“Sesungguhnya fahaman ini (Syiah) bukan sahaja mampu menggugat keamanan umat Islam tetapi lebih dari itu mampu memesong aqidah umat Islam.” ~Dato’ Syeikh Muhammad Fuad al-Maliki
Segala Puji Bagi Allah Tuhan Sarwa Alam. Selawat dan salam buat Junjungan
Mulia Sayyiduna Nabi Muhammad s.a.w, para keluarganya di kalangan Ahli Bait,
para sahabat serta orang-orang yang ikhlas meruntun jalan baginda s.aw
sehinggalah Hari Kiamat.
Syukur kepada Allah, sekali lagi Dia telah memberi peluang untuk menatap
sebuah kitab kecil tetapi mengandungi makna yang besar sekali. Kitab tersebut
berjudul ‘Perutusan Untuk Pecinta Ahli Bait’ yang telah dikarang oleh seorang
ulama muda negara, al-Musnid Dato’ Hj. Muhammad Fuad bin Kamaludin al-Maliki. Beliau merupakan
Penasihat Yayasan Sofa Negeri Sembilan dan juga Pengerusi Aqidah Majlis Agama
Islam Negeri Sembilan. Kitab ini baharu dilancarkan pada 28 Ogos 2013 yang
lepas.
Kemunculan kitab ini sedikit sebanyak melegakan keresahan yang menyesakkan
atas fenomena siri gelombang serangan mazhab akidah Syiah. Fahaman ini sudah
menerobos segenap lapisan masyarakat, baik dalam barisan kepimpinan politik,
penulisan dan media massa. Dan lebih merunsingkan lagi, pengikutnya sudah
bertambah ramai. Slogan mereka menganjurkan untuk mencintai Ahli Bait (ahli
keluarga baginda Nabi s.a.w), tetapi hakikatnya sebaliknya, gejala melaknat
para Sahabat Baginda Nabi Muhammad s.a.w dan pelbagai penyimpangan yang lain
tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.
Masanya tepat sekali apabila masalah penyebaran fahaman menyimpan Syiah
semakin menjadi-jadi dan dibimbangi menjadi barah dalam masyarakat. Di kala
saat genting ini masyarakat sememangnya memerlukan jawapan daripada para ulama
dengan tuntas lagi meyakinkan. Kita tidak mahu masyarakat berpecah-belah kerana
perbezaan akidah yang sudah zahir akhirnya menumpahkan darah. Lihatlah di Timur
Tengah, sehingga kini pergeseran Sunni-Syiah masih berterusan seolah-olah tiada
akhirnya.
Ruangan 'Bahaya Syiah' Majalah Q&A Isu 20 |
Dalam masa setahun kebelakangan ini,
pendedahan mengenai kesesatan mazhab akidah ini tersebar melalui laman sosial Facebook.
Saya terkenangkan dahulu seorang dua sahaja remaja yang pernah bertanyakan akan
kekeliruan Syiah dan Sayyidina Ali karamallahu wajhah, namun mutakhir
ini saya melihat remaja khususnya sudah peka akan hal ini, bercerita akan
amalan-amalan dan pegangan pelik yang mereka lakukan.
Entri kali ini bukanlah bertujuan untuk mengupas apatah lagi menghuraikan lebih mendalam. Sebagai orang awam, tanggungjawab adalah untuk menyebarkan kalam-kalam ulama yang mempertahankan keluhuran mazhab majoriti umat Islam, yang mengikuti jalan baginda Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat baginda s.a.w.
Walaubagaimanapun, setelah membaca kitab ini, saya ingin kongsikan sekilas
pandang mengenainya, dan berkongsi panduan asas bagi sesiapa yang baharu
memahami apakah di sebalik fahaman Syiah:
1. Saya dimaklumkan oleh
seorang sahabat bahawa kitab ini adalah rumusan daripada telaah Tuan Guru
Syeikh Muhammad Fuad al-Maliki atas banyak kitab ‘muktabar’ asli yang
ditulis oleh ulama-ulama besar Syiah. Oleh sebab itu, kita akan mendapati
bahawa banyak daripada pendedahan yang dihuraikan jarang pernah didengar dalam
rujukan-rujukan dalam Bahasa Melayu (setakat pembacaan saya) sebelum ini.
2. Kitab ini adalah ‘extension’
ataupun kupasan lanjutan mengenai mazhab akidah Syiah. Pada pengamatan
saya, bagi sesiapa yang baru hendak mengenal ataupun mengkaji bermula daripada
kitab ini mungkin memerlukan maklumat-maklumat asas ataupun gambaran umum
mengenai kerangka mazhab Syiah, peristiwa sejarahnya dan perbezaan mazhab ini
dengan mazhab akidah majoriti umat Islam, iaitu Ahli Sunnah wal Jamaah.
3. Terdapat sejumlah nota
kaki yang menerangkan sesetengah istilah asas mengenai isu yang dibicarakan. Sebagai
contoh Taqiyyah (berbohong demi agama; salah satu rukun Syiah).
4. Kitab ini disusun
dalam perenggan-perenggan yang dihimpunkan mengikut isu tertentu.
5. Perenggan demi
perenggan banyak membicarakan percanggahan dalaman orang Syiah itu sendiri
terhadap doktrin mereka lantas membersihkan para Sahabat baginda s.a.w
terutamanya daripada tuduhan-tuduhan liar dan palsu mereka.
