Sebuah Pemerhatian Peribadi
Entri berkaitan: Apa yang Nabi s.a.w Seru?
22 November 2009
India Street, Kuching
“Dah lamak sik makei songkok. Salu Raya makei topi kitak mun ndak Nek Aji (al-Fatihah – semoga Allah merahmatinya) mpun (Sudah lama tidak pakai songkok. Selalunya pada Hari Raya guna songkok Ayah ataupun Nek Aji).” Aku membelek-belek songkok yang baru dibeli. Masih ‘bau Cina’ kata orang Sarawak. Maksudnya, barang itu baru sahaja dibeli. Hari ini tentu hari bahagia buat saudaraku, sdr. Khairul Anwar Shazali, Yang Di-Pertua PERKEPIS dan isterinya, sdri. Aisah Munirah (Dr.) yang melangsungkan pengilan (walimah) mereka.
Jawab ayah yang sedang memandu, “Ya lah kitak ya. Bego jak mak kitak olehnya (Itulah awak. Ibu awak bising dibuatnya).”Kami keluar dari kompleks parking berhadapan dengan India Street. Beliau segak mengenakan baju batik dan songkok.
Aku hanya mampu tergelak. Katanya lagi, “Giney ndakkah pengilan di rumah Krol ari tok kelak. Ntah-ntah jumpa rami urang. Sidaknya bercarik ngan bapak. Ne ndak, dah berpuloh taun sik berjumpa (Bagaimana pula walimah di rumah Krol nanti. Entah-entah jumpa ramai orang. Mereka (rakan-rakan lama beliau) mencari Ayah. Mana tidaknya, sudah berpuluh-puluh tahun tidak bersua).”
Aku ketawa kecil, “Hmmh... urang famos nak.” Ayah merupakan pegawai pendidikan di Bahagian Kuching pada era 70-an dan awal 80-an. Sebelum melangkah ke Kuching semalam pun, ibu sudah maklumkan, belum apa-apa ayah telah kamboh (kecoh) terjumpa rakan-rakan lama.
Kemudian aku mengenakan songok. Dalam hatiku berkata, “Gerenti aku terok kenak selak ari tok. Tanggar ajak (Sudah tentu aku diusik dengan hebat pada hari ini. Tengok sahajalah).” -_-“
Aku berkata, “Mun makei songkok di sinun, besanya kenak label (Kalau gunakan songkok di sana (Semenanjung), biasanya kita dilabel orang).”
Balas Ayah, “Label? Label apa?”
“Makei songkok adalah UMNO ataupun BN (Mengenakan songkok bermakna UMNO ataupun BN).”
Ayah memulas stereng, menghala ke Satok. Balasnya,“Sik abis-abis. Sempit menar fikiran. Siney ndak ngkah utak ya (Tidak pernah selesai pun hal ini. Sempit benar fikiran seperti itu. Di manakah mereka letakkan akal)?”
“Ntahlah pak. Apa dah jadi ari tok. Bila pertimbangan dah diengkah atas politik, sik ke siney-siney (Entahlah Ayah. Apa sudah jadi hari ini. Apabila pertimbangan sudah diletakkan di atas neraca politik, tidak ke mana akhirnya).”
Kata Ayah, “Sidak ya, sama juak. Berdegang jak berkempen, mun menang, giney ndak kah. Sama ajak rasa bapak. Maok kuasa ajak (Mereka, sama sahaja. Hebat berkempen. Kalau menang sekali pun, bagaimana pula. Entah-entah sama sahaja. Apa yang mereka mahu adalah kuasa).”
“Yang ada, emosi nganok urang. Ngajar kita mbencik urang lain ajak. Ne tuju adab (Yang ada adalah emosi mencela orang. Tambahan lagi, mengajar pula kita membenci orang lain. Ke manakah hilangnya adab)?”
“Bapak pun malas ndengar hal ya (Ayah sudah malas nak dengar hal ini).”
“Kadang-kadang ada juak geram kita dipolahnya. Awal-awal kedak maok berkelakar tentang urang kita. Sekali tek, bertanyak rah kita emosi politik. Tanyak benda-benda yang dipadah rah sidaknya. Ahernya, sekda lalu bertanyak hal urang Islam (Kadang-kadang geram juga dibuatnya. Awal-awal seperti mahu berbual tentang orang kita (Islam). Sekali, bertanya pula dengan emosi hal-hal emosi, seperti yang mereka tahu (daripada ceramah ataupun surat khabar). Akhirnya, tidak ada langsung bertanya tentang hal orang Islam.”
“Kita makei baju ada lambang Sarawak, terus label ‘Ini BN ke’?”
“Ada kawan di (sebuah institusi Tahfiz), sidaknya dah lejuk dengan jumud sidak tok. Coma ajak sidaknya mala jak kenak label UMNO/BN. Sapa ndak lejuk (Ada kawan saya di -sebuah institusi Tahfiz-, mereka bosan dengan labelan jumud sebegini. Mereka jadi sasaran di sana. Siapa yang tidak jemu)?”
“Isu ‘Allah’ pun jadi mainan politik. Kawan-kawan sitok pegi sendirik kempen di Batang Ai dolok, sengaja datang mok ndengar, ada *** (ahli politikus Reformasi sanjuangan) merik ceramah. (Tokoh ini) terang-terang madah yang urang agama lain pun boleh gunakan nama Allah dalam ibadat sidaknya. Sedangkan ulamak sik bersetuju hal tok (Isu 'Allah' pun jadi mainan politik. Rakan-rakan saya pergi sendiri di lokasi kempen di Batang Ai dahulu, mereka sengaja ke sana untuk mendengar ucapan tokoh Reformasi tersebut. Beliau terang-terangan mengatakan kepada khalayak -kalangan bumiputera- bahawa boleh menggunakan nama 'Allah' dalam ibadat agama lain. Sedangkan ulamak ramai yang tidak bersetuju).”
Mungkin juga Ayah mengesan aras kesabaran anaknya sedang menurun. Pujuknya, “Dulilah Rul. Sekda urang duli hal kita. Bapak akui, urang kita di atas ya (mungkin) adalah salahnya. Mesti ada jalannya. Dan urang kita lebeh paham urang kita dirik (Pedulilah, Azrul. Ada mereka peduli masalah kita? Ayah akui, orang kita mungkin ada salahnya. Tetapi pasti ada jalan yang lebih berkesan. Orang kita lebih faham orangnya sendiri).”
“Ya lah pak. Urang mudak tok kenak ditanggar juak. Mun dipupok dengan nilai-nilai kebencian dalam politik tok, jadi kedak di sitoklah pulang kelak. Riso juak, ada mahasiswa kita yang ngekot daknya pun ngekot perangei yang sama juak. Sebab, sekda urang duli hal kita. Sekda urang paham hal kita. Sekda urang mok tauk pun hal kita. Kecuali nang sikit ajak (Betul, Ayah. Orang muda terutama sekali harus dipantau juga. Kalau dipupuk dengan benih-benih kebencian kepartaian, maka pasti akan terjadi di sini pula nanti. Mahsiswa kita yang ikut mereka juga terpengaruh dengan perangai yang sama juga. Sebab, tidak ada orang peduli hal kita (umat Islam Sarawak). Tidak ada orang yang memahami kita, melainkan sedikit sahaja).”
Sampuk Ayah, “Selalunya sidaknya yang diam lamak sitok, sidaknya yang paham (Lazimnya mereka (orang Semenanjung) yang lama tinggal di sini, mereka lebih memahami suasana di ini).”
Sengaja aku menukar topik perbualan, “Mok ambik kotak kah terus pergi jak (Mahu pergi ambil kotak ataupun terus ke rumah pengantin)?” dalam hati ini melompat-lompat tidak mahu ketinggalan berqosidah bersama rakan-rakan.
Balas Ayah, “Ambik kotak jak lok. Carik tali juak. Buku kitak ya banyak gilak. Ngkah lam kotak, antar k bas. Marek kakak kitak sama juak udah ngirim yis roti (Ambil kotak dahulu. Nanti carikan juga tali. Buku yang awak bawa banyak sangat. Letak dalam kotak, kemudian hantar melalui bas. Semalam kakak awak juga hantar yis roti ke Miri guna bas).”
“Eh, mena tok jalan nya kah? Kitak ingat lagik? Lupak-lupak juak udah. Zaman Kak Zura kitak laher dolok, kamek urang diam di Siol Kandis, dekat dengan Kolej Abdillah (Betulkah jalan yang kita lalui? Awak masih ingat jalan? Saya ingat-ingat lupa. Zaman Kak Zura kamu dahulu, kami tinggal di Siol Kandis, dekat dengan Kolej Abdillah)?”
“Aih, ingat. Senang jak ke rumahnya. Lurus gik... (Tentulah ingat. Senang sahaja ke rumahnya. Teruskan berjalan lurus...)” maka perbualan berjalan rancak sepanjang perjalanan. Biasalah, sudah lama tidak bersemuka dengan Ayah. :)
Berjasa Kepada Masyarakat
Lihatlah Kebenaran Dengan Hatimu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Review: Bangkit dan Runtuhnya Bangsa Mongol
"Seandainya kamu mendengar bahawa Kaum Mongol telah dikalahkan, bersaksilah engkau bahawa orang itu berdusta!" ~Pepatah Arab kurun...
-
*Artikel ini telah saya tulis sebagai alat bantu mengajar kelas KAFA untuk murid-murid Tahun 2 beberapa bulan yang lepas. Mohon teguran da...
-
Habib Mohamad bin Alwi al-Attas (kiri) dan Habib Izzuddin al-Idrus (kanan) Jika berbicara tentang dakwah, pemerhatian saya para guru A...
-
Bisikan Tanjung Lobang (1) Bisikan Tanjung Lobang (2) Bisikan Tanjung Lobang merupakan cetusan andaian ataupun simulasi kepada pertem...
3 comments:
huhu... songkok baru... semata-mata...
=D hahaha
Sangat menarik!
Post a Comment