Tuesday, January 20, 2009
Pendekkan Angan-angan, Ingatlah Mati
Melihat kepada saiz kitab 40 Nasihat Ibnul Wardi, mungkin orang memandang ringan akan isinya. Nipis sahaja, tidak sampai 100 muka surat. Dalamnya terkandung mutiara berharga daripada seorang ulamak yang hidup 750 tahun yang lampau. Apabila ditekur kembali, nasihatnya menyentuh sekali, walaupun pada zaman moden ini.
Ulamak warisan para rasul. Memandang rendah kepada mereka dengan memperlekeh sebahagian daripada mereka adalah perbuatan yang kurang adab. Siapakah mereka ulamak yang telah ditunjuki Allah? Siapakah kita untuk mempersoalkan orang yang hampir kepada Allah?
Mari kita tekur kata-kata beliau:
Pendekkan angan-anganmu pada dunia nescaya engkau beruntung. Tanda orang yang berakal itu pendek angan-angannya.
Sesungguhnya barangsiapa yang sedar bahawa dia sedang diburu dengan kematian, dan kematian itu boleh datang bila-bila masa sahaja, maka wajarlah ia mengingati akan mati dan bersedia untuk mati.
Keterangan:
Panjang angan-angan itu menjadikan seseorang lupa akan mati dan lupa akan akhirat dan lupa akan hakikat diri. Dan walau sepanjang manapun angan-angan seseorang maka yang didapatkannya hanyalah sekadar apa yang telah ditentukan oleh Allah taala jua.
Walaupun kemungkinan kita akan hidup sekian tahun lagi, namun kematian bila-bila masa mungkin pula datang pula menjemput kita.
Orang yang panjang angan-angannya biasanya akan diserang oleh kegelisahan yang memanjang dan rasa tidak puas dengan anugerah yang telah diberikan Allah kepadanya. Walaupun sudah sekian banyak harta yang dimilikinya namun ia masih merasa berhajat kepada tambahan yang lain lagi.
Begitulah hakikat orang yang panjang cita-cita. Ia sentiasa gelisah, tidak puas dan tidak bersyukur terhadap nikmat yang telah diberikan. Maka orang yang bijak ialah orang yang pendek cita-citanya terhadap dunia dan banyak membuat amal kebajikan sebagai bekalan untuk hidup sesudah mati...
Mari kita hitung diri kita? Adakah hari ini lebih baik daripada hari semalam? Andai masanya sudah tiba, adakah kita benar-benar bersedia? Fikirkan....
*Dipetik daripada Siri Bimbingan Remaja Islam II yang berjudul 40 Nasihat Imam Zainuddin Ibnul Wardi al-Kindi (691-749H) (1292-1349H). Terjemahan dan huraian dilengkapkan oleh Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam. Terbitan Khazanah Banjariah, Maahad Tarbiah Islamiah Derang, Pokok Sena, Kedah Darul Aman.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Review: Bangkit dan Runtuhnya Bangsa Mongol
"Seandainya kamu mendengar bahawa Kaum Mongol telah dikalahkan, bersaksilah engkau bahawa orang itu berdusta!" ~Pepatah Arab kurun...
-
*Artikel ini telah saya tulis sebagai alat bantu mengajar kelas KAFA untuk murid-murid Tahun 2 beberapa bulan yang lepas. Mohon teguran da...
-
Habib Mohamad bin Alwi al-Attas (kiri) dan Habib Izzuddin al-Idrus (kanan) Jika berbicara tentang dakwah, pemerhatian saya para guru A...
-
Bisikan Tanjung Lobang (1) Bisikan Tanjung Lobang (2) Bisikan Tanjung Lobang merupakan cetusan andaian ataupun simulasi kepada pertem...
No comments:
Post a Comment