BLOG Fiksyen Sains Islami

BLOG Fiksyen Sains Islami
Blog penulis tentang fiksyen sains

Thursday, February 5, 2009

Miri (8): Malam Jemat


Ingat kitak apa dipadah imam ria? Sik brapa ndengar ria (Awak ingat apa yang diberitahu imam pada malam itu? Tak berapa dengar),” tanya Usu. Ia sedang menikmati lauk pauk istimewa pada malam itu.

Aku duduk di sisinya. Kataku sambil tersenyum, “Aok (Ya).”

Katanya lagi, “Siney ndak nya dapat yang dipadahnya. Mun mena hadis tek ok juak (Mana pula dia dapat kata-kata itu. Kalau benar hadisnya tepat juga).”

Aku menggelengkan kepala sambil tersenyum, lalu menyisip sirap jambu. Kataku, “Sik tauklah Su, mungkin adalah mena ditegornya ria. Tapi sik brapa cunlah (Tak tahulah Su, mungkin ada betul tegurannya. Tapi keadaan tidak berapa sesuai).”

Dah jadi, jangan diungkit lagiklah (Perkara dah lepas, janganlah diungkit lagi).”

Tiba-tiba Usu berkata, “Nyaman eh manok tok!”

Kemudian Usu bersuara, “Kadang-kadang aku bingong juak. Kadang-kadang kita mok ngajar urang. Kita mok urang ngekot skali. Tapi, sik nanggar urang yang dipadah ya kedak ne (Kadang-kadang saya bingung. Kita mahu didik orang dan mahu mereka ikut sekali. Masalahnya, kita tidak perhatikan keadaan orang yang kita seru itu seperti mana).”

Aku mengangguk, “Bena ya Su (Betul, Su).”



Usu membuka cerita, “Ya lah dolok ada sekali ya (Saya terkenang kisah dahulu).”

Bila mpun cerita ya (Cerita bila)?”

Eh, lamak udah. Ada kawanku dolok. Nya bagus, dolok salu semayang sitok (Sudah lama. Saya ada seorang kawan. Dia seorang yang bagus, dahulu selalu solat di sini).”

“Tapi...”

Adalah hal dipolahnya (Ada hal dibuatnya).”

Usu menyambung, “Nya madah ngan urang suro, yang kita tok mun malam Jemat, bukan mbaca Yasiin. Katanya, malam Jemat, sunah Nabi mbaca surah ya. Surah apa tek kah. Surah Kahfi kah (Dia beritahu kepada orang surau. Sepatutnya kita bukan membaca Yasiin pada malam Jumaat. Sunahnya adalah kita membaca satu surah. Surah apa ya? Tidak silap Surah Kahfi)?”

Sangkaanku benar. Jawabku, “Aok, Surah Kahfi.”

Ujarnya lagi, “Ya lah aku masa ya rasa pelik. Tiba-tiba jak nyuroh kedak ya. Tanggarlah urang dolok. Sapa yang dicakapnya. Mun urang kita sitok, ne nya paham. Tok ngembak benda baru kedak ya, terus jak (Saya pun rasa pelik. Tiba-tiba sahaja suruh begitu. Lihatlah orang dahulu, macam mana. Kalau orang kita di sini, susah dia faham. Ini mahu bawa perkara baru dengan mendadak sekali).”

Kata Usu lagi, “Kakya nya madah gik, Nabi sekda mbaca wirid rami-rami lekak smayang. Jadi, sidaknya pun, jadi kelirulah, sik tauk mok molah apa (Selepas itu dia beritahu bahawa Nabi tidak membaca wirid beramai-ramai setelah solat. Oleh sebab itu (jemaah surau) jadi keliru. Mereka tidak tahu berbuat apa).”



Aku menarik nafas mengeluh. Persoalan di fikiranku terlerai. Sah, memang ‘golongan’ ini! Aku terus mendengar keluhan hati Usu. Ia berkata lagi, “Aku... boleh jak aku ngekot, sepatutnya sunah. Sebab aku reti hal tok. Mun urang besa yang sik tauk papa ya, gine (Saya, boleh sahaja ikut, dah sepatutnya sunah. Tetapi saya faham hal ini. Jika orang biasa yang tidak tahu apa-apa, macam mana)?"

