Star Wars merupakan gergasi dalam lapangan fiksyen sains. Bahkan, pengarahnya George Lucas telah meletakkan fiksyen sains dengan lebih popular di layar perak. Meskipun sudah lebih tiga dekad diterbitkan, Star Wars kini menjadi fenomena fiksyen sains yang sudah bertapak kukuh. Bahkan, saga Star Wars akan terus berkembang dengan 'Expanded Universe.'
Antara manifestasi perkembangan tersebut ialah melalui penerbitan komik. Saya telah mendapatkan satu naskhah Star Wars X-Wing Rogue Squadron: In the Empire's Service pada 2010 yang lepas. Alhamdulillah, dengan izin-Nya, kajian tersebut dapat disambung semula. Nyata, kajian daripada cebisan karya tersebut, menunjukkan bahawa di sebalik cerita terkandung idea yang mempunyai 'complexity' yang mendalam hasil kajian pemikir Star Wars.
Komik tersebut berlatarbelakangkan 6 bulan setelah kematian Emperor Palpatine dan stesen tempur angkasa Galactic Empire, iaitu Death Star II. Skuadron X-Wing, Rogue Squadron mengasak wilayah Empire. Akan tetapi, mereka ditentang sengit oleh 181st Fighter Division yang dipimpin oleh Baron Soontir Fel. Walaubagaimanapun, pergelutan politik dalaman Empire memberi ruang bagi New Republic (daripada Rebel Alliance) untuk meluaskan pengaruh mereka.Kajian kecil saya ini mendapati bahawa banyak daripada elemen kapal angkasa Twin Ion Engine (TIE) milik Galactic Empire diadaptasi daripada sumber sejarah, khususnya sejarah Imperial Jepun dalam Perang Dunia II (1942-45).
Mitsubishi A6M5 Zero bersama juruterbang |
Kajian tersebut dibahagikan kepada 4 bahagian, iaitu:
Telaah ini adalah hasil daripada penelitian sejak beberapa tahun, hanya 'titik-titik terpisah' itu bersambung dengan membaca komik tersebut. Kajian ini boleh dijadikan rujukan untuk membina teknik tersendiri dalam memperkasakan kualiti penulisan.
Diharapkan ada manfaatnya. Mohon segala salah dan silap. Kemanfaatan adalah daripada Allah. Kekurangan itu disandarkan kepada saya.
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment