Sang guru telah bercerita tentang Sayydina Umar al-Khattab pada minggu lepas. Pada minggu baru ini murid menyalin peta minda berkenaan tokoh masyhur itu dari papan hitam. Tersebutlah kisah, ada seorang sang murid amat mengagumi Sayyidina Umar. Pada pengamatan sang guru, si murid ini adalah seorang yang bertenaga tinggi, tidak sah hari tersebut kalau tidak berlari berpusing mengelilingi kelas. Oleh sebab minatnya kepada Sayyidna Umar, peta minda itu siap ditulisnya.
Namun ketika sang guru mendengar bacaan al-Quran (murid yang sudah siap),
maka sang pengkagum Sayyidina Umar ini telah me-‘smack down’ menggusti seorang
rakannya yang tertiarap.
Kemudian dengan pantas dia mengambil sebuah beg dan menggayakan meletakkan
sebiji batu besar, “Nah! Rasakan batu ini!” Perlakuannya yang pantas itu
membuatkan guru bising.
Mana tidaknya, minat yang mendalam itu telah terlebih tafsir. Dan tersalah
tafsir pula dengan cerita Bilal bin Rabah yang pernah ditindih oleh tuannya
bangsawan kafir Quraisy Umayyah bin Khalaf yang pernah dicerita oleh sang guru.
Adegan smack down itu berakhir. Si pengkagum Sayyidina Umar lari ke belakang
kelas kerana tidak mahu ditangkap sang guru. Kemudian ia kembali membuat
kerjanya apabila situasi sudah reda.
Kota Baitul Maqdis (Jerusalem) telah diserahkan kepada Khalifah ar-Rasyidin, iaitu Sayyiduna Umar al-Khattab kira-kira pada 16 Hijrah. |
Murid ini sangat suka jika mendengar cerita. Sedang ia membuat kerjanya, tiba-tiba
dia menyapa, “Cikgu.”
“Ada soalan?”
“Kalau Ultraman lawan Sayyidina Umar, siapa yang menang? Siapa yang kuat?”
Mulanya sang guru keliru. Berkata dalam benak hatinya, ‘Bagaimana murid ini
kenal Ultraman? Sedangkan itu adalah superhero zaman 1990-an – aku budak-budak
dahulu.’ Guru itu tidak dapat menahan gelaknya.
Kata seorang murid lagi, “Ultraman mana ada. Itu semua tipu.”
Balas guru kepadanya, “Awak rasa, siapa menang? Siapa pula yang kuat?”
“Tentulah Ultraman.” Mungkin kehebatan Sayyidina Umar yang gagah itu menjalar
di benak fikirannya. “Eh, tidak. Tentulah Sayyidina Umar. Dia gagah.”
Lantas sang guru berdiri. Katanya kepada semua murid, “Haa... kawan awak
ini ada soalan, siapa yang menang kalau lawan. Ultraman ataupun Sayyidina Umar?
Mereka bersahut-sahutan. Ada yang mengatakan itu dan ini yang menang. Kata
guru, “Baiklah, kalau benar Ultraman dan Sayyidina Umar berlawan, saya rasa
Sayyidina Umar yang menang.”
Kelas yang hiruk-pikuk dengan tujahan jawapan berdesibel tinggi serta-merta
senyap seperti kubur. Tanya sang guru, “Saya mahu tanya. Ultraman boleh atau
tidak berhentikan gempa bumi?”
Sekali lagi kelas jadi huru-hara dengan polemik debat antara insan berumur
9 tahun. Sang pengkagum tadi berkata, “Tentulah Ultraman boleh buat.”
“Betul?” tanya guru.
Jawabnya, “Pernah atau tidak lihat Ultraman lawan raksasa besar? Apa yang terjadi?"
"Gempa bumi." Ada yang sudah menggayakan tangan mereka, berangan-angan keluar sinaran yang membinasakan raksasa.
"Bangunan runtuh." Ada yang menjawab matanya ke atas mengenangkan.
"Bumi bergoncang.” Ada yang menjawab kemudian mengusik orang sebelah.
Si guru tersenyum. Katanya, "Baiklah. Macam mana pula kehebatan Sayyiduna Umar?" Kelas kembali senyap.
Lantas sang guru mengambil sebatang kayu (bahagian kerusi rosak) dan berdiri tegak. “Tentulah Sayyidina Umar yang hebat. Sebab dia boleh hentikan gempa bumi, dengan izin Allah.”
Kelas sunyi sekali lagi. Maka sang guru berkata, “Pernah suatu ketika
Sayyidina Umar al-Khattab menjadi khalifah orang Islam. Berlakulah gempa bumi
yang dahsyat di Kota Madinah. Maka Sayyidina Umar terus menghentakkan
tongkatnya dan berkata, ‘Wahai bumi, tidak cukupkah aku berlaku adil kepadamu?’
