
Liga Lanun (LL) merupakan salah satu daripada organisasi yang "evergreen" dalam saga Galaksi Muhsinin. LL lahir sejak Era Eksplorasi lagi (2059-2081). Apa yang menyebabkan ia "evergreen" adalah kerana keberadaannya di mana-mana sahaja dalam pelbagai sistem. LL insya-Allah muncul dalam setiap sekuel Galaksi Muhsinin nanti.

LL merupakan organisasi antagonis. Sering menimbulkan masalah. Aktiviti mereka ialah merompak, menculik, memeras ugut, menyeludup, mensabotaj, menggodam dan mempunyai bisnes di pasaran gelap. Bisnes mereka berat sebelah. Mereka sering mengenakan pasu yang tinggi kepada pelanggan.
Mereka mempunyai penggodam paling hebat dan pensabotaj yang paling licik di semesta. Namun, kekuatan mereka adalah setiakawan yang kuat dan mempunyai rangkaian yang luas, kerana mereka mempunyai pangkalan hampir di setiap sistem koloni. Mereka mudah untuk menyesuaikan diri, menggunakan apa sahaja untuk menjadi lanun.
Baca lanjut di saifaiislami....
[PENTING!] pasu:Kadar faedah pembayaran untuk pembelian atau pinjaman dalam matawang kredito. Dengan kata lain, pada zaman ini dinamakan bunga.
3 comments:
ADA LEGO EYH!!! HEHEHE..kmk molah pulley and drum tadik. bebannya adalah tengkok maharaja Legion. polah mek kedak bentuk manusia. kakya pusin kan pulley ya...seolah2 maharaja legion kedak gantong...!\(^o^)/
-_-" apa ajaklah...
Post a Comment