BLOG Fiksyen Sains Islami

BLOG Fiksyen Sains Islami
Blog penulis tentang fiksyen sains

Tuesday, March 27, 2018

Cairkan Ais Itu!


Segala Puji Bagi Allah Tuhan Semesta Alam. Selawat dan salam tulisan ini masih ada atas Junjungan Mulia, Sebaik-baik Makhluk, Penghulu Mutlak Dunia dan Akhirat, iaitu Sayydina al-Mustofa Rasul Allah Nabi Muhammad s.a.w.

Moga Rahmat Allah tercurah kepada Sahabat-sahabatnya dan Ahli Bait (Ahli keluarganya), dan juga para alim ulama yang benar serta orang yang menuntun jalan yang Benar sehingga Hari Kiamat.

Roda berputar, jarum jam tetap berpusing. Saban masa berlalu tanpa sedar begitu jauh titik permulaan telah ditinggalkan. Siang berganti petang. Petang menjengah kepada malam. Dan bermula lagi keesokan harinya. Hakikatnya jelas. Setiap permulaan ada pengakhirannya.

Blog ini diumpamakan sudah bertukar menjadi ais. Ibarat air, jika dibiar dalam keadaan yang dingin dan beku, lama kelamaan menjadi keras dan pejal. Tanpa ada tenaga haba yang panas menyentuhnya, zarah-zarah kian merapat dan semakin keras dan keras. Begitulah adat (sunnah) yang telah ditakdirkan Tuhan.

Sudah lama tidak berjenguk. Sudah lama tidak digerakkan dengan tenaga, maka ia dingin dan sepi. Tanpa ada gerak atau mancis yang menyalakan habanya, maka air yang mengalir tetap beku, pegun tiada berguna.

Begitulah penulisan, jika tidak sentiasa diasah, pasti akan beku dan tiada kemajuan. Ibarat tentera, andai kata duduk sahaja tanpa melaksanakan rutin latihan ataupun eksesais paduan cabang tentera udara, darat dan laut, maka akan berlaku kepincangan dalam pertahanan negara.


Aku mendoakan moga ais ini dileburkan dengan izin-Nya. Mancis digesek menyalakan api harapan. Tenaga haba dipindahkan kepada zarah-zarah air dan mula bergerak-gerak bebas. Ikatan kuat yang mencengkam dilepaskan dan bergerak ke sana dan ke mari. Moga kebekuan yang pejal dan dingin itu dapat dirungkai dan dialirkan menjadi air, mampu memberi manfaat membawa zat yang menyuburkan.

Setiap detik waktu harap dapat dimanfaatkan untuk menyebarkan kebaikan, meluruskan kekeliruan dan berkongsi kisah-kisah yang boleh menjadi tonggak inspirasi menghadapi gelombang kehidupan. Moga berlaku dengan izin Tuhan! 

Review: Bangkit dan Runtuhnya Bangsa Mongol

"Seandainya kamu mendengar bahawa Kaum Mongol telah dikalahkan, bersaksilah engkau bahawa orang itu berdusta!" ~Pepatah Arab kurun...