Lantas bumi Madinah pun terus diam tiada bergoncang lagi.”
Lantas sang guru mengambil sebatang kayu (bahagian kerusi rosak) dan berdiri tegak. “Tentulah Sayyidina Umar yang hebat. Sebab dia boleh hentikan gempa bumi, dengan izin Allah.”
Masjid Nabawi, tempat terletaknya maqam Nabi Muhammad s.aw. di Kota Madinah. |
Mungkin jawapannya tidak menjawab soalan sepenuhnya. Akhiri guru, “Siapa
yang hebat, Ultraman ataupun Sayyidina Umar?”
Kesemua mereka menyebut serentak nama penghuni syurga yang agung itu, "Sayyidina Umar al-Khattab!"
Kesemua mereka menyebut serentak nama penghuni syurga yang agung itu, "Sayyidina Umar al-Khattab!"
Sahibulhikayat, kisah berakhir....
"Dan (selepas martabat nabi dan rasul), Para Sahabat Baginda s.a.w yang sebaik-baik kurun, maka dengarlah (pandangan yang menyatakan kemuliaan ini).
Kemudian (setelah martabat sahabat, ialah) mereka yang mengikuti (Para Sahabat r.anhum), kemudian mereka yang mengikut orang yang mengikut (Para Sahabat)."
~Syeikh Ibrahim al-Laqqoni, terjemahan Jauharah Tauhid (dalam buku Haikat Kenabian Rasulullah s.a.w).Segala puji bagi Allah, Tuhan Sarwa Alam. Selawat dan salam buat Junjungan Mulia Sayyiduna Nabi Muhammad s.a.w, serta para Sahabat dan Ahli Bait (ahli keluarga) baginda, serta orang-orang yang menuntuni jalan Baginda s.a.w. Segala puji bagi Allah yang telah menerbitkan generasi terbaik manusia, para Sahabat yang telah dididik oleh sebaik-baik, semulia-mulia makhluk manusia, iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Mereka inilah bintang-bintang yang menerangi umat ini dengan pengorbanan darah dan airmata mereka semata-mata untuk redha Tuhan.
Allah telah menjadikan di keliling Baginda Nabi Muhammad s.a.w insan-insan
yang amat mulia. Mereka redha kepada Allah dan Allah jua membalas redha-Nya
kepada mereka. apakah yang lebih besar nikmatnya daripada itu? Para Sahabat
inilah bukti bahawa Nabi Muhammad s.a.w itu ada. Melalui merekalah agama ini
diperturunkan daripada Sang Rasul tercinta. Melalui mereka al-Quran yang kita
tatap sampai kepada generasi ini. Merekalah yang menjadikan tubuh mereka perisai apabila Baginda
Nabi Muhammad s.a.w. Tidak tergambar bagaimanakah suasana kasih sayang sesama
mereka. Melalui mereka, agama telah tiba ke segenap pelosok buana.Semoga Allah berkekalan melimpahi rahmat atas mereka dan Penghulu
mereka dan Penghulu kami, Nabi Muhammad s.a.w.
Bercerita adalah satu sifat semulajadi manusia menongkah arus kehidupan.
Kisah lampau daripada manusia-manusia agung menerbitkan keinsafan kepada kita,
bahawa jauh sekali jurang beza darjat antara kita yang punyai iman senipis
kulit bawang berbanding mereka yang Allah redha. Dan kisah lampau ini menjadi
obor inspirasi menerangi hati.
Guru KAFA (Kelas al-Quran dan Fardhu Ain) memainkan peranan yang amat besar
dalam menanam benih kecintaan kepada Baginda Nabi Muhammad s.a.w. salah satu
jalannya adalah bercerita mengenai sifat kelebihan, kepahlawanan, keadilan,
amanah, akhlak dan kasih-sayang mereka di kalangan anak-anak. Realitinya
apabila ditanya nama-nama artis, superhero, watak kartun dan banyak lagi virus
teknologi mereka lebih kenal manakala, akhirnya para Sahabat apatah lagi Nabi Muhammad s.a.w semakin jauh
di hati.
Anjuran membaca, mendengar dan mentelaah kisah perjuangan hidup para Sahabat
dalam menjiwai kehidupan agama dapat kita ketahui melalui seorang ulama hadith
terkemuka, iaitu al-Imam al-Allamah Hazrat Syeikh Maulana Zakariyya Kandahlawi (beliau adalah daripada keturunan Sayyiduna Abu Bakar as-Siddiq). Beliau merupakan masyaikh (guru) kepada para ulama hadith termasuklah al-Allamah Syeikh Dr. Syed Muhammad bin Alawi al-Maliki (1946 - 2004) dan al-Allamah Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz (1963 - sekarang). Beliau menyebutkan dalam
bahagian Hayatus Sahabah (Kisah Para Sahabat) daripada kitab Fadhilat
Amal:
“Sekiranya mereka yang gemarkan cerita-cerita, membaca kisah-kisah tersebut sebagai ganti kepada kisah-kisah yang sia-sia lagi dusta maka amalan mereka itu akan menjadi asbab untuk peningkatan agama dalam diri mereka. Begitu juga wanita-wanita di rumah dapat memperdengarkan kisah-kisah tersebut kepada anak-anak sebagai ganti kepada cerita-cerita dongeng. Ini akan mewujudkan keagungan dan kecintaan terhadap para Sahabat dalam hati-hati mereka serta kegemaran terhadap hal-hal agama.” (ms. Iii, bab Kisah Para Sahabat)
Namun demikian, apabila seorang guru KAFA hendak berkongsi berkenaan para Sahabat,
adakah memadai kita membaca dan menyampaikan setakat dalam buku teks?
Pada pengalaman yang masih mentah ini, seorang guru KAFA perlu menelaah
lebih untuk melengkapkan ceritanya kepada anak-anak murid. Untuk mencapai hal
ini, maka beberapa syor ingin diutarakan:
Ada pengorbanan masa untuk melazimi
membaca kisah-kisah orang soleh, terutama para Sahabat. Buku ini sebaiknya
diteliti dahulu sebelum menatapnya, adakah daripada aliran yang benar
ataupun batil. Antara buku terbaik adalah buku Hayatus Sahabah (Kisah Kehidupan Para Sahabat) yang dikarang oleh Syeikh Maulana Muhammad Yusuf Kandahlawi. Menurut Syeikh Nuruddin al-Banjari, buku ini adalah rumusan beliau daripada lebih 200 buku yang dikarang oleh para ulama. Ada versi berjilid, ada versi yang kompilasi keseluruhan.
2. Bijak Menyaring Cerita Sebelum Bercerita
2. Bijak Menyaring Cerita Sebelum Bercerita
Perlu diambil perhatian, sang guru
hendaklah berhati-hati dan menyelidiki adakah sesuatu sumber yang
dibacakan itu benar ataupun direka-reka? Ini memerlukan penelitian dan
pengesahan daripada yang sang guru itu pelajari daripada guru-guru
mereka.
Teramat penting bagi guru KAFA terutamanya mengukuhkan kefahaman, arif tentang cerita-cerita para Sahabat ini kerana dewasa ini sudah tersebarnya fahaman yang mencaci, membenci dan memfitnah para Sahabat dengan pendustaan sebesar-besarnya iaitu fahaman Syiah. Dato’ Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al-Maliki, Pengerusi Yayasan Sofa Negeri Sembilan ketika satu program di Kedah, beliau menyebutkan bahawa Syiah yang merupakan ajaran yang direka oleh orang Yahudi untuk memecah-belahkan umat Islam.
Perbezaan mereka dengan aliran perdana, iaitu Ahli Sunnah wal Jamaah adalah perbezaan perkara usul (utama, perkara pokok) yang membabitkan persoalan akidah, bukannya perkara cabang (furu’) seperti perbahasan fekah.
Maulana Zakariyya Kandahlawi mengingatkan dalam bahagian penutup kitab beliau Hayatus Sahabah
(Kehidupan Para Sahabat), beliau mengungkapkan peringatan daripada Imam Qadhi ‘Iyadh dalam kitab as-Syifa’, tentang waspada umat akan ancaman bahana Syiah:
(Kehidupan Para Sahabat), beliau mengungkapkan peringatan daripada Imam Qadhi ‘Iyadh dalam kitab as-Syifa’, tentang waspada umat akan ancaman bahana Syiah:
“Di samping itu kita perlu menjauhkan diri daripada berita-berita yang diriwayatkan oleh ahli sejarah, orang Syiah, ahli bid’ah dan para perawi yang jahil yang sengaja mengada-adakan berita kelemahan mereka. Apabila kita mendengar riwayat-riwayat seumpama itu kita seharusnya mentafsirkan dengan tafsiran yang baik dan buatlah satu kesimpulan yang baik kerana para Sahabat r.anhum semenangnya berhak untuk kedudukan yang baik tersebut. Jangan kaitkan para Sahabat dengan keburukan mereka sebaiknya perjelaskanlah kebaikan dan kelebihan mereka. Diamkanlah diri daripada menceritakan keaiban mereka sebagaimana sabdaan Rasulullah s.a.w, “Apabila disebutkan keburukan para Sahabatku hendaklah kamu diam.”3. Banyak Baca, Banyak Persilangan Cerita
Banyak membacakan kisah hidup banyak Sahabat dan hidup mereka bersama Rasulullah s.a.w. Mengapa? Kita akan dapat mengaitkan kisah hidup dan iktibar daripada ‘persilangan’ kisah-kisah antara Sahabat. Kisah kita berkait dengan Sahabat lain, dan cerita pun bertambah ketika berkongsi dalam kelas. Secara langsungnya, akan memperkenalkan banyak peribadi mulia para Sahabat ketika pengajaran. Dalam perkara ini, kita memfokuskan pengkisahan Sayyidina Umar al-Khattab. Lihat perkaitannya. Misalan:
- Sayyidina Umar al-Khattab adalah
Khulafa’ ar-Rasyidin kedua.
