*Artikel ini telah saya tulis sebagai alat bantu mengajar kelas KAFA untuk murid-murid Tahun 2 beberapa bulan yang lepas. Mohon teguran dan nasihat daripada ustaz-ustazah / sahabat-sahabat yang alim dan berpengalaman.
Rasul Ulul Azmi ialah
rasul yang mendapat ujian yang hebat daripada Allah, terutama daripada kaum
mereka. Terdapat 5 rasul Ulul Azmi daripada 25 Rasul, iaitu Nabi Nuh a.s, Nabi
Ibrahim a.s, Nabi Musa a.s, Nabi Isa a.s dan Nabi Muhammad s.a.w.
Rasul Ulul Azmi terawal ialah Nabi Nuh a.s. Baginda merupakan manusia
yang paling panjang umurnya, iaitu sekitar 950 tahun. Baginda menyeru kaumnya
agar beriman kepada Allah, kerana mereka menyembah berhala. Selama beberapa
ratus tahun baginda menyeru, hanya sedikit sahaja orang yang beriman. Antaranya
ialah anaknya sendiri. Allah memerintahkan agar Nabi Nuh a.s membuat sebuah bahtera, iaitu kapal yang besar.
Setelah siap, Allah memerintahkan langit menurunkan hujan sehingga banjir besar
berlaku. Kesemua orang beriman menaiki bahtera Nabi Nuh a.s. Anaknya terus
berdegil dan mendaki gunung untuk menyelamatkan diri. Akhirnya anaknya
tenggelam di dalam air. Setelah beberapa ketika, banjir pun surut dan bahtera
Nabi Nuh a.s terdampar di sebuah bukit yang digelar Bukit Judi.
Rasul Ulul Azmi kedua
ialah Nabi Ibrahim a.s. Baginda
dikenali sebagai bapa sekalian nabi dan rasul. Baginda mempunyai dua orang anak
yang juga dilantik sebagai rasul, iaitu Nabi
Ismail dan Nabi Ishak. Baginda
menyeru kaumnya dan Raja Namrud agar beriman kepada Allah. Ini kerana Raja
Namrud seorang raja yang zalim dan mengaku diri sebagai tuhan. Raja Namrud amat
murka kepada Nabi Ibrahim a.s., lalu menyediakan unggun api yang besar. Nabi
Ibrahim a.s telah dicampakkan ke dalam api, tetapi Allah menjadikan api
tersebut menjadi sejuk. Ini merupakan salah satu mukjizat Nabi Ibrahim a.s.
Nabi Musa a.s.





Mukjizat-mukjizat tersebut adalah seperti
menghidupkan orang yang mati, menyembuhkan orang buta dan penyakit sopak, serta
menghidupkan burung yang dibuat daripada tanah dengan izin Allah. Baginda
diberikan kitab Injil sebagai pedoman orang beriman. Akan tetapi, terdapat
orang Bani Israil yang dengki kepadanya. Akhirnya, baginda dijatuhi hukuman
disalib oleh kerajaan Rom, tetapi Allah telah mengangkat baginda ke langit.
Baginda akan turun ke dunia pada Akhir Zaman kelak.
Nabi Muhammad s.a.w

Baginda menyeru kaumnya agar kembali beriman kepada Allah selama 23 tahun.
Baginda diberikan banyak mukjizat, seperti membelah bulan, keluar air daripada
jarinya dan dilindungi awan. Namun demikian, mukjizat baginda yang teragung
ialah kitab al-Quran yang merupakan panduan umatnya. Kita sebagai orang Islam
wajib beriman kepada baginda dengan mengamalkan ajaran Islam yang sempurna
baginda telah bawa untuk umat Akhir Zaman.
NOTA: Eksperimen menggunakan metod ini kurang berkesan. Ini kerana, ada di kalangan murid-murid Tahun 2 yang masih mengeja (belum lancar membaca). Mungkin juga, artikel ini agak panjang untuk umur mereka. Teknik bercerita lisan masih berkesan.
No comments:
Post a Comment