Oleh sebab itu, saya mencadangkan pembaca mendapatkan maklumat asas dahulu
sebelum membaca kitab ini. Anda boleh mendapatkan penjelasan tersebut:
1. Kertas Kerja ‘Syiah
Imam Dua Belas: Penyelewengannya dari Jalan Ahlul Sunnah wal Jamaah’
Kertas kerja ini telah disusun oleh Datuk Hj. Wan
Zahidi bin Wan Teh (2009) yang diterbikan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Jabatan Perdana Menteri.
Prebiu:
Kertas kerja ini menawarkan gambaran yang
komprehensif mengenai mazhab Syiah (Imam Dua Belas) ini. Pengkajian mencakup
mengenai asas mazhab itu sendiri dalam segenap bidang daripada sumber kitab dan
ulama Syiah sendiri. Dalam bahagian kedua, dihuraikan dengan lanjut mengenai
kekeliruan tentang Ahlul Bait (ahli keluarga baginda Nabi Muhammad s.a.w). Hakikatnya dalam Ahli
Sunnah wal Jamaah dianjurkan untuk mencintai Ahli Bait, menghormati dan
menyanjung mereka. Tidak seperti Syiah yang mengaku mencintai sebahagian,
tetapi anehnya menyingkirkan, mendendami, melaknat bahkan mendoakan kehancuran
Ahli Bait yang mereka benci!
Pautan:
Bahagian I: Akidah 'Imamah' di Sisi Syiah Isna 'Asyarah
Bahagian II: Ahlul Bait Menurut Sunnah dan Syiah
Penerbitan baru (2012) daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan adalah himpunan penulisan akademik yang bertajuk 'Hakikat Syiah' semasa Seminar Pemurnian Akidah Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan 2007. Klik untuk muat turun di pautan ini.
Pautan:
Bahagian I: Akidah 'Imamah' di Sisi Syiah Isna 'Asyarah
Bahagian II: Ahlul Bait Menurut Sunnah dan Syiah
Penerbitan baru (2012) daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan adalah himpunan penulisan akademik yang bertajuk 'Hakikat Syiah' semasa Seminar Pemurnian Akidah Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan 2007. Klik untuk muat turun di pautan ini.
3. Kitab Q&A bersama Syeikh Muhammad Nuruddin
Marbu al-Banjari al-Makki
Kitab ini merupakan himpunan soal jawab Syeikh
Nuruddin yang terkumpul selama 12 jam, disusun semula oleh anak murid beliau
al-Fadhil Ustaz Muhadir bin Hj. Joll. Kitab ini merangkum persoalan akidah,
fiqh (fekah), tasawuf (akhlak) dan umum. Terbitan PSN Publications, 2012.
Prebiu:
Pengenalan mengenai mazhab Syiah dijawab dalam bab
awal kitab ini dalam bahagian akidah. Syeikh secara ringkas dan tuntas menjawab
mengenai pecahan mazhab ini dan penyimpangannya. Ustaz Muhadir menyediakan nota
kaki bagi sesetengah istilah (yang lazimnya dalam bahasa Arab), rujukan, ulasan
lanjut dan biografi tokoh yang disebut.
Majalah wadah penyampai Ahli Sunnah wal Jamaah ini
memaparkan ruangan ‘Bahaya Syiah’ (sebelum ini ruangan Bicara Mufti
oleh Dr. Zahidi Wan Teh, Mufti Wilayah Persekutuan) mengenai Syiah secara
konsisten. Mutakhir ini dalam Isu 21 (2013), Galeri Ilmu memberi
perhatian akan
mencintai sahabat baginda Nabi Muhammad s.a.w, secara khususnya Sayyidina
Abu Bakar as-Siddiq. Juga diutarakan adalah golongan Anti-Sahabat yang
begitu membenci, mendendami dan melaknat para Sahabat, tidak lain tidak bukan
adalah golongan Syiah.
5. Kitab Fitnah Syi’ah
Dikarang oleh al-Habib Salim ibn Ahmad bin Jindan
radhiyallahu ‘anhu. Kitab ini diterjemahkan oleh Lujnah Penyelidikan Yayasan
Sofa Negeri Sembilan (bawah seliaan Dato’ Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin
al-Maliki. Diterbitkan pada tahun 2008.
Prebiu:
Kitab ini dikarang oleh seorang ulama Ahli Sunnah
wal Jamaah dari Indonesia, al-Habib Salim ibn Ahmad bin Jindan radhiyallahu ‘anhu.
Kitab ini menghuraikan lebih mendalam mengenai doktrin Syiah.
Saya secara
peribadi mengucapkan sekalung penghargaan buat usaha yang telah dilaksanakan
oleh al-Musnid Dato’ Syeikh Muhammad Fuad al-Maliki serta warga Yayasan Sofa yang
bertungkus-lumus menyiapkan kitab ini untuk tatapan umum. Semoga Allah memberikan manfaat bagi sesiapa yang mahu mencari kebenaran.
Semoga Allah meneguhkan dakwah mereka, melindungi daripada fitnah, semakin bersemangat dalam
mempertahankan Ahli Sunnah wal Jamaah. Semoga Allah jadikan orang-orang yang
mengambil manfaat daripada mereka, insya-Allah. Mohon maaf segala salah dan
silap yang sememangnya layak ditegur dalam bicara kali ini. Akhir kata, saya
teringat akan kata-kata seorang ulama (lupa namanya):
“Sebelum kenal Syiah, kenali lah dahulu Ahli Sunnah wal Jamaah!”
Ayuh mari berpijak di jalan yang lurus. Mari tingkatkan ilmu dan amal. Ayuh
pertahankan kerangka Ahli Sunnah wal Jamaah yang telah diwariskan kepada kita
oleh Kekasih-Nya Sayyiduna Nabi Muhammad s.a.w yang didokongi para sahabat
baginda!
No comments:
Post a Comment