BLOG Fiksyen Sains Islami

BLOG Fiksyen Sains Islami
Blog penulis tentang fiksyen sains

Tuesday, December 30, 2008

Fox One: Goyim


"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan orang-orang yang di luar kalanganmu (seagama) sebagai teman kepercayaanmu (kerana) mereka tidak berhenti-hentinya menyusahkan kamu. Mereka mengharapkan kehancuranmu. Sungguh, telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang tersembunyi di hati mereka lebih jahat. Sungguh, telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu mengerti." (ali-Imran, 3: 118)


Kedengaran dengungan bingit empat jasad memecut laju meninggalkan Tel Aviv. Cuaca agak cerah. Panas mentari bak menggigit kulit. Jasad punyai muncung tirus di depan. Berkepak tanpa bulu. Badannya besi. Belakangnya api panas membara. Yang pasti bukan unggas biasa. Bahkan, mesin-mesin buatan manusia. Pada jasadnya ada sejenis lambang. Lambang bulat putih, di tengah-tengahnya ada lambang bintang enam bucu berwarna biru. Semua pesawat kuffar terus meluncur di udara.

“Waypoint Bravo, bearing 221 paras tiga puluh ribu kaki, ” radio berbunyi.

“Arahan diterima Redwing One,” Redwing Two memberi balas.

“Operasi Cast Lead, menyusup masuk Gaza. Sasaran fasiliti sekuriti HAMAS, stesen televisyen dan hospital.” Diam sebentar. Hening. Berbunyi lagi:

“Anjing-anjing lemah ini bakal kita terajang.... sepuas-puas hati kita!” Redwing One menghabiskan ayatnya.

“Wahahaha! Sudah lama aku mengidam saat ini! Sekejap lagi kita raikan!” Redwing Three mencelah.

“Nantiku berbangga aku bercerita kepada anak cucuku; kisah atuk menerajang anjing-anjing gemuk dan longlai yang hanya tahu mengacuh dan menyalak. Tahu menyalak, tapi taklah segarang mana!” Redwing Four berceloteh dengan nada mengejek.

“Ataupun mereka ini lebih tepat lagi seperti sampah di tepi tong sampah yang hanya menunggu masa untuk dibuang ke dalam tong sampah!” Redwing Three melawak.

“Wahahahaha!” serentaklah ketawa girang membuatkan radio bising.

“Ah... sudah! Anjing tetap anjing. Sampah tetap sampah. Tugas kita manusia ini ialah menerajang, membunuh anjing-anjing dan membuang sampah yang tak berguna ni. Mereka hanya mengikut Muhammad (s.a.w)! Misi mesti dilengkapkan,” kata seorang juruterbang. Duduk di belakangnya adalah pegawai pintasan.

Mereka terus meluncur laju. Suasana radio antara pesawat sunyi seketika. Hanya kedengaran bunyi enjin membakar petrol yang menghasilkan daya tujah ke hadapan. Masing-masing dengan fikiran sendiri.



Empat buah pesawat dalam formasi echelon. Sufa gelarannya dalam bahasa Hebrew ataupun ‘storm’. Ribut malapetaka yang akan menggoncang, memukul dan menghancurkan umat Muslimin, fikir mereka. Atau secara umumnya, ia digelar F-16I. Pesawat ini dinaiktaraf daripada versi sebelumnya. Dibina oleh firma Lockheed Martin, dibina untuk Israel sejak 2004. Tangkas, pantas dan lincah. Keupayaannya cukup membuatkan musuh berfikir dua kali atau berkali-kali apabila berdepan dengannya. Jarak operasinya yang jauh membolehkan ia menyerang jauh menyusup ke dalam kawasan musuh. Krewnya dua orang, juruterbang dan pembantunya, pegawai pintasan.

Mereka bangga dengan teknologi yang dimiliki bangsan. Sekalipun dibina oleh keldai negaranya, Amerika, namun Sufa telah diubahsuai dan dimantapkan oleh jurutera anak bangsanya sendiri. Ianya ternyata jauh lebih kuat.

“Bangsa Yahudi bangsa pilihan Tuhan,” bisik hati juruterbang itu.

