Akulah perantau anak dagang,
Merantau jauh ke negeri orang;
Penat lelah usah dibilang,
Ikhlaskan diri jangan dibuang.
Akulah perantau negeri abadi,
Denainya payah penuh berduri;
Kuharap sukmaku terpelihara suci,
Demi cintaku pada-Mu Ilahi...
jam 2257
10 Ramadhan 1429H
Mahalallah Siddiq
1 comment:
perantauan ini bukan olok-olok
kita merantau untuk mencari
jazam...
pencarian ini di jalan lurus
siapa rebah
kita papah
siapa gagah
dia khalifaah
siapa lemah
sama2 kita kukuhkan
pencarian dalam perjalanan ini
marilah bertulangkan cinta
bukan cinta nafsu
dan usah pula
terlebih cintai manusia
marilah menyerahkan nyawa dan raga
agar bersemadi dalam naungan abadi
demi ad-Din
untuk ummah
kerana Allah
lahaulawalaquwwataillaabillaah
Post a Comment