BLOG Fiksyen Sains Islami

BLOG Fiksyen Sains Islami
Blog penulis tentang fiksyen sains

Wednesday, December 16, 2009

16 Disember... Bisikan Tanjung Lobang....



Pendaratan Detasmen Yokosuka Rikusentai* Kedua di Miri, lokasi pertama pendaratan tentera Imperial Jepun di Borneo pada 16 Disember 1941....



Tanjung Lobang, Miri menjadi saksi pertempuran berdarah yang menjadi lagenda 'hantu Jepun' berkawat di Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang...

Ikuti di pautan ini:

Bisikan Tanjung Lobang (1)
Bisikan Tanjung Lobang (2)
Analisis Bisikan Tanjung Lobang

Dan...

Memperingati Sejarah Perjuangan

Entri di pautan atas merupakan nukilan blog sdr. Jamil Bujang, waris penjaga rumah api Tanjung Lobang, iaitu Allahyarham Metali bin Usang. Beliau telah terkorban dalam penaklukan lokasi tersebut. Semoga Allah merahmatinya dan zuriatnya, atas kegigihannya menghadapi kesulitan yang amat besar ketika itu.

Jangan dilupakan pengorbanan orang-orang yang telah mendahului kita, terutama mereka yang beriman terlebih dahulu daripada kita. Kerana berkat cinta mereka kepada generasi, mereka tidak teragak-agak sanggup menumpahkan darah demi generasi mendatang. Mungkin tanpa kita sedari, jika tidak kerana pengorbanan mereka, kita hidup dengan nikmat keamanan sehingga kini. Kata-kata Prof. Dr. Syed Naquib al-Attas dalam syarahan perdananya yang lepas haruslah dipandang dengan neraca yang saksama, kata beliau, "Memutuskan diri kita dengan sejarah akan memutuskan diri kita kepada kekuatan yang sebenar. Melalui sejarah, kita akan kenal diri kita."

Al-Fatihah buat orang-orang yang beriman yang terkorban dalam insiden ini. Daripada Allah kita datang, dan kepada-Nya kita kembali.


Berjasa Kepada Masyarakat


*Rikusentai bermaksud Special Naval Landing Force (SNLF), ketumbukan elit daripada Tentera Laut Imperial Jepun.

1 comment:

Paracrypt RSG said...

Salam dari Paracrypt Research and Study Group.

Kami pernah mengadakan kajian berkaitan pendudukan jepun dan kawasan tinggalan perang di miri. selain itu kajian paranormal di sekitar miri dan bintulu. Untuk melihat tinggalan serta kawasan yang dikaitkan dengan hantu jepun, pihak kami ada melakukan kajian di kawasan miri dan diharap jika terdapat kawasan yang mungkin terlepas dari kajian kami dapat dikongsikan bersama

Terima Kasih

Review: Bangkit dan Runtuhnya Bangsa Mongol

"Seandainya kamu mendengar bahawa Kaum Mongol telah dikalahkan, bersaksilah engkau bahawa orang itu berdusta!" ~Pepatah Arab kurun...