BLOG Fiksyen Sains Islami

BLOG Fiksyen Sains Islami
Blog penulis tentang fiksyen sains

Wednesday, March 20, 2013

Malam Cinta Rasul 2013, Dataran Merdeka

Segala puji bagi Allah, Tuhan Sarwa Alam. Selawat dan salam buat Junjungan Mulia Sayyiduna Nabi Muhammad s.a.w serta para ahli keluarganya (Ahli Bait). Semoga Allah melimpahi Rahmat-Nya kepada para sahabat, para ulama muktabar serta orang-orang yang ikhlas sehinggalah Hari Kiamat.
                                      
Melihat kepada sambutan maulid Malam Cinta Rasul 2013 di Cheras Januari 2013 yang lepas, saya berpandangan para penganjur begitu bersemangat untuk menjayakan program sambutan di tempat yang lebih besar dan ramai hadirin. Insya-Allah, kita doakan agar berjaya dan selamat serta mendapat Rahmat dan manfaat daripada-Nya, program maulid seumpama ini berjalan dengan lancar pada Sabtu, 23 Mac 2013 di Dataran Merdeka akan datang ini. 
                                   
Program membawakan hadirin dan hadirat untuk bersama berzikir kepada Allah dan berselawat kepada Sayyiduna Nabi Muhammad s.a.w disertai dengan alunan syair maulid dan qosidah yang mengasyikkan. Sungguhpun majlis seumpama ini tidak pernah dilakukan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, namun daripada himpunan dalil dan huraian daripada para ulama, majlis ini amat-amat dianjurkan. Bahkan, majlis seumpama ini adalah majlis yang digalakkan oleh para ulama dan memang amalan para ulama dalam memupuk cinta kepada Penghulu Mutlak Dunia dan Akhirat, iaitu Nabi Muhammad s.a.w.

Jika anda ragu-ragu kerana dakwaan sesetengah pihak bahawa majlis seperti ini adalah majlis yang bid'ah lagi sesat, maka ada rujukannya. Anda boleh mendapatkan huraian lanjut mengenai hukum sambutan seperti ini, termasuk saranan daripada para ulama menerusi tulisan al-Fadhil Ustaz Muhadir bin Hj. Joll dalam karya beliau "Penjelasan Khilafiyyah dan Penjelasan Ulama': Inilah Jawapannya...". Anda boleh rujuk dalam Bab  8: Maulidur Rasul pada mukasurat 741 sehingga 788 (47 mukasurat).

Hadirlah ke majlis ini dengan hati yang lapang dan terbuka. Anda akan merasai ketenangan yang berbeza dan insya-Allah ada manfaat yang anda dapat.

Kenangan bersama al-Fadhil Ustaz Muhadir bin Hj. Joll (duduk, ketiga dari kanan)
 ketika Syawal 1433H
Sebagai motivasi sebelum mengakhiri entri ini, penulis mengungkapkan sepotong hadith daripada buku Pembuka Jalan Mendekatkan Diri kepada Allah, susunan guru kami Ustaz Syed Mohamad bin Alwi al-Attas (Habib Mohamad bin Alwi al-Attas, mudir Madrasah al-Khairat Kuching):


Daripada Abu Hurairah r.a daripada Rasulullah s.a.w bersabda:

"Bahawa Allah mempunyai malaikat-malaikat khusus yang bertugas mengikuti majlis-majlis orang berzikir, apabila mereka berjumpa dengan suatu majlis zikir, mereka duduk bersama-sama orang yang berzikir sambil berkerumum memenuhi ruangan antara majlis dan langit dunia. 

Setelah majlis bubar (selesai) mereka naik ke langit dan serta merta Allah menanya dari mana mereka datang, sedangkan Allah sebenarnya lebih mengetahui dari mana mereka tiba, yang dijawab oleh para malaikat itu:

"Kami datang dari sisi hamba-Mu di bumi. Mereka bertasbih, bertakbir dan bertahlil dan bertahmid untuk-Mu, dan mereka memohon syurga-Mu dan berlindung kepada-Mu daripada neraka-Mu."

Berkata (berfirman) pula Allah:

"Aku telah mengampuni mereka serta mengabulkan permohonan-permohonan mereka dan melindungi mereka daripada api neraka."


Maka para malaikat berkata, "Ya Allah, di antara mereka ada seorang yang lewat (lalu) di majlis itu lalu duduk, dan orang itu banyak dosanya."

Maka bertanyalah Allah Taala, "Bagi orang itu pun telah Ku-ampuni, merekalah kaum yang tidak sengsara orang yang sekedudukan dengan mereka.""

                                                                                                                      (Hadith Riwayat Muslim)

Allahu'alam. Wassalam

4 comments:

Unknown said...

AS-SALAM SESEUNGGUHNYA HANYA ALLAH S.W.T SAHAJA YANG MAMPU MEMBALAS JASA DAN PENGORBANAN SETIAP PERINGKAT WARGA KERJA SEHINGGA TERCIPTANYA PROGRAM MALAM CINTA RASUL 2013 DI DATARAN MEDEKA...SEMOGA PROGRAM SEBEGINI BERTERUSAN DALAM MEMARTABATKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI...IN SHA ALLAH..

Unknown said...

AS-SALAM SESEUNGGUHNYA HANYA ALLAH S.W.T SAHAJA YANG MAMPU MEMBALAS JASA DAN PENGORBANAN SETIAP PERINGKAT WARGA KERJA SEHINGGA TERCIPTANYA PROGRAM MALAM CINTA RASUL 2013 DI DATARAN MEDEKA...SEMOGA PROGRAM SEBEGINI BERTERUSAN DALAM MEMARTABATKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI...IN SHA ALLAH..

Azrul bin Jaini said...

Salam

Terima kasih atas kesudian singgah di blog ini. Usaha yang amat baik seperti penganjuran program Malam Cinta Rasul 2013 menyatukan umat Islam atas asas mencintai Sayyiduna Nabi Muhammad s.a.w...

Diri ini tidak mampu menghadiri di sana, akan tetapi cukuplah entri ini sebagai tanda sokongan padu dan kehadiran hati di sana.

Tahniah sekali lagi. Moga kita sentiasa berterusan, istiqamah dalam membantu urusan umat Nabi Muhammad s.a.w....

fadhilah said...

Assalamualaikum Tuan,

Boleh saya tahu bagaimana cara untuk dapatkan buku Pembuka Jalan Mendekatkan Diri Kepada Allah?

terima kasih

-Fadhilah Mustapha-

Review: Bangkit dan Runtuhnya Bangsa Mongol

"Seandainya kamu mendengar bahawa Kaum Mongol telah dikalahkan, bersaksilah engkau bahawa orang itu berdusta!" ~Pepatah Arab kurun...