"Lalu terpaksalah aku negornya (Terpaksalah saya menegurnya)."

Tapi, mun dah jadi berbalah, berkelai apa indah, apalah gunanya? Sik dapat papa. Urang jadi berpecah. Mun dah jadi kelaziman urang besa, mbaca wirid lekak smayang, mbaca Yasiin malam Jemat, kenak jadi benda kelai pulang. Bagi aku, mun sik bertentangan dengan syariat, dengan agama, apa yang bagus ya teruskanlah (Tapi, kalau dah berbalah, berkelahi, apalah gunanya? Tidak dapat apa-apa. Orang pula jadi berpecah. Kalau dah kelaziman orang biasa, membaca wirid setelah solat, membaca Yasiin pada malam Jumaat, kenapa harus menjadi perbalahan pula. Bagi pendapat saya, asalkan tidak bertentangan dengan syariat, yang baik untuk orang lain, teruskanlah)!”

Seleraku merudum, balasku, “Nang menarlah dipadah urang ya Su. Nang malam Jemat, sunahnya mbaca Surah Kahfi. Surah Yasiin, Nabi anjurkan pada setiap malam. Pahalanya kita diampunkan dosa-dosa kita pada keesokan harinya (Orang itu memang betul. Sememangnya pada malam Jumaat, sunahnya adalah membaca Surah Kahfi. Bahkan, Nabi menganjurkan kita membaca Surah Yasiin pada setiap malam. Pahala amalan itu adalah dosa-dosa kita akan diampunkan).”



Sambungku, “Pasal wirid, pasal Yasiin malam Jemat tok dah perkara lamak. Perkara yang dah patut selesei udah oleh ulamak. Nang menarlah, mungkin sekda pada zaman Nabi. Dan kita ngamal ya, adalah untuk amalan kita, bukan satu adat kebiasaan (Tentang wirid, Yasiin malam Jumaat adalah perkara lama. Perkara ini telah diselesaikan oleh para ulama. Tidak dinafikan, ada amalan-amalan ini tidak ada pada zaman Nabi. Tapi yang penting adalah kita mengamalkan untuk amalan diri kita, bukan kerana mengikut adat kebiasaan).”

Kamek setuju ngan kitak, mun sik bertentangan dengan syariat dan bait untuk urang-urang yang besa-besa tok, teruskanlah. Seingat kamek dalam kuliah-kuliah yang pernah kamek ekot, wirid-wirid lekak smayang, tahlil dan Yasiin malam Jemat tok, telah disusun oleh ulamak dolok-dolok (Saya bersetuju pendapat Usu. Kalau amalan tidak bertentangan dengan syariat dan baik untuk orang-orang kebiasaan, teruskanlah. Seingat yang saya pelajari daripada kuliah-kuliah yang saya ikut, wirid setelah solat, tahlil dan Yasiin merupakan amalan yang telah disusun oleh ulama terdahulu).”

“Sidaknya nanggar kesesuaian masyarakat, sesuai dengan jalan ya. Kita tok sapa? Sidak ulamak ya siapa? Sidaknya lebih tauk daripada kita. Iman sidak macam ne? Sidak lebih dekat dengan Allah. Tok kita belajar dikit dah merasa pandei menarlah tek (Mereka melihat kepada kesesuaian masyarakat. Kita ini siapa? Ulama-ulama itu siapa? Mereka lebih tahu daripada kita. Iman mereka macam mana? Mereka adalah orang-orang yang hampir kepada Allah. Kita ini, belajar sedikit sudah merasa pandai betul).”



“Memanglah kita patut ngekot seperti yang Nabi polah. Bagi yang dah belajar, tauk benda tok, amalkanlah. Sekda masalah. Ya lah sepatutnya. Tapi, mun dah mok merubah dengan mendadak dengan urang yang dah besa dengan amalan ya ajak, ya kamek kurang setujulah (Sepatutnya kita menuruti seperti Nabi. Bagi orang yang sudah belajar, tahu, amalkanlah. Tidak ada masalah. Itulah yang sepatutnya. Tapi, kalau mahu merubah masyarakat dengan mendadak, saya kurang setujulah).”

