BLOG Fiksyen Sains Islami

BLOG Fiksyen Sains Islami
Blog penulis tentang fiksyen sains

Monday, January 19, 2009

Gaza: Mari Kita Fikir Bersama


Saya bertanya Dr. Farid Shahran, pensyarah Jabatan Usuluddin & Perbandingan Agama, Kuliyyah (fakulti) Ilmu Wahyu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam kuliah tauhid yang beliau sampaikan, mengenai permasalahan konflik Gaza. Beliau menjawab:

Islam merupakan agama yang tidak memisahkan agama dan politik. Bahkan, istilah watan ataupun tanah air menunjukkan bahawa secara fitrahnya (semulajadi) manusia cintakan tanah air. Bahkan, apabila baginda Rasulullah sallallahu alaihiwasallam berangkat berhijrah, baginda merintih. Baginda mengatakan bahawa tidak ada tanah yang aku sayangi selain Makkah. Baginda terpaksa berhijrah disebabkan anak-anak engkau (penduduknya) telah mengusirnya keluar.

Tentang hal di Palestin, orang-orang Palestin dinafikan hak mereka untuk tinggal di tanah air mereka. Sedangkan ramai orang Yahudi adalah orang luar. Mereka berada di Rusia dan serata Eropah. Zion seperti yang mereka percaya adalah tempat asal mereka. Sebelum konflik bertambah parah pada awal abad ke-20, orang Yahudi telah diberikan sebahagian tanah untuk mereka tinggal. Tetapi masalah yang berlaku adalah orang Yahudi merampas tanah dan mengusir mereka keluar melalui perang-perang yang berlaku (terutama Perang Kemerdekaan 1948 dan Perang 6 Hari pada 1967). Perjuangan orang Palestin pada hari ini adalah mereka menuntut hak mereka kembali daripada Israel yang merampas tanah mereka.

Satu perkara yang perlu diperhatikan ialah konflik dalaman Palestin sendiri, iaitu antara HAMAS dan Fatah. Mereka harus duduk semeja, kerana mereka menghadapi penjajah yang diiktiraf sebagai kuasa keempat kuasa dunia. Dalam hal ini, beliau berpandangan bahawa HAMAS tidak boleh terlalu idealistik akan pendirian mereka, kerana mereka berhadapan bukan dengan kuasa biasa, iaitu sebuah kuasa yang telah menguasai dunia.

Menurut seorang doktor Chechnya (seorang dalam pelarian), kini Yahudi menguasai politik dan ekonomi Rusia. Vladamir Putin merupakan seorang peranakan Yahudi. Manakala penggantinya pula adalah orang tulen Yahudi. Mungkin sebelum ini kita mengharapkan Rusia akan menjadi pengimbang kepada Amerika dan Israel. Namun melihat kepada keadaan ini, pasti dua kuasa besar ini akan bergabung apabila ada apa-apa yang berlaku kepada Israel.

Mengenai Zionisme, beliau bersetuju bahawa Zionisme berbeza daripada agama Yahudi (Judaism). Terdapat orang Yahudi sendiri yang tidak bersetuju akan kerajaan Israel kerana menyalah gunakan kitab Taurat mengikut selera politik Zionis. Memang benar, mereka menganggap bahawa orang Yahudi sebagai orang pilihan tuhan ataupun the chosen people. Tetapi mereka tidak disuruh untuk membunuh orang lain. Namun, mengapakah orang Yahudi tidak menentang dengan keras pendirian kerajaan mereka? Kerana tidak ada gunalah orang Yahudi menentang orang yang sebangsa dan seagama mereka sendiri.


Satu lagi masalah yang kritikal konflik ini berterusan adalah orang Islam tidak bersatu menghadapi rejim Zionis dan sekutunya. Terutama orang Arab, mereka sendiri ditekan. Jikalau ada pihak yang cuba berusaha membantu Palestin, pasti rejim kerajaan Arab akan terkena sekali. Oleh yang demikian, negara-negara Arab yang melingkungi Israel membisu seribu bahasa. Mereka bimbang tindakan dikenakan atas kekuasaan di negara mereka.

Kadang-kadang kita jemu merungkaikan persoalan di Palestin. Mari kita hadapi dengan penuh sabar. Lihat diri kita. Bukan kerana Tuhan tidak mendengar keluhan kita. Tetapi kita sendiri yang lemah berusaha, serta sukar menggarap hikmah yang berlaku di sebalik kejadian ini. Akhir kata, ingatlah kata-kata Nabi Muhammad sallallahu alahi wasallam, yang kira-kira bermaksud:

"Tidak sempurna iman seseorang melainkan ia menyayangi saudaranya seperti dirinya sendiri."

"Orang Islam adalah umpama satu badan. Jika terasa sakit satu anggota, maka seluruh badan akan merasai kesakitan juga."

"Tidak menjadi seseorang di kalanganku seseorang yang enggan memikirkan saudaranya sendiri."

Hadis-hadis tersebut menganjurkan bahawa perlu ada kepedulian dalam diri kita atas musibah yang menimpa saudara-saudara kita. Sentiasalah berdoa. Sentiasalah lihat pada diri kita yang lemah. Pasti ada hikmahnya.

Allahu'alam, Allah Maha Tahu.

Berjasa Kepada Masyarakat

1 comment:

afidalina said...

paham azrul, akak sgt paham komen ustaz tu. semoga Allah beri petunjuk dan solution terbaik in near future.

Review: Bangkit dan Runtuhnya Bangsa Mongol

"Seandainya kamu mendengar bahawa Kaum Mongol telah dikalahkan, bersaksilah engkau bahawa orang itu berdusta!" ~Pepatah Arab kurun...