Pada suatu hari Ramadhan, hari
terakhir sebelum berangkat balik ke Miri untuk Hari Raya Idulfitri, maka
berdirilah diri ini di hadapan mesin pengeluar wang automatic (ATM). Tiba-tiba
terlintas di fikiran:
“Apa nombor ATM aku?”
Beberapa minit diri tercegat di
hadapan mesin itu. Mujurlah pada waktu petang tiada orang yang beratur di
belakang. Timbul rasa cemas, jika lupa nombor ini, tiada belanja pula untuk
tambang ke KLIA! Alhamdulillah dapat juga diingat dalam minit-minit berikutnya.

Marilah kita berlumba-lumba
mengerjakan kebajikan-kebajikan dalam Ramadhan kali ini. Janganlah kita jadikan
diri sebagai orang yang rugi!
“Sesungguhnya malaikat Jibril a.s
telah muncul kepadaku dan berkata, “Binasalah seseorang yang didatangi Ramadhan
tetapi belum juga diampunkan.” (Hadith Riwayat Hakim)[1]
NOTA: Menulis adalah cara yang
berkesan untuk menyegarkan kantuk mata selepas waktu Subuh! *wink*wink*
[1] Boleh
rujuk huraian hadith ini dalam kitab Fadhail Amal. Al-Allamah
al-Muhadith Hazrat Maulana Zakariyya al-Kandahlawi, (2013). Fadhilat
Ramadhan, m/s 22. Era Visi Sdn. Bhd: Cheras
No comments:
Post a Comment