Tanyaku, “Di kalangan kita tok, sapa yang reti ngaji? Sapa ajak yang boleh jadi imam? Rata-rata kita tok, apa surah terpanjang yang boleh dibacanya (Di kalangan kita, siapa sahaja yang tahu mengaji? Siapa sahaja yang boleh jadi imam? Kebanyakan kita, apakah surah terpanjang yang mampu dibaca)?”



Balas Usu, “Yasiin lah.”

Tanggar jak tahlil ria di rumah yang ninggal ria, sapa jak yang boleh ngaji? Sikit jak Su (Lihat sahaja tahlil di rumah orang meninggal tempoh hari, siapa sahaja yang boleh mengaji? Sangat sedikit).”

Usu berbicara, “Sekda masalah kita nok ngamalnya. Tapi kenak pada tempatnya lah (Sepatutnya kita tidak ada masalah untuk beramal. Tapi harus kena pada tempatnya).”

Aku berkata lagi, “Kadang-kadang kamek lelah juak ngan perangei sidak tok. Kurang adab. Tauk dikit, baruk abis sigek kitab, lalu merasa dirik kedak ulamak (Kadang-kadang saya letih berhadapan dengan sikap mereka yang kurang adab. Tahu sedikit, baru selesai satu kitab lalu merasa diri seperti ulama).”

Bukan di Malaysia tok jak. Kawan kamek, urang Somalia. Sama juak kesnya. Yang dipadah kawan kamek, sidak tok, urang-urang mudak juak. Belajar dikit dah rasa kedak ulamak.



Ya lah kamek di Kuching ria. Lebeh kurang juak kesnya. Ada sigek masjid ya. Golongan tok tek, negor macam-macam. Sampei berkelai, bermasam muka. Ahernya sidak mesjid jadi berpecah (Perkara yang hampir sama ketika saya berada di Kuching. Ada di satu masjid, golongan ini, menegur macam-macam. Sehinggakan terjadi perkelahian dan bermasam muka. Akhirnya mereka berpecah-belah).”

Usu menyimpulkan, “Ya lah. Mendidik urang biar berhikmah. Ya lah dipolah Nabi. Walaupun aku tok siklah pandei ne. Tapi yang penting, kita mok ndidik urang, didiklah dirik kita lok. Jangan merasa dirik ya jak benar. Tanggar dolok, urangnya kedak ne (Mendidik orang biarlah berhikmah. Itulah yang dibuat oleh Nabi. Walaupun saya ini, tidaklah pandai mana. Tapi yang penting, kalau mahu mendidik orang, didiklah diri kita dahulu. Janganlah merasa hanya diri sahajalah yang benar. Lihatlah dahulu, orangnya macam mana).

Malam itu malam bermakna. Kek hari lahir Fitrah telah tersedia di atas meja. Terpancar sinar gembira ahli keluarga yang lain menyambut hari lahir anak kecil itu, anak buahku. Mata Fitrah berbinar-binar, tidak dapat dibayangkan bagaimanakah perasaannya. Abangnya, Afiq pula 'terlekat' pada laptop Usu Wani. Matanya hanya tertumpu kepada game internet yang ia main.

Aku mengangguk tanda setuju kata-kata Usu. Ada benar katanya. Aku ini belajar jauh, di universiti ‘Islam’ pula. Aku terfikir, ‘setinggi-tinggi’ ilmu yang aku dapat, apakah manfaatnya jikalau tidak disumbangkan kepada orang lain? Panggilan kembali semakin kuat berdengung. Aku harus bersiap sedia sebelum sampai masanya.

Berjasa Kepada Masyarakat

Review: Bangkit dan Runtuhnya Bangsa Mongol

"Seandainya kamu mendengar bahawa Kaum Mongol telah dikalahkan, bersaksilah engkau bahawa orang itu berdusta!" ~Pepatah Arab kurun...