BLOG Fiksyen Sains Islami

BLOG Fiksyen Sains Islami
Blog penulis tentang fiksyen sains

Tuesday, January 13, 2009

Pilihan Raya Kampus (PRK) UIAM


Pilihan Raya Kampus (PRK) menjelang lagi tahun ini. Saban tahun berlalu, agaknya inilah PRK terakhir yang bakal saya rasai sebagai seorang mahasiswa. Setiap tahun menyaksikan pelbagai polemik dan kontroversi. Terutama Taman Budi dan Ilmu ini, telah menjadi tumpuan perkembangan PRK di IPT di seluruh negara, kerana dicop sebagai 'kubu kuat pembangkang.'

Tahun ini mungkin lain pula sepak terjangnya. PRK UIAM memperlihatkan persaingan sengit 'blok' mahasiswa yang bergerak dengan platform 'bawah tanah' yang berbeza ideologi dan pendekatan. Pejabat Hal Ehwal Pelajar pula dilihat oleh mahasiswa tidak telus dan berat sebelah. Tambahan pula, selama berada di bumi UIAM ini, tidak henti-hentinya pihak-pihak ini saling 'menggigit' antara satu sama lain. Bahkan, sebagai pemerhati neutral yang tidak bersekongkol dengan pihak-pihak ini, terkadang perlawanan ini penuh dengan budaya saling memfitnah. Inikah etika mahasiswa Universiti ISLAM Antarabangsa Malaysia?

Perlawanan yang tidak ada penghujungnya merugikan mahasiswa. Tidak kira pihak mana yang menang, kampus UIAM bertahun-tahun lesu dan sepi. Tidak ada perubahan yang positif dari tahun ke tahun.

Sampai bilakah keadaan harus begini? Sampai bilakah mahasiswa ditekan, diperas dan dipenjara dengan pelbagai peraturan yang membebankan? Jika mahasiswa, orang muda ini terasuh untuk 'mengipas', mengadu domba dan disuap dengan pelbagai kemudahan, adakah orang-orang seperti ini yang akan menerajui negara dan menjadi pembela masyarakat?

Kita lihat tahun ini, bagaimanakah agaknya drama yang dimainkan? Fikirkan demi umat.

Berjasa Kepada Masyarakat

No comments:

Review: Bangkit dan Runtuhnya Bangsa Mongol

"Seandainya kamu mendengar bahawa Kaum Mongol telah dikalahkan, bersaksilah engkau bahawa orang itu berdusta!" ~Pepatah Arab kurun...