BLOG Fiksyen Sains Islami

BLOG Fiksyen Sains Islami
Blog penulis tentang fiksyen sains

Saturday, September 19, 2009

Syawal (2): Dam Dam Dum... Bunyi Mercun... Beraya ala Fallujah



Satu fenomena yang berlaku pada hari lebaran ialah, jika anda berjaga menjelang pukul 12 malam. Menjelang waktu tersebut, anda mungkin merasa berada di Fallujah di Iraq, di Kandahar di Afghanistan ataupun setidaknya di Palestine. Tika umat Islam dibedil, dihujani peluru hidup yang tidak bermata, terdapat pula segelintir masyarakat yang membuat ‘replika suasana’ tersebut.


Pada waktu malam inilah, suasana bak bertih panggang. Bunyi dentuman meriam buluh, A-bom, roket dan sebagainya menjadikan suasana bingit dan menyesakkan. Pada malam lebaran yang penuh barakah dan ketenangan, dicemari pula dengan bunyi dentuman bakaran mercun yang memakan banyak wang ringgit.

Berbanding tahun lepas, tahun ini keadaan lebih baik. Meskipun begitu, mungkin juga ‘pelancaran’ dibuat secara ‘catuan’ untuk menghasilkan kesan maksima pada 12 malam kelak. Menjelang detik tersebut, berdentum-dentumlah hiruk-pikuk bunyi mercun. Jika beberapa tahun kebelakangan, rancak pula ‘perang meriam buluh.’ Terdapat sesetengah individu yang bermain meriam buluh di kampong ini. Dibalas pula dengan dentuman yang lebih kuat daripada kampong berhampiran yang terletak di seberang sungai.

Tidak ada tindakan yang serius dilaksanakan oleh pihak berkuasa. Bahkan, mercun dijual secara terang-terangan di bazaar Ramadhan. Tidak hairanlah, bekalan yang wujud menjadikan pengguna mudah ‘membakar’ duit.

Peperangan ala Fallujah ini bukan sahaja membazirkan duit, tetapi juga mengganggu jiran tetangga dengan bunyi yang bising. Bayangkan, ‘meriam’ yang bingit bunyinya diletupkan di belakang rumah anda. Ataupun, mercun papan yang meletup-letup selama lima minit dibakar juga tidak jauh daripada rumah anda. Rasulullah sallallahu alaihi wasallam amat menitik beratkan soal menjaga hak dan kebajikan jiran tetangga. Kononnya untuk menyambut Syawal, tetapi telah menyusahkan orang-orang yang berjiran dengan kita.



Andai kata lebih mampu untuk ke Fallujah, Kandahar dan Palestine,maka itu adalah terlebih baik. Janganlah heret masyarakat ke dalam huru-hara kebingitan suasana perang. Jikalau penduduk Fallujah sendiri pun, mereka inginkan suasana yang aman dan tenteram, dan selamat menjalankan ibadah serta aktiviti seharian. Kita di sini mahu sebaliknya pula, beraya ala Fallujah

2 comments:

Night Aves said...

Setuju sangat apa yang dikatakan oleh saudara itu. Apa yang dialami oleh saudara itu jugalah yang dialami oleh saya, kerana rumah saya memang berada di dalam kawasan kampung. Di sini, replika suasana perang akan dialami oleh saya pada dua keadaan, menjelang dan semasa Hari Raya, dan Tahun Baru Cina. Ini kerana kampung saya juga tidak jauh dari kawasan-kawasan taman. Tetapi saya agak lebih menderita jika mercun-mercun yang diletupkan pada tahun baru cina kerana bunyinya lebih bising. Ini disebabkan mercun dan bunga api mereka yang lebih canggih dan mahal.

Sesuatu yang pelik, jika orang Melayu yang bermain mercun, mesti ada yang putus jarilah, tanganlah, kakilah. Tetapi tidak ada pula berita-berita sebegitu yang dapat didengar jika orang-orang cina yang bermain mercun.

Azrul bin Jaini said...

Orang Melayu lebih hebat. Dia ada 'artileri buluh' yang ekstra sikit daripada orang Cina =D

Review: Bangkit dan Runtuhnya Bangsa Mongol

"Seandainya kamu mendengar bahawa Kaum Mongol telah dikalahkan, bersaksilah engkau bahawa orang itu berdusta!" ~Pepatah Arab kurun...