BLOG Fiksyen Sains Islami

BLOG Fiksyen Sains Islami
Blog penulis tentang fiksyen sains

Monday, December 22, 2008

Membaca dengan KJ Method


"Dah habis Galaksi Muhsinin?" tanyaku kepada seorang sahabat.

"Belum. Melekat di bahagian awal."

Jawabku, sambil tertawa, "Oh, ramai orang yang mengadu macam itu. Bahagian awal memang lambat sikit."

"Oh."

Kataku lagi, "Kalau terus sahaja ke bab Flotila Peninjau Cyborg ke-73 pun boleh, tidak begitu menjejaskan jalan cerita. Cuma lompat bahagian itu sahajalah, kalau nak. Hehehe."

Balasnya, "Biar betul. Membaca pun dengan KJ Method!"


NOTA: KJ method ialah teknik penulisan non-linear. Melalui teknik ini, penulis boleh menulis mana-mana bahagian yang disuka tanpa menurut teknik linear (biasa). Teknik linear ialah teknik yang diajar di peringkat sekolah. Melalui teknik linar, penulis mesti membuat pendahuluan, kemudian isi, seterusnya sehingga penutup. Tetapi, teknik ini tidak perlu lagi jila sudah tahu KJ Method.

NOTA: Komen anda mengenai Galaksi Muhsinin sangat saya hargai!

2 comments:

The lady ♥ said...

salam.
bg azrul, mek lom da ksmpatan nk mmbeli buku ya.
klk mek berik komen mun dah mmbeli n mmbedah detail2 buku ya.
bersedia jak, soklan2 dr mek.
hoho.

Azrul bin Jaini said...

Salam...

Hehe... makseh. Kebanyakan pembaca perempuan madah nang susah mok menghayati & membayangkan cerita Galaksi Muhsinin. Mungkin juak sebab novel ya nang "sastera jantan," untuk lelaki: aksi, aksi, aksi! =)

Apapun, selamat membaca. Ilustrasi ada dalam saifaiislami.blogspot.com

Review: Bangkit dan Runtuhnya Bangsa Mongol

"Seandainya kamu mendengar bahawa Kaum Mongol telah dikalahkan, bersaksilah engkau bahawa orang itu berdusta!" ~Pepatah Arab kurun...