- Siapakah yang pertama? Beliau adala
Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq. Di sini kita boleh kisahkan khalifah ini
setia bersama Rasulullah s.a.w. beliau telah membebaskan hamba abdi Bilal
bin Rabah.
- Siapakah Bilal bin Rabah? Beliau
adalah seorang hamba abdi dari negeri Habsyah dan tiada rupa. Ia merupakan
muazzin (pelaung azan) yang pertama. Sayyidina Bilal yang bukan rupawan
ini Rasulullah s.a.w telah dengar derap-derap kakinya di Syurga!
Sekadar itu disampaikan kali ini. Ultraman memang tidak ada, hanyalah rekaan. Tetapi para Sahabat
ini memang ada. Menjadi kesepakatan dalam kitab-kitab aqidah Ahli Sunnah wal
Jamaah (bahagian Nubuwwat; Kenabian), bahawa mereka ada semulia-mulia manusia
setelah Nabi dan Rasul, setelah Penghulu Anbiya’, Sayyiduna Nabi Muhammad
s.a.w. mereka lah yang berhak diteladani.
Jannatul Baqi', tanah pusara Ahli Bait (keluarga baginda s.a.w) dan lebih kurang 10 ribu para Sahabat. Sumber: IslamicLandmarks.com |
Sebagai penutup, mari kita ambil iktibar daripada renungan dan seruan Hazrat
al-Allamah Maulana Zakariyya Kandahlawi menyeru umat Islam agar menghormati dan memuliakan para Sahabat
baginda s.a.w dalam bahagian kitab beliau ‘Hayatus Sahabah’ (Kehidupan
Para Sahabat):
“Akhir sekali saya berasa sangat mustahak untuk memperingatkan para pembaca dengan suatu perkara yang penting. Pada zaman kebebasan yang tidak terkawal ini, kita orang-orang Islam telah diselubungi dengan perasaan bebas dan tidak ambil kisah dengan agama dan perkara-perkara yang bersangkut paut dengan agama maka sifat beradab, memuliakan dan para Sahabat r.anhum dan mengambil tahu hak-hak mereka juga telah tidak dipedulikan dan tidak ambil kisah.”
Beliau menyambung lagi:
“Malah lebih dahsyat daripada itu. Sebahagian mereka yang tidak menghiraukan agama sanggup mempersendakan para Sahabat. Sedangkan para Sahabat dalah tonggak agama ini. Merekalah yang mula-mula menyebarkan agama Islam. Tidak mungkin kita dapat menunaikan hak-hak mereka dan membalas budi mereka walaupun kita berusaha sepanjang hayat kita. Semoga Allah S.W.T menurunkan ke atas jiwa-jiwa yang suci itu jutaan rahmat-Nya. Mereka telah mempelajari agama daripada Nabi s.a.w kemudian mereka menyampaikan kepada kita.”
Mereka selayaknya dicintai. Mereka selayaknya dimuliakan dan disematkan di
hati mereka. kerana mencintai mereka bermakna mencintai Sayyiduna Nabi Muhammad
s.a.w. Mencintai Kekasih Allah, bermakna mencintai Allah. Ayuh, kita
semarakkan. Hidupkan jiwa kita dengan menteladani insan-insan terbaik yang
tidak akan dilahirkan di muka bumi lagi.
Rujukan:
1. Al-Allamah Syaikhul Hadith Hazrat
Maulana Zakariyya Kandahlawi, (2013). Fadhilat amal. Era Visi Sdn. Bhd.:
Cheras.
2. Dato’ Syeikh Muhammad Fuad bin
Kamaludin al-Maliki, (2008). Syarah i’tiqad ahli sunnah wal jama’ah
(karangan al-Allamah Muhammad Mukhtar ibn ‘atorid). Sofa Production:
Ampang.
3. Muhammad Mujahid bin Ir. Mohammad Fadzil,
(2012). Hakikat kenabian Rasulullah s.a.w dan martabat kekasih Allah:
Menerusi kitab jauharah al-tauhid. Mawleed Publishing Sdn. Bhd.: Kota
Damansara, KL.
No comments:
Post a Comment