BLOG Fiksyen Sains Islami

BLOG Fiksyen Sains Islami
Blog penulis tentang fiksyen sains

Friday, April 10, 2009

Teruskan Perjuangan!


Sesungguhnya menuntut ilmu itu satu jihad yang besar serta menuntut pengorbanan harta dan tenaga.

Ilmu mengangkat darjat manusia
Ilmu menghapus keraguan dengan keyakinan
Ilmu memancar serta menunjuki manusia
Jika tidak dengan ilmu
Masakan manusia kenal Tuhannya?




Tahniah diucapkan kepada seorang aktivis PERKPEPIS, Abdullah Umar bin Raslie (gambar atas) melanjutkan pengajian di Korea Selatan. Beliau merupakan salah seorang daripada 6 orang mahasiswa Malaysia yang ditaja sepenuhnya oleh kerajaan Korea Selatan. Saudaraku Abdullah Umar ataupun dengan panggilan mesranya Umar sering kali di "katik" ataupun di"selak" (diusik) rakan-rakan dengan gelaran Habib Umar, seorang ulama Hadhramaut, Yaman.

Terutama sebelum keberangkatannya, kami me"nyelak"nya:

"Jaga kitak Umar. Korea Utara dengan Selatan sebenarnya masih perang lagik. (Awas awak, Umar. Korea Utara dan Selatan sebenarnya masih dalam keadan perang)," lalu kami gelak bersama-sama.


Atas: Umar (berdiri) ketika progam PERKEPIS, JOM CEMERLANG SPM 2008 di MRSM Kuching

Kehangatan kemesraan antara kita mungkin sukar dilupakan. Sesungguhnya tidak ada yang berharga melainkan ukhuwwah yang dijalin atas dasar akidah, mencintai Tuhan yang Satu, melebihi ikatan kekeluargaan.

Semoga Tuhan memberi rahmat atasmu Umar. Semoga Dia memberimu kekuatan menghadapi cabaran menghadapi dugaan. Semoga kembalimu ke tanah air menymbang keringat dan tenaga berjasa kepada umat...


Berjasa Kepada Masyarakat


NOTA: Perang Korea hanya dileraikan dengan gencatan senjata pada 1953. Korea Utara dan Selatan masih dalam status perang dan disempadani oleh garisan 38th Parallel. Kita doakan mudah-mudahan keadaan selamat sejahtera.

Review: Bangkit dan Runtuhnya Bangsa Mongol

"Seandainya kamu mendengar bahawa Kaum Mongol telah dikalahkan, bersaksilah engkau bahawa orang itu berdusta!" ~Pepatah Arab kurun...