BLOG Fiksyen Sains Islami

BLOG Fiksyen Sains Islami
Blog penulis tentang fiksyen sains

Tuesday, February 10, 2009

Racun Cinta


Menjelang bulan Februari, umumnya orang akan teringat satu peristiwa: Hari Valentine ataupun Hari Kekasih. Hari Valentine dirai pada setiap 14 Februari dengan sambutan besar-besar di kalangan muda-mudi.

Kononnya pada hari itu ialah hari berkasih-kasihan, berbalas hadiah dan ucapan cinta. Tanpa sedar, hari yang direka-reka ini tidak diketahui akan asal-usulnya yang terang-terang bertentangan dengan agama Islam yang suci. Antara peristiwa yang dikaitkan dengan Hari Valentine, ada tiga:

1. Hari Valentine merupakan hari meraikan dewa-dewa orang Rom. Pada hari itu, pemuda dan pemudi bertukar-tukar hadiah dan menyatakan perasaan masing-masing. Ini pun sudah terang-terang bertentangan, sangat berkait rapat dengan perkara yang mempersekutukan Allah.

2. Hari Valentine menyambut ulangtahun kematian seorang paderi yang bernama Valentine. Paderi ini telah diseksa kerana mempertahankan pegangannya ketika diancam oleh maharaja Rom. Sebelum ia dihukum bunuh, ia telah meluahkan perasaan cintanya akan seorang perempuan jelita yang pernah ditemuinya. Namun namanya menjadi lagenda kerana mempertahankan cintanya.

3. Hari Valentine merupakan hari meraikan hari kekalahan orang-orang Islam di Andalusia. Ratu Isabella telah mengisytiharkan 14 Februari sebagai hari kemenangan. Peristiwa bersejarah itu lantas dinamakan sebagai Hari Valentine bersempena dengan nama seorang pemimpin bernama Valentine yang bertanggungjawab mengganyang umat Islam Andalusia.

Berdasarkan tiga asal usul Hari Velentine, jelas sekali bertentangan dengan ajaran agama Islam dan adab ketimuran. Jikalau perkara ini dipertikaikan kesahihannya, kenapakah kita harus meraikan hari yang tidak ada langsung perkaitan dengan nilai dan jati diri kita sendiri? Kenapakah kita harus menghirup racun yang terang-terang telah diadun untuk memusnahkan diri kita?

Fikir-fikrkan...

Berjasa Kepada Masyarakat

No comments:

Review: Bangkit dan Runtuhnya Bangsa Mongol

"Seandainya kamu mendengar bahawa Kaum Mongol telah dikalahkan, bersaksilah engkau bahawa orang itu berdusta!" ~Pepatah Arab kurun...