BLOG Fiksyen Sains Islami

BLOG Fiksyen Sains Islami
Blog penulis tentang fiksyen sains

Monday, December 1, 2008

Hasil 'Perburuan' 2 Hari

Selama tiga hari dua malam berada di Kuala Lumpur, aktiviti seharian disibukkan dengan pelbagai program. Tidak terasa dalam jangka masa yang singkat, banyak perkara yang berlaku. Antaranya ialah sempat penulis ber'buru' di rimba batu ini... Berikut adalah 'hasil perburuan' yang telah diperoleh:


Hidayatus Salikin (Petunjuk Jalan Bagi Orang yang Takut Kepada Allah Taala) merupakan sebuah kitab huraian daripada kitab Bidayatul Hidayah (sebuah karangan ringkasan kepada kitab Ihya' Ulumuddin karangan Imam Ghazali). Hidayatus Salikin ditulis oleh Syeikh Abdus Samad al-Falimbani. Kitab ini ditulis oleh ulama ini bagi membolehkan masyarakat Nusantara dapat memahami pemikiran Imam Ghazali secara lebih dekat, sejak 200 tahun yang lampau. Kitab ini disunting dan disempurnakan oleh Ustaz Fahmi Zamzam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki.

Pemikiran Hamka merupakan himpunan artikel mengenai sumbangan dan pengaruh Hamka (1908-1981)kepada perkembangan dakwah dan sastera Nusantara pada abad ke-20. Seorang ulama Nusantara yang sukar diganti, amat wajar kehidupan dan manhaj dakwahnya ditelusuri dengan saksama oleh generasi kini. Terbitan DBP, disunting oleh Prof Sidek Baba.

Obama: Antara Islam, Israel dan Amerika merupakan antara terbitan terkini PTS Publication & Distributors. Satu karya ditulis oleh Taufik Ramhan ini memberi gambaran ringkas tetapi padat mengenai 'personaliti misteri' presiden Amerika kulit hitam yang pertama: Barrack Hussein Obama.

Berada di Kinokuniya, KLCC membuatkan saya rambang mata. Ini kerana sukar membuat pilihan terbaik lantaran diberikan 'bajet yang besar' dari rumah. Tambahan lagi, premis ini menawarkan lebih banyak potongan harga 20 sehingga 30 peratus. Sukar membuat pilihan. Sukar. Alhamdulillah, Holy War: The Crusades and Their Impact on Today's World karya Karen Armstrong telah dipilih. Beliau merupakan seorang yang penulis Barat yang sangat jujur kepada Islam dan dianggap sebagai religious figure di kalangan orang Barat. Saya harap dapat menghabiskan buku ini secepat yang mungkin, nukilan seorang penulis yang pernah mempertahankan peribadi Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam ketika peristiwa karikatur Denmark pada suatu masa dahulu.

Insya-Allah aktiviti selama berada di KL (28 November - 1 Disember 2008)yang menyusul:
1. Menziarahi Profesor Wan Nor Wan Daud di kediaman beliau di Bangi
2. Forum Gerakan Anti-PPSMI, anjuran PKPIM
3. Program Bersama Penulis Sai-fai PTS, MPH Midvalley

1 comment:

afidalina said...

salam azrul, lamak sik nengar berita? hehe lulus x akak ckp? =P hehe tiru ayat.. haah akak pun beli gak buku #1 tu. best2, padat dan mudah dibawa.

Review: Bangkit dan Runtuhnya Bangsa Mongol

"Seandainya kamu mendengar bahawa Kaum Mongol telah dikalahkan, bersaksilah engkau bahawa orang itu berdusta!" ~Pepatah Arab kurun...