
Syuhada' Awanan terpaksa ditangguhkan dahulu penulisannya. Ini kerana elemen maklumat tambahan daripada sumber Arab perlu diambil kira. Maka, saya menumpukan terlebih dahulu manuskrip yang sudah agak lengkap maklumat dan jelas jalan ceritanya, seperti dua manuskrip berikut:

Sinopsis sedang disempurnakan dan insya-Allah dihantar secepat mungkin. Walaupun sudah terbiasa dengan kempen, teknologi, taktik sejarah tersebut namun fakta sejarah memerlukan penelitian yang mendalam daripada banyak sumber. Oleh sebab itu, mungkin akan mengambil masa sedikit untuk disiapkan.

Sekuel (sambungan) kepada Galaksi Muhsinin: Era Perjuangan Sudah Bermula akan disambung semula penulisannya. Insya-Allah manuskrip dijadual siap pada Jun 2009. Pesta Buku Antarabangsa 2009 memarakkan lagi api semangat untuk menggandakan usaha dan meningkatkan mutu penulisan. Tahniah kepada sahabat saya Firdaus Ariff, atas keluaran sekuel kedua Saga Empayar Kristal beliau, Armada Azur yang tepat sekali dengan kehadiran Pesta Buku 2009 ini.

Menulis bukanlah semudah yang disangka.Penulis menggalas tugas yang besar mendidik, berkongsi ilmu dan sungguhpun, mempertahankan kesucian agama Islam. Ingin saya sudahi entri ini gagasan seorang penulis, Dr. Talib Samat dalam karya beliau Berjihad Melalui Tulisan:
"Menjadi tanggungjawab para penulis untuk menghasilkan tulisan-tulisan yang boleh memandu manusia ke arah jalan-jalan kebenaran yang diredhai oleh Pencipta-Nya, ketinggian akhlak, semangat perjuangan membina umat supaya dipandang bertamadun, semangat kerja kuat, ketinggian pemikiran dan penghargaan sewajarnya terhadap hidup yang singkat ini di kalangan pembaca-pembaca tulisannya."
Yang buruk jadikan sempadan, Yang baik jadikan tauladan...
Memandaikan Bangsa Dengan Buku
Berjasa Kepada Masyarakat
Wassalam