Hatinya terus berbisik. Itulah yang dipercayanya dan seluruh umat Yahudi; bangsanya yang dicintai.... Yahudi akan kembali gemilang. Yahudi akan kembali ke tanah yang dijanjikan, Zion dan Jurusalem sebagai pusatnya. Baginya Baitul Maqdis mesti dirobohkan. Kuil Haykal yang menjadi impian setiap Yahudi bakal dibina semula.
Tanah yang dijanji mesti dipertahankan! Kamilah anak-anak Tuhan! Kamilah umat terbaik! Kamilah manusia yang berhak memerintah dunia! Binatang-binatang murahan pasti akan tunduk bawah ternakan kami! Israel mesti hidup ke akhir zaman! Jerit isi hatinya.

Kemenangan datuk neneknya sejak 1948 berbunga di hatinya. Ia berbangga kerana berkhidmat kepada negara dan bangsanya, bangsa pilihan Tuhan. Ia berbangga, pengorbanan terancang dan tipu daya datuk neneknya berhasil jua apabila negara Israel secara haram dibina pada 1948 di atas tanah bukan milik mereka. Semuanya adalah dalam perancangan besar oleh Theodor Herzl, pengasas Zionisme. Herzl telah membuat satu pertemuan orang-orang Yahudi pada tahun 1897 di Switzerland. Matlamatnya ialah mengumpulkan Yahudi di seluruh dunia ke “tanah yang dijanjikan Tuhan,” Zion dan menubuhkan negara Israel. Juga, untuk menjayakan misinya, perkara utama ialah melemahkan akidah dan ukhuwah umat Islam serta Khilafah Islamiyah yang memayungi Muslimin dihancurkan sehancur-hancurnya.

“Terima kasih Tuan Herzl, kerana kaulah, Yahudi gemilang!” ujarnya dalam hati. Kalaulah boleh disembahnya, si penjahat itulah yang disujudnya.

Antara hasilnya, Ben Gurion pejuang kemerdekaan Israel dalam masa dua minit sahaja dalam tahun 1948. Muslimin bangkit bersatu. Bersatunya atas kesatuan yang rapuh. Bukan atas kesatuan akidah yang sama. Tetapi atas dasar tanah Arab untuk orang Arab. Atas dasar fahaman kebangsaan yang sempit, tanpa menyeru seluruh umat bersatu membebaskan saudara mereka di tanah Palestin daripada Yahudi laknatullah. Bagaimana mungkin musuh abadi mengisytihar “negara”nya di atas tanah Arab? Israel mesti dimusnahkan! Tegasnya, Arab tetap untuk Arab!

Sayugialah, seluruh bangsa Arab dengan kelengkapan dan tentera yang banyak empat kali melancarkan perang besar-besaran inginkan Israel hilang dari peta dunia.
Nyata, kebatilan terancang akan mengalahkan kebenaran yang tidak terancang. Yahudi bersatu mempertahankan negara. Bersatunya atas dasar cintakan bangsanya. Tapi mereka bersatu hati sesungguh hati mereka. Mereka merancang melindungi negara mereka. Mereka licik. Matlamat menghalalkan cara. Keldainya Amerika digunakan sekehendak hatinya menghantar bantuan.



Lamunan si juruterbang terhenti. Ia berkata kepada pembantunya, pegawai pintasan yang duduk di kokpit sebelah belakang, “Tidak ada halangan bagi Israel membunuh goyim-goyim ini. Tidak ada yang berani memintas mereka.”

“Goyim pengecut! Empat kali mereka melanggar kita, tetapi kita tetap menang! Berjuta-juta orang Arab di sekeliling kita. Tetapi mereka tidak pernah berjaya menghadapi kita!”

“Memang macam anjing. Mereka menyalak sahaja. Jadi, kita pukul sahajalah.”

“Buatlah sesuatu yang lebih dahsyat lagi diingati orang.”

“Apa?”

“Letupkan dia dengan misil!”

“Hahahahaha!”Gegak gempita kokpit dibuatnya.

“Operasi ini akan menjadi sejarah. Beberapa minit setelah misil pertama dilepaskan, pasti seluruh dunia akan tersentak! Hmm... dunia sekarang kampung kecil. Globalisasi nenek moyang kita berjaya. Telur menetas sebiji riuh sekampung. Ada berita sahaja, pasti di penjuru dunia akan tahu juga."

“Misi ini terlalu senang. Tidak ada pesawat Arab yang berani memintas kita.”

"Bagaimana kalau ada misil daripada mereka?"

Ia diam. Gugup. Mati bukanlah pilihan yang terbaik. Kerana ia ingin hidup selama-lamanya, walau seribu tahun pun. Tuhan telah mengkabarkan umat manusia, sebenarnya mereka takut mati, "Tetapi mereka tidak akan menginginkan kematian itu sama sekali, kerana dosa-dosa yang telah lakukan dengan tangan-tangan mereka." (al-Baqarah, 2:95)

Balasnya, “Mereka cuma ada lastik. Kalau ada pun, mereka ada pesawat origami sahaja.”

Kata juruterbang itu lagi, “Engkau buat lawaklah. Kita buat kerja untuk bangsa dan agama kita. Ingat! Kita ini bangsa kekasih Tuhan. Mereka adalah goyim. Mereka adalah binatang. Kitalah manusia pilihan Tuhan yang paling berhak memerintah dunia! Lakukanlah yang terbaik!”

“Baik, tuan!”

“Skuadron, kita menghampiri bandar sasaran. Mulakan menjejak. Pastikan misil tepat mengena. Umat Muhammad akan menangis lagi hari ini. Tidak ada yang akan menolong mereka.Salahudin al-Ayyubi telah lama mati. Mereka hanya mampu meratap,” juruterabang itu ketawa mengilai.

“Roger that!”

"Sasaran: Hospital."

"Tuan, sasaran telah selesai dijejak. Segala input telah diproses oleh komputer. Kita -"

Juruterbang itu mencelah, "Saya akan tekan picu nanti."

“Aku datang menerajangmu, goyim!”

"Fox One!" misil dilepaskan. Misil itu jatuh secara bebas, kemudian jet panas menyusuli ekzos misil. Misil meluncur menjangkau kelajuan beberapa kali ganda kelajuan bunyi. Puas. Mereka puas. Tidak ada yang lebih puas, selain daripada melayangkan nyawa goyim, binatang pada pegangan hidup mereka.



Mereka ketawa banyak di dunia. Pasti mereka akan menyesal, wajah mereka hitam diselubungi api yang menyala-nyala di hari kemudian. Pasti ada pembalasan untuk mereka di hari Akhirat. Pasti. Kerana Tuhan Maha Adil!



Umat Palestina terus menerus diburu si Zionis yang dahagakan darah. Setelah berbulan-bulan menghadapi sekatan ekonomi, keadaan terus diburukkan oleh serangan udara oleh Tentera Udara Israel (IAF – Israeli Air Force) pada 27 Disember 2008 yang lepas. Kini, angka kematian menjangkau 380 orang. Israel melancarkan Operasi Cast Lead untuk tujuan ini.

Serangan ini merupakan insiden terburuk Palestina sejak kebelakangan ini. Di manakah kaum Muslimin? Di manakah kita yang sepatutnya membela mereka? Mengapakah tidak terdetik di hati kita akan belas kasihan dan kemarahan terhadap Yahudi laknatullah ‘alaih?

Tidak ada yang berani memintas mereka. Mereka sesuka hati menceroboh dan mengebom sesuka hati mereka tanpa ada penentangan. Apakan daya saudara-saudara kita hanya mampu meratap dan menangis di kala kita hanya mampu mengutuk atau berpeluk tubuh sahaja. Siapakah yang berani membela mereka?

Kaum Yahudi selama-lamanya tidak boleh dipercaya. Apa yang mereka lakukan, sebenarnya hati mereka lebih parah, lebih barah, lebih buruk daripada terlihat oleh manusia. Kita tidak nampak, tetapi Allah nampak. Semoga Allah melindungi saudara-saudara kita di Palestina dan mengazab musuh-musuh-Nya!



Teruskan perjuanganmu, wahai Mujahidin! Doa kami sentiasa bersamamu! Allahu Akbar!
Allah Maha Besar! Mereka menyangka dapat mengalahkan Allah, tetapi sekali-kali Allah tidak akan dikalahkan!

Ayuh kita susun barisan! Rapat-rapatkan saff dan tinggalkan dosa. Semoga Allah menyatukan hati-hati ini agar kembali kepada-Nya, menuruti sunnah Rasul-Nya dan mengembalikan jalan tersingkat ke syurga: Syahid di jalan-Nya!


NOTA: Islam mencintai perdamaian. Namun apabila diserang oleh musuh, Islam tidak membiarkan umatnya membiarkan diri daripada dibinasakan begitu sahaja. Oleh yang demikian, apabila perang tidak dapat dielakkan lagi, adalah kewajipan seluruh umat untuk membela agama, maruah dan tanah air mereka.

NOTA:Allah telah berfirman:

"Dan persiapkanlah dengan segala kemampuan untuk menghadapi mereka dengan kekuatan yang kamu miliki dan dari pasukan berkuda yang dapat menggentarkan musuh Allah..." (Surah Anfaal, 8:60)

Memperlengkap persenjataan umat Islam adalah fardhu kifayah. Apakah kita tidak punya kekuatan daripada jurutera kita sendiri?

Allahu'alam

2 comments:

Nik Adzhar said...

Artikel ini menyedarkan kita wajah Israel..

Memang benar,Israel adalah bangsa pilihan Tuhan dahulu. Kini mereka tu bangsa pilihan Tuhan juga,tapi terpilih untuk masuk ke neraka. Mungkin Nabi mereka sedang meratapi kedurjanaan yg sedang dilemparkan oleh umatnya.


Siapakah di kalangan bangsa Muslim kita yang akan menggetarkan jiwa 'bangsa terpilih' ini.Gertak sahaja tidak cukup.Musnahkan senjata (pangkalan data komputer) mereka adalah jalan terbaik.Putuskan bekalan komunikasi dunia spt satelit.Hahaha..tanpa komunikasi siapalah mereka?

Nik Adzhar said...

Banyak yang boleh kita lakukan kalau kita benar-benar ingin membantu.

Demonstrasi hanya tindakan kecil.Bagi Pemerintah Israel dan Amerika yang berFIKIR,mereka bertuhankan rasional.Rasional mereka mengatakan orang Islam lemah kerana hanya bersimpati dari jauh.Mereka tidak percaya pada doa (prayer) sebab mereka tidak percaya Tuhan yg Satu dan Maha Kuasa.

Perhatikan gelagat orang Malaysia sendiri.Kita seronok tinggal di rumah masing-masing, bekerja ke sekolah dan pejabat,makan di hotel,tidur-tidur dan hidup selesa.

Hanya segelintir orang yg Allah pilih seperti Mercy Malaysia utk berada di sana dan melihat sendiri penderitaan yg dihadapi oleh saudara Islam kita di sana.Bayangkan jet-jet pejuang terbang melintasi kepala,dentuman bom yang kuat dan mayat yang bergelimpangan.

Ana rasa Palestin menderita berpuluh tahun kerana kita (dan orang Arab) tidak mempunyai perasaan sebagaimana kita di Malaysia.Kita masih tidak ditindas dengan sebenar-benar penindasan.Dengan itu ramai orang Islam tidak rasa tertekan dengan nasib saudara sendiri.Satu hari nanti Islam akan bangkit dengan sebesar dan sekuat kebangkitan yang bergelombang dalam rohani dan fizikal.Rintihan doa,kata-kata dan tunjuk perasaan yang diikuti dengan tindakan oleh fizikal.

Allah sudah berfirman yg bermaksud: "Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu?"

Pendek kata,orang Palestin tidak berilmu,mereka tiada perancangan, tidak tahu bagaimana caranya yang terbaik untuk mempertahankan bumi bertuah yang mereka duduki.Mereka mesti mengatasi Israel dan AS dari segenap segi,seperti apa yang kita lakukan di Malaysia sekarang.Sampai ke hari ini Palestin belum merdeka,maka perjuangkanlah kemerdekaan Palestin dahulu.Nasib masyarakat Palestin amat malang kerana tiada sempadan yang memisahkan mereka dengan Yahudi,bahkan dalam negara Palestin sekalipun.

Kesimpulannya,apa perasaan anta yang sebenar apabila menatap mayat Islam yang ramai bergelimpangan.Inna lillahi wainna ilaihi rajiun...itulah ucapan yang sebaiknya.Sesungguhnya kepadanyalah kita kembali..

Cuba anta fikir,kalau Rasulullah masih hidup apa yang akan baginda lakukan?-mengambil pelajaran dari perang Khandaq dan fathu Makkah.

Sekian,catatan perjuangan.

(ya,kita ada jentera tersembunyi.sbg seorang penulis apa yg boleh aku/kita lakukan ya Allah.. :(

Review: Bangkit dan Runtuhnya Bangsa Mongol

"Seandainya kamu mendengar bahawa Kaum Mongol telah dikalahkan, bersaksilah engkau bahawa orang itu berdusta!" ~Pepatah Arab kurun...