Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Novel sains fiksyen Galaksi Muhsinin telah tersenarai dalam tender Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) baru-baru ini. Sebanyak 278 naskah akan dibekalkan kepada badan itu. Berita gembira ini telah dimaklumkan oleh Puan Ainon semalam (10 Mei 2009), semasa Bengekel Sastera Remaja Islam di Sekolah al-Ikhlas.
Selepas bengkel, saya dilempari dengan soalan:
"Bila sambungan Galaksi Muhsinin siap?"
Kata Zamri Mohamad (seperti kebiasaan beliau) sambil ketawa kecil, "Hei, Galaksiman. Bila lagi sambungan siap?"
"Cepat-cepatlah siapkan sambungan. Kami dah lama tunggu!"
Beberapa kali Puan Ainon ingatkan saya supaya sekuel (sambungan) Galaksi Muhsinin disempurnakan sesegera mungkin.
Berkumpul bersama sahabat-sahabat penulis merupakan pengalaman yang mengujakan, membugar semangat ingin terus berbakti melalui lapangan penulisan dan peluang bertukar-tukar pandangan. Melalui pertemuan seperti inilah, semangat dibaharui dalam bekejar-kejar dalam urusan pahala dan kebaikan.
Kehadiran Puan Engku Zainun bt Engku Abdul Rahman (nama samaran Ezee Rahmani), seorang ibu yang telah menulis 12 judul memberi mesej jelas bahawa kekangan bukan lagi persoalan untuk berhenti berkarya. Antara karya beliau ialah siri Sarah. Walaupun beliau selama ini dilanda ujian dengan penyakit yang kronik, beliau terus gigih menulis. Kehadirannya cukup menyentuh hati dan menjadi iktibar terutama buat kami angkatan muda serta membakar semangat untuk tidak undur dalam meneruskan perjuangan memandaikan bangsa dengan buku.
Saya menunggu-nunggu peluang dan ruang untuk bersemuka sekali lagi pada hujung minggu ini, untuk bengkel yang seterusnya. Maklumat lanjut mengenai bengkel penulisan boleh didapati di Universiti Terbuka PTS (UNIKA) di pautan ini. Tidak ada sebarang yuran dikenakan atas peserta kursus.
Memandaikan Bangsa Dengan Buku
Berjasa Kepada Masyarakat
NOTA: Bersama menemani saya ialah dua orang ahli PERKEPIS, sdr. Azizan dan sdr. Azam.
3 comments:
salam dik, wah ada nama baru la..galaksiman! hehe =P
Apa ajaklah -_-"
hahaha..."GALAKSIMAN.." abislaaa kitakkk
Post a Comment