagai ulama sufi ulung) yang secara langsung telah menerbitkan generasi baru, iaitu lahirnya generasi Salahuddin.

Masyarakat pada hari ini pula tidak dapat melihat perkaitan antara keilmuan dengan politik ataupun siasah. Ada sebilangan pihak yang menyalahkan Imam Ghazali kerana tidak berjuang melalui saluran tersebut, seperti Ibnu Tahmiyyah. Padahal, Imam Ghazali sebenarnya telah menyediakan asas keilmuan kepada generasi yang telah melahirkan pahlawan seperti Salahuddin.

Janganlah kita memisahkan antara hal-hal keilmuan dengan hal-hal di luar sana. Kita sering dengar kata-kata,

 “Apa yang penting adalah kita berjuang di Palestin.” 

Bahkan kita harus memahami bahawa Islamisasi merupakan satu proses jangka masa panjang. Usaha jangka masa pendek seperti saudara kita di Gaza pula, sebagai contoh adalah kita menghulurkan derma. Ini kerana, Islam bergantung kuat kepada kekuatan ilmu dan kekuatan dalaman seseorang individu. Terjadinya sikap tidak sensitif akan perihal Gaza adalah kerana individu itu tidak mempunyai pandangan Islam yang sebenar yang berhubung kait dengan akidah, kerohanian dan tatacara hidup.

Sebaliknya, kita harus bijaksana terhadap isu Gaza. Kita harus mempersiapkan kekuatan umat ini terlebih dahulu dalam bentuk dalaman. Ini disebabkan musuh-musuh Allah terus melakukan kerosakan. Orang Yahudi pula, ini bukanlah pertama kali mereka menyerang orang Palestin. Bahkan mereka telah menyerang dan membunuh para nabi. Meskipun diutus rasul demi rasul, namun mereka tetap angkuh dengan membunuh mereka. Kalau para rasul ini pun dibunuh, inikan pula orang Palestin? Kelompok Zionis pula, telah memasakkan kepercayaan bahawa kita dianggap sebagai binatang dan mereka pula adalah ‘orang-orang pilihan Tuhan’ ataupun the chosen people.

Namun demikian, kita harus ada perencanaan yang baik dengan melahirkan generasi-generasi yang mendalami agama. Melalui strategi yang ampuh, insya-Allah, tidak mustahil tanah suci Baitul Maqdis dapat kembali semula ke pangkuan kita dalam 100 tahun.

Kita harus bersabar dengan orang yang mahukan perubahan yang cepat. Ini adalah golongan yang mahu politik sebagai wadah utama merubah masyarakat. Kita harus ingat, bahawa kekuatan tradisi Islam bergantung kepada kekuatan tarbiyyah dengan melahirkan insan-insan yang berkualiti. Rasullah sallallahu alaihi wasallam memilih orang yang diletakkan paling hadapan di kalangan orang yang kuat beribadah. Melalui hubungan yang rapat antara kekuatan fizikal dan kekuatan ilmu dan spiritual, kita mampu membuat sesuatu yang lebih terencana dalam menyelesaikan masalah umat.”

Begitu besar saham Imam Ghazali di akhirat kelak. Berkat keikhlasan ilmunya, ia secara langsung telah melahirkan sebuah umat yang kembali kepada penghayatan agama dan memiliki ilmu serta iman yang kental. 

Saya mengandaikan, Imam Ghazali berharapan agar Baitul Maqdis akan kembali ke pangkuan umat Islam. Ia telah berusaha pada zamannya. Namun Allah telah menjemputnya kembali kepada-Nya terlebih awal. Walau bagaimanapun, hasilnya adalah seratus tahun kemudian apabila impian umat terlaksana. Walau jasadnya telah berada di kubur namun satu bintang telah terbit di ufuk timur yang membebaskan Baitul Maqdis: Salahuddin al-Ayyubi!


