16 Jun, semalam, saya telah melayari laman Harakahdaily.net. Saya tertarik dengan kenyataan GAMIS (Gabungan Mahasiswa Islam Se-Islam Malaysia)mengenai Borneo. Tentunya Sabah dan Sarawak. Saya paparkan di blog ini, supaya kita boleh baca dan fikirkan. Bacalah dengan saksama.
Sabah dan Sarawak perlu perhatian serius Kerajaan Pusat - Gamis
Nuha Rahim
KOTA KINABALU, 16 Jun (Hrkh) - Kehadiran delegasi Majlis Tertinggi Gamis di Borneo mampu memberi gambaran sebenar perjuangan mahasiswa di Semenanjung kepada mahasiswa Borneo walaupun Akta Universiti dan Kolej Universiti 1978 (Auku) membelenggu gerak langkah golongan mahasiswa.
"Mahasiswa di sini memiliki semangat juang yang tinggi dan kesatuan yang utuh dalam merealisasikan agenda mahasiswa dan dakwah kepada masyarakat Borneo," tegas Timbalan Pengerusi Helwani Gamis, Masyitah Ulul Azmin.
Sabah yang merupakan negeri kedua termiskin di Malaysia sebenarnya memerlukan perhatian serius Kerajaan Pusat, tambah beliau.
Ketidakupayaan Sarawak pula meletakkan dirinya sebagai negeri termaju walaupun memiliki hasil mahsyul yang bertimbun-timbun menggambarkan rakyatnya masih jauh ke belakang dalam menikmati hak untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan penduduk Semenanjung, tegasnya.
"Masyarakat marhain Borneo yang masih berada dalam kekurangan pendedahan terhadap dunia luar yang ketara akibat kemiskinan ternyata merencatkan Borneo bergerak seirama dengan komuniti Semenanjung," katanya lagi.
Namun, Masyitah yakin bahawa kekurangan di Borneo bukan alasan kukuh bagi mendiskriminasikan perjuangan mahasiswa di sana sebaliknya Gamis yakin ia mampu menjadi pemangkin kebangkitan mahasiswa di Borneo seterusnya menjadi wasilah terpenting dalam usaha memantau dan membantu gerakan mahasiswa seluruh Malaysia.
"Anak watan Islam Sabah seharusnya membuang jauh pemikiran kelas ketiga sebaliknya berjiwa kental menghadapi kekangan pelbagai sudut dalam mencapai maksud perjuangan menegakkan Islam sebagai satu cara hidup," jelas Masyitah ketika sesi temu bual dengan Harakahdaily.
Kemahiran dan keilmuan yang padu tegasnya lagi, mampu menjadi senjata paling ampuh mahasiswa Borneo dalam berhadapan dengan segala cabaran.
Katanya lagi, Semangat juang yang mampan di samping kesatuan hati yang jitu pula disifatkan menjadi perisai sulit mahasiswa penggerak di Borneo. - mns_
Sekadar ingin melontar persoalan, adakah kenyataan Timbalan Pengerusi Helwani Gamis, Masyitah Ulul Azmin ini berpijak pada realiti? Apakah dasar kenyataannya berkata demikian? Adakah kenyataan ini berasaskan rasa keperihatinan umat ataupun ada agenda tersirat?
Apa rasa kitak? Apakah pandangan anda? Lihatlah kebenaran dengan mata hatimu...
"Berjasa Kepada Masyarakat"
Wassalam
Nota: Mok tauk tentang Gamis? Layari blog GAMIS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Review: Bangkit dan Runtuhnya Bangsa Mongol
"Seandainya kamu mendengar bahawa Kaum Mongol telah dikalahkan, bersaksilah engkau bahawa orang itu berdusta!" ~Pepatah Arab kurun...
-
*Artikel ini telah saya tulis sebagai alat bantu mengajar kelas KAFA untuk murid-murid Tahun 2 beberapa bulan yang lepas. Mohon teguran da...
-
Habib Mohamad bin Alwi al-Attas (kiri) dan Habib Izzuddin al-Idrus (kanan) Jika berbicara tentang dakwah, pemerhatian saya para guru A...
-
Bisikan Tanjung Lobang (1) Bisikan Tanjung Lobang (2) Bisikan Tanjung Lobang merupakan cetusan andaian ataupun simulasi kepada pertem...
8 comments:
salam azrul,
kmk dah ke blog gamis dan ada tinggalkan respon dalam entry ya. Insya Allah, kelak kmk respon dalam blog this week.tq brother
apa rasa kamek oo? hmm.. ntah la abang azrul. kmk rs segan pulak nak ngata apa.. rs macam sik layak. hehe.. bena. sapa la kmk nak. =(\
oh, kmk dah ada website kedirik. http://nonowrites.com kmk sik kat wordpress gik..
salam..
nya blom tauk gk gne upa bumi borneo khususnya swak..bak kata bg syed..xknal maka x knal..
kt ptut jelaskan dgn cdak yg ada jemaah di swak..
Salam khoja.
Benarlah apa yang dah kita semua utarakan dlm usrah selalu.
benarlah apa yang kita pesankan sesama kedirik kita.
dan benarlah juak apa yang ingin kita sampekan dengan sahabat di semenanjung tok.
BUMI BORNEO SEMEMANGNYA LUBUK DAKWAH!!!
Mena kata amad, kita ajak dpt rasa gne upa bumi borneo tok. Cabaran kita di sitok adalah mengubah mentaliti mahasiswa Sarawak agar semua faham bahawa kehadiran sidaknya amat2 diharap2kan dalam perjuangan tok.
InsyaAllah..dengan izin Allah..andai ada golongan yang berusaha adalah lebih baik dpd tiada langsung...
Mekar nanti Islam di Bumi Kenyalang...
NOTA: "khoja" bermaksud "encik" dalam bahasa melayu klasik. Khabarnya Siti Raufa Sufrina pernah membaca Hikayat Amir Hamzah suatu masa dahulu...
benar tapi tidak tepat. lantang tapi biadap.
mmg benar apa d padah nya ya..tapi ada fakta yang d paah kurang menarik mcm pembangunan negeri..kenyataan seolah-olah org borneo xda polah krj jak..mcm maok padah org semenanjung jak yg blh ngubah nasib kita..sepa cdak maok gago hal urusan negeri org..negeri kedrik yang kecik pn blm tentu dpt diuruskan jalan dakwah..bkn emosi..tp idea jak..hehe..
hmmm mok nyampok sikit lok.. especially nak nizam la.. hehe. sorry aaa..
well, kenak la pelu ada rs keTUANan yang teramat sangat dgn memandang rendah pada certain2 negeri ka or negara. saya sik nuju benda tok pada sapa2 la.. bg kamek sama jak sik kisah la nya lepeh la lipas ka.. seharusnya udah2 la lagik prejudis dgn semenanjung (pada org sarawak) dan sarawak(pada orang semenanjung). kenak kita sik dapat pikir sebagai 'satu' dan bergerak sebagai 'satu'? bukan kah 'ummah' ya 'satu'?
why couldnt we be 'one' and why wouldn't be 'one'?
Post a Comment