Mungkin kita punyai sumbangan kepada umat yang dikira kecil oleh manusia kini. Boleh jadi besar pada pandangan Allah. Mungkinkah usaha sekelumit kita, yang ikhlas, akan menyumbang sekali kepada kebangkitan yang mungkin akan menjelma seratus bahkan beratus-ratus tahun akan datang? Fikir-fikirkan…..

Berjasa Kepada Masyarakat

Monday, January 19, 2009

Pemberitahuan

Berkenaan dengan entri "Gaza Bermandi Darah... Pedulikah Kita?" saya merasakan berlaku silap faham di pihak saya memahami maksud penulis. Saya memohon maaf atas kata-kata yang mungkin menyinggung sesiapa. Saya mansuhkan entri tersebut, bagi mengelakkan polemik yang tidak berkesudahan.

Terima kasih. Harap maklum

Gaza: Mari Kita Fikir Bersama


Saya bertanya Dr. Farid Shahran, pensyarah Jabatan Usuluddin & Perbandingan Agama, Kuliyyah (fakulti) Ilmu Wahyu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam kuliah tauhid yang beliau sampaikan, mengenai permasalahan konflik Gaza. Beliau menjawab:

Islam merupakan agama yang tidak memisahkan agama dan politik. Bahkan, istilah watan ataupun tanah air menunjukkan bahawa secara fitrahnya (semulajadi) manusia cintakan tanah air. Bahkan, apabila baginda Rasulullah sallallahu alaihiwasallam berangkat berhijrah, baginda merintih. Baginda mengatakan bahawa tidak ada tanah yang aku sayangi selain Makkah. Baginda terpaksa berhijrah disebabkan anak-anak engkau (penduduknya) telah mengusirnya keluar.

Tentang hal di Palestin, orang-orang Palestin dinafikan hak mereka untuk tinggal di tanah air mereka. Sedangkan ramai orang Yahudi adalah orang luar. Mereka berada di Rusia dan serata Eropah. Zion seperti yang mereka percaya adalah tempat asal mereka. Sebelum konflik bertambah parah pada awal abad ke-20, orang Yahudi telah diberikan sebahagian tanah untuk mereka tinggal. Tetapi masalah yang berlaku adalah orang Yahudi merampas tanah dan mengusir mereka keluar melalui perang-perang yang berlaku (terutama Perang Kemerdekaan 1948 dan Perang 6 Hari pada 1967). Perjuangan orang Palestin pada hari ini adalah mereka menuntut hak mereka kembali daripada Israel yang merampas tanah mereka.

Satu perkara yang perlu diperhatikan ialah konflik dalaman Palestin sendiri, iaitu antara HAMAS dan Fatah. Mereka harus duduk semeja, kerana mereka menghadapi penjajah yang diiktiraf sebagai kuasa keempat kuasa dunia. Dalam hal ini, beliau berpandangan bahawa HAMAS tidak boleh terlalu idealistik akan pendirian mereka, kerana mereka berhadapan bukan dengan kuasa biasa, iaitu sebuah kuasa yang telah menguasai dunia.

Menurut seorang doktor Chechnya (seorang dalam pelarian), kini Yahudi menguasai politik dan ekonomi Rusia. Vladamir Putin merupakan seorang peranakan Yahudi. Manakala penggantinya pula adalah orang tulen Yahudi. Mungkin sebelum ini kita mengharapkan Rusia akan menjadi pengimbang kepada Amerika dan Israel. Namun melihat kepada keadaan ini, pasti dua kuasa besar ini akan bergabung apabila ada apa-apa yang berlaku kepada Israel.

Mengenai Zionisme, beliau bersetuju bahawa Zionisme berbeza daripada agama Yahudi (Judaism). Terdapat orang Yahudi sendiri yang tidak bersetuju akan kerajaan Israel kerana menyalah gunakan kitab Taurat mengikut selera politik Zionis. Memang benar, mereka menganggap bahawa orang Yahudi sebagai orang pilihan tuhan ataupun the chosen people. Tetapi mereka tidak disuruh untuk membunuh orang lain. Namun, mengapakah orang Yahudi tidak menentang dengan keras pendirian kerajaan mereka? Kerana tidak ada gunalah orang Yahudi menentang orang yang sebangsa dan seagama mereka sendiri.


Satu lagi masalah yang kritikal konflik ini berterusan adalah orang Islam tidak bersatu menghadapi rejim Zionis dan sekutunya. Terutama orang Arab, mereka sendiri ditekan. Jikalau ada pihak yang cuba berusaha membantu Palestin, pasti rejim kerajaan Arab akan terkena sekali. Oleh yang demikian, negara-negara Arab yang melingkungi Israel membisu seribu bahasa. Mereka bimbang tindakan dikenakan atas kekuasaan di negara mereka.

Kadang-kadang kita jemu merungkaikan persoalan di Palestin. Mari kita hadapi dengan penuh sabar. Lihat diri kita. Bukan kerana Tuhan tidak mendengar keluhan kita. Tetapi kita sendiri yang lemah berusaha, serta sukar menggarap hikmah yang berlaku di sebalik kejadian ini. Akhir kata, ingatlah kata-kata Nabi Muhammad sallallahu alahi wasallam, yang kira-kira bermaksud:

"Tidak sempurna iman seseorang melainkan ia menyayangi saudaranya seperti dirinya sendiri."

"Orang Islam adalah umpama satu badan. Jika terasa sakit satu anggota, maka seluruh badan akan merasai kesakitan juga."

"Tidak menjadi seseorang di kalanganku seseorang yang enggan memikirkan saudaranya sendiri."

Hadis-hadis tersebut menganjurkan bahawa perlu ada kepedulian dalam diri kita atas musibah yang menimpa saudara-saudara kita. Sentiasalah berdoa. Sentiasalah lihat pada diri kita yang lemah. Pasti ada hikmahnya.

Allahu'alam, Allah Maha Tahu.

Berjasa Kepada Masyarakat

Tuesday, January 13, 2009

Menjejak Zionisme (1)


Zionisme merupakan rencana tersusun Yahudi untuk memadamkan cahaya agama Allah di muka bumi. Mari kita bongkar di sini!

Berjasa Kepada Masyarakat

Pilihan Raya Kampus (PRK) UIAM


Pilihan Raya Kampus (PRK) menjelang lagi tahun ini. Saban tahun berlalu, agaknya inilah PRK terakhir yang bakal saya rasai sebagai seorang mahasiswa. Setiap tahun menyaksikan pelbagai polemik dan kontroversi. Terutama Taman Budi dan Ilmu ini, telah menjadi tumpuan perkembangan PRK di IPT di seluruh negara, kerana dicop sebagai 'kubu kuat pembangkang.'

Tahun ini mungkin lain pula sepak terjangnya. PRK UIAM memperlihatkan persaingan sengit 'blok' mahasiswa yang bergerak dengan platform 'bawah tanah' yang berbeza ideologi dan pendekatan. Pejabat Hal Ehwal Pelajar pula dilihat oleh mahasiswa tidak telus dan berat sebelah. Tambahan pula, selama berada di bumi UIAM ini, tidak henti-hentinya pihak-pihak ini saling 'menggigit' antara satu sama lain. Bahkan, sebagai pemerhati neutral yang tidak bersekongkol dengan pihak-pihak ini, terkadang perlawanan ini penuh dengan budaya saling memfitnah. Inikah etika mahasiswa Universiti ISLAM Antarabangsa Malaysia?

Perlawanan yang tidak ada penghujungnya merugikan mahasiswa. Tidak kira pihak mana yang menang, kampus UIAM bertahun-tahun lesu dan sepi. Tidak ada perubahan yang positif dari tahun ke tahun.

Sampai bilakah keadaan harus begini? Sampai bilakah mahasiswa ditekan, diperas dan dipenjara dengan pelbagai peraturan yang membebankan? Jika mahasiswa, orang muda ini terasuh untuk 'mengipas', mengadu domba dan disuap dengan pelbagai kemudahan, adakah orang-orang seperti ini yang akan menerajui negara dan menjadi pembela masyarakat?

Kita lihat tahun ini, bagaimanakah agaknya drama yang dimainkan? Fikirkan demi umat.

Berjasa Kepada Masyarakat

Sunday, January 11, 2009

BOIKOT? Iboh Bingong!


Israel sebuah negara kecil. Selama lebih 60 tahun, Israel masih bertahan. Salah satu sebabnya ialah sumber kewangan yang berterusan. Banyak kompeni secara terang-terangan menyumbangkan dana kepada rejim Zionis. Antaranya adalah tersenarai di bawah. Mungkin anda akan terkejut kerana produk tersebut mungkin selalu kita gunakan. Mungkin sukar membuang kegemaran lama, akan tetapi pasti ada alternatifnya. Mari fikirkan...

Antaranya produk yang mesti diboikot:

Starbuck



Seteguk kopi Starbuck yang anda telan, mungkin telah memberikan sebutir peluru kepada askar Zionis yang dahagakan darah orang Palestina. Akan tetapi, kopi Starbuck sungguh enak, sukar untuk meninggalkannya. Iboh bingong! Kopi RADIX kan ada? Murah, senang bancuh pula!

Coca Cola

Meminum seteguk Coca Cola yang mengandungi kandungan gula yang tinggi dan juga dadah kafein, mungkin akan memberikan minyak kepada kereta kebal Zionis yang hauskan mangsa orang Palestina. Iboh bingong! Anda tidak akan mati kekeringan tanpa Coca Cola. Ada banyak jenis minuman yang anda boleh nikmati. Snow Bandung dan Teh C Peng pun, apa kurangnya!

McDonald


Menikmati santapan lazat McDonald mungkin akan menyebabkan duit yang anda bayar akan mengenyangkan tentera Israel yang membunuh orang Palestina tanpa belas kasihan. Lupakan kenangan bersama McDonald. Ayam pansuh, Laksa Sarawak ataupun mi kolok pun boleh tahan juga!

Antara barangan yang anda mesti boikot!


Duit anda seakan-akan disalurkan untuk membunuh saudara kita di Palestina. Membeli barangan mereka bermakna lebih mempersiap tentera Zionis mengganyang umat Muslimin. Memboikot barangan milik mereka akan melumpuhkan sumber kewangan mereka. Ayuh, mari kita laksanakan!

Berjasa Kepada Masyarakat

Tuesday, January 6, 2009

Salam Ma'al Hijrah 1430H


Duhai umat di mana kita,
Tahun mendatang tiada beza,
Andai diutus Rasul semula,
Luluh berkecai hati baginda.



Duhai umat bangkit segera,
Carilah suluh perjuangkan agama,
Hidup ini sebentar cuma,
Mari kita bangkit bersama!



Kita sudah tiada masa,
Satukan hati gabungkan tenaga,
Tuhankan bantu Ia beserta,
Kita kikis tamak haloba,
Ambillah Quran panduan dunia,
Sunnah Rasul jadikan pelita.



Wahai umat ini saatnya,
Hijrah mengukir tamadun manusia,
Pelosok buana kembali bersinar,
Umat menanti terbit cahaya!


Berjsasa Kepada Masyarakat

Daripadaku,

Salam Maal Hijrah 1430H

Review: Bangkit dan Runtuhnya Bangsa Mongol

"Seandainya kamu mendengar bahawa Kaum Mongol telah dikalahkan, bersaksilah engkau bahawa orang itu berdusta!" ~Pepatah